HOME

 BLOG

 DICTIONARY

 LEGAL POLICIES

HELPDESK

 

Kamus Internet Marketing

INTERNET MARKETING DICTIONARY | KAMUS PEMASARAN INTERNET

D


DEDICATED HOSTING
- This kind of hosting is where a certain part of the hosting company's space is given only to you for your specific site or domain.

- Sejenis hosting di mana syarikat hosting menetapkan ruangan khas pada server mereka (selalunya agak besar) khusus bagi laman web atau nama domain anda sahaja. Kos hosting dedicated ini selalunya mahal berbanding hosting jenis reseller (hosting jual-semula) dan shared (hosting berkongsi). 
DIRECT LINKING
- Where your link for an affiliate program is linked from an ad, article, or other form of advertisement to the merchant's site. Not as effective as having a landing page in between that pre-sells.

- Teknik di mana affiliate link yang anda promosikan di-link terus kepada laman web penjual, melalui iklan banner atau artikel ringkas, tanpa ada landing page untuk memberi keterangan pra-jualan. Tidak berkesan sangat bagi sesetengah produk dan servis. Bergantung kepada keadaan pasaran, populariti produk dan permintaan ramai untuk produk / servis tersebut juga. 
DIRECTORY
- A web directory is where a lot of sites are posted and put into categories to make it easy for people to find the sites. These are sometimes used to get back links.

- Direktori laman web ialah tempat di mana nama dan URL berbagai laman web diletak dan dikategorikan bagi memudahkan orang ramai mencari laman web yang mereka ingini berdasarkan kategori tertentu (contoh: travel, pets, architecture). Ia juga digunakan untuk mendapatkan back-links bagi laman web (bagi tujuan Google PR dan SEO), meskipun kini teknik tersebut kurang efektif kerana enjin carian sudah pandai mengenalpasti link-farms (ladang link) dan jumlah back-links yang banyak bukanlah kriteria utama untuk mendapatkan PR (page rank) yang tinggi. 
DOMAIN NAMES
- This is the name of your site. Example: newbies.com, newbies.info, newbies.net

- Nama laman web anda. Contoh: newbies.com, newbies.info dan newbies.net. Nama domain dicipta bagi memudahkan manusia mengingati nama laman web tanpa perlu ingat nombor bersiri (seperti 12.34.56.78) yang digunakan oleh server komputer untuk mengenalpasti sesebuah laman web dan server di mana ia berada. 

Kamus Pemasaran Internet


Disclaimer: Kamus Pemasaran dan Perniagaan Internet ini sentiasa dikemaskinikan. Maksud dan penerangan dalam Bahasa Malaysia ditulis dengan lebih mendalam agar rakyat Malaysia dapat memahami istilah yang cuba diterangkan dengan lebih jelas. Pihak InternetMelayu.com tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kerugian yang anda alami akibat penggunaan kamus ini.