HOME

 BLOG

 DICTIONARY

 LEGAL POLICIES

HELPDESK

 

Kamus Internet Marketing

INTERNET MARKETING DICTIONARY | KAMUS PEMASARAN INTERNET

F


FANTASTICO
- A script installer that is run on different hosting accounts usually through Cpanel. It helps you to easily install blogging, content, carts and other popular scripts on your domain, with the click of a button.

- Sejenis installer untuk skrip yang dijalankan pada akaun hosting berlainan dan biasanya di install melalui CPanel. Membantu anda install blog, content management system (CMS), shopping cart, forum dan skrip lain pada domain anda dengan mudah. Melalui Fantastico, anda tidak perlu lagi install skrip-skrip tertentu secara manual melalui perisian FTP anda. Walau bagaimanapun, terhad pada skrip-skrip yang dah ada pada Fantastico, biasanya skrip yang popular dan sering digunakan pada kebanyakkan laman web.

FAVICON
- Shortened from the words 'favorite icon'. Also known as web icon, page icon, URL icon or urlicon. It is a small icon or logo displayed at the address bar of your browser. It is used for bookmarking a website and gives a unique identity to a website. 

- Dipendekkan dari perkataan 'favorite icon'. Juga dikenali sebagai web icon, page icon, URL icon atau urlicon. Ia merupakan logo atau ikon kecil yang dipamerkan pada kotak URL pada browser anda. Ia digunakan untuk tujuan 'bookmarking' dan juga memberikan identiti tersendiri pada sesebuah laman web.
FFA- (Free For All)
- Just as it says, this means the information, or product, or service is free for everyone who wants it.

- Bermaksud maklumat, produk atau servis diberi percuma kepada sesiapa yang memerlukannya. 
FLASH
- A popular way of setting up a website, where pictures and graphics and words are often moving, colorful, and more interesting to look at.

- Cara yang agak popular untuk membina laman web di mana grafik dan text kebanyakkannya amat canggih - berwarna-warni, bergerak-gerak ke sana-sini, mempunyai special effects dan menarik untuk dilihat. Penggunaan grafik yang terlalu canggih ini juga mengakibatkan masa loading yang lambat untuk laman web tersebut selain tidak bagus untuk SEO (search engine optimization). Selalu digunakan untuk laman web syarikat arkitek, hiasan dalaman dan rekaan grafik untuk mempamerkan rekaan mereka. 
FTP (File Transfer Protocol)
- This is transferring your files from your computer to your website. Usually you have to use some kind of program to do it.

- Bermaksud mengalih fail-fail dari komputer anda ke server laman web anda. Memerlukan program atau perisian FTP bagi melaksanakan perpindahan fail-fail tersebut. Dalam pemasaran internet, biasanya digunakan untuk upload laman web, upload blog, upload skrip-skrip ataupun upload apa-apa fail untuk orang lain mendownloadkan. 

Kamus Pemasaran Internet




Disclaimer: Kamus Pemasaran dan Perniagaan Internet ini sentiasa dikemaskinikan. Maksud dan penerangan dalam Bahasa Malaysia ditulis dengan lebih mendalam agar rakyat Malaysia dapat memahami istilah yang cuba diterangkan dengan lebih jelas. Pihak InternetMelayu.com tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kerugian yang anda alami akibat penggunaan kamus ini.