ULASAN PRODUK IM
Ulasan Produk Internet Marketing
Dibawah adalah produk-produk IM yang saya gunakan atau pernah gunakan di dalam perniagaan dan pemasaran internet saya:
PENERIMAAN BAYARAN DARI PELANGGAN:
Paypal
- saya gunakan untuk terima bayaran dari luar negara.
- boleh terima bayaran melalui kad kredit dan kad debit.
- pendaftaran adalah percuma.
KLIK SINI untuk ke Laman Web Paypal
2Checkout
- ada joining fee $49 (bayar sekali sahaja.)
- tidak sepopular PayPal tetapi boleh digunakan jika anda tidak dapat menerima bayaran melalui PayPal atau anda kena ban oleh PayPal.
KLIK SINI untuk ke Laman Web 2CheckOut.com
AUTORESPONDER TOOLS:
Aweber
- Senang digunakan.
- Banyak fungsi seperti split-testing, HTML email dan tracking yang baik.
- Harga bulanan semakin mahal bila jumlah list semakin besar.
- KLIK SINI untuk ke Laman Web Aweber
Can You Have More Sales, Too?
Helping over 57,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber’s opt-in email marketing software for over 10 years.
GetResponse
- Okay juga, tetapi interface tidak se-user-friendly seperti Aweber.
- Walau bagaimanapun, GetResponse akan keluar versi terbaru yang menjanjikan sesuatu yang hebat, jadi tak rugi kalau menggunakan GetResponse. Versi Getresponse terbaru akan keluar pada pertengahan tahun ini.
- Lebih murah dari Aweber.
- KLIK SINI untuk ke Laman Web GetResponse
WEBSITE BUILDER:
XSitePro 2
Bagi tujuan membina laman web, saya menggunakan XSitePro 2. Saya telah mendapatkan software ini sejak versi 1.0 dan kini menggunakan XSitePro 2 (versi terkini 2.131e).
Kelebihan menggunakan XSitePro 2 untuk membina laman web:
- Mudah – tak perlu tahu HTML untuk bina laman web. Newbie pun senang nak guna.
- Cepat – sebab fungsinya senang digunakan, laman web dapat dibina dengan lebih cepat berbanding dengan menggunakan Dreamweaver, Kompozer atau NVU.
- Ada fungsi SEO – penting untuk dapat ranking baik di listing enjin carian (search engine listing).
- Berbagai skrip dah pre-install. Pilih saja mana nak guna. Ada skrip untuk letak masa, tarikh, bunyi dan sebagainya.
- Adsense-ready. Senang nak integrasikan kod Adsense pada laman web.
- Easy-FTP. Senang nak upload website bila dah siap design. Klik butang je. Tak payah guna Filezilla atau FTP program lain.
- WYSIWYG (what you see is what you get). Ini paling penting untuk saya. Saya paling bosan guna Kompozer/NVU sebab kadang-kadang laman web yang direka di PC tak nampak sama bila dah upload ke internet.
Anda boleh lihat screenshot contoh laman web yang saya pernah bina dengan XSitePro di sini: Websites built with XSitePro
Sekarang dengan XSitePro versi 2, anda boleh lihat contoh laman web terkini di Homepage saya: www.internetmelayu.com. Saya sentiasa membina laman web utama saya dengan XSitePro 2.
KLIK DI SINI untuk melihat Video XSitePro 2
KLIK DI SINI untuk download Brochure tentang XSitePro 2
SKRIP MEMBINA BLOG:
Wordpress.org
Saya guna skrip percuma di Wordpress.org untuk membina kesemua blog-blog saya. Kelebihan menggunakan skrip Wordpress.org:
- Full-control keatas blog. Dulu saya pernah guna Blogspot.com dan sebagainya. Yang paling tak tahan bila Blogspot.com suspend dan delete blog saya tu. Dengan skrip Wordpress.org yang saya host ke hosting saya sendiri, saya dapat menguasai hampir kesemua aspek blog saya.
- Banyak template-template untuk skrip Wordpress.org. Tapi, kalau nak blog kita nampak lain atau profesional sikit, boleh gunakan premium template dan custom template.
- Plugins – blog ni saja pun guna lebih dari 10 plugins. Plugins menambahkan lagi fungsi blog kita dan membuatnya lagi canggih.
- Dulu-dulu kalau nak upgrade skrip wordpress.org ni, saya selalu buat secara manual (saya tak suka guna installer kat cPanel tu sebab saya suka ubah koding skrip ni). Sekarang ni, saya klik je butang di bahagian Admin dan ia terus upgrade. Walaupun saya ubah apa-apa, ia tetap kekal.
- Skrip untuk blog ini sentiasa diupdate dan ia open-sourced.
KLIK DI SINI untuk download skrip blog Wordpress.org.
HOSTING
Kiosk Hosting
Saya pernah guna 2-3 syarikat hosting yang berlainan tetapi kini saya gunakan Kiosk Hosting.
Kelebihan menggunakan Kiosk Hosting:
- Customer service yang sangat bagus dan cekap. Saya pernah suruh mereka pindah lebih 30 laman web dan blog-blog ke server mereka dan mereka buat tanpa sebarang masalah. Website saya offline tak sampai 15 minit pun. Mereka jawab semua soalan teknikal saya ajukan walaupun soalan tu mungkin simple, susah ataupun soalan ‘bodoh’ sekalipun. Saya suka cuba skrip-skrip baru dan mereka akan menjawab dengan pantas bila saya tanya kalau hosting mereka dapat menggunakan skrip tersebut.
- Fungsi sekuriti yang baik. Hosting lama dulu tak berapa ’secure’ dan kadangkala ada saja masalah kena godam. Hosting lama dulu pun pernah ‘terdelete’ laman web saya. Blog member saya pun baru-baru ini pernah ‘hilang’ dengan tiba-tiba. Sejak saya guna Kiosk Hosting, alhamdulillah semuanya baik.
- Kat bahagian Admin hosting ni terdapat banyak fungsi untuk membantu ‘internet marketer’ di dalam bisnes internet mereka kerana ini bukan sekadar hosting untuk bina laman web tapi khusus untuk internet marketer.
- Boleh join untuk $1 bagi bulan pertama bagi Pakej Titanium (ni pakej yang saya ada).
KLIK DI SINI untuk ke Kiosk Hosting.
HostGator Hosting
- Saya jadikan sebagai back-up hosting saya.
- Menggunakan CPanel dan mempunyai sistem Reseller Hosting yang baik.
- Beberapa tahun dahulu pernah menghadapi masalah digodam, tetapi kini semua masalah tersebut sudah diselesaikan.
- server baru lebih laju dan baik.
- KLIK SINI untuk ke Laman Web Hostgator
Popularity: 4% [?]






on
on