RSS

Selamat Menyambut 2010 dan Mengapa Kak G Lama Menyepi

January 06, 2010 | admin | Comments 5

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung setia Laman Web dan Blog Pemasaran Internet Melayu ini.

Okay, memang sudah 2 bulan Kak G menyepi dari Blog ini, firstly kerana saya sibuk pindah rumah dan walaupun dah memberitahu pihak Streamyx awal-awal yang kami nak pindah, setelah 1 bulan baru dapat balik internet. Selain itu, juga kesibukkan menguruskan pemindahan barang-barang dari rumah lama, penukaran alamat dan juga … kerana anak saya pun dah pandai jalan-jalan dan berlari-lari sekarang, jadi memang sangat sibut jugalah.  :p

Oh ye, jika anda cuba mengunjungi Website dan Blog Pemasaran Internet Melayu 2-3 minggu lalu, anda mungkin tidak dapat ke laman blog ini jika anda menggguna software antivirus AVG dan melalui Google search, kerana tiba-tiba saja Google telah melabelkan laman web saya dengan kata-kata “This Site May Harm Your Computer” pada enjin carian.

Saya telah menyelesaikan masalah ini dengan email kepada Google dan juga menyuruh pihak hosting saya memeriksa site saya untuk apa-apa masalah script atau codingluar biasa yang mungkin telah menyebabkan Google ‘cop’ site saya sebagai ‘website merbahaya’.

Dalam menyelesaikan masalah tersebut, saya hanya dapat kembalikan semula InternetMelayu.com ke Google search seperti biasa setelah 5 minggu berlalu kerana Google kena ‘quarantine’ dan check dulu kesahihan website saya. Alhamdulillah, sejak 2 minggu ni, website saya telah kembali semula ke listing Google seperti biasa, walaupun ranking nye dah agak jatuh. Tapi takpe … insyaAllah boleh dipulihkan kembali … (pada masa akan datang, saya akan tulis dengan lebih terperinci tentang masalah yang saya kena tu dan cara mengatasinya, okay?)

Sungguhpun begitu, alhamdulillah, pendapatan dapat juga maintain, especially dari Adsense dan Affiliate, walaupun saya nampak hasilnya berkuranganlah dari yang biasa. Nasib baik site-site saya yang lain tidak terjejas dengan masalah ‘this site may harm …’ tu. Dan saya berterima kasih Google tak kacau Adsense saya, walaupun saya terkena masalah tersebut dengan blog ini.

Oh ye, malam tadi saya dapat panggilan telefon tentang Malaysia Internet Summit yang akan diadakan sekitar bulan Februari 2010 nanti. InsyaAllah saya akan menghadirinya kerana dah lama juga tidak bertemu dengan kawan-kawan. Kalau tiada aral melintang, mungkin seorang blogger terkenal pun akan ikut saya ke M.I.S. tu.

Selamat Tahun Baru!

Kak G.

Popularity: 1% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: GrapevineMotivasi InternetTips Bisnes InternetUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Adney MALAYSIA says:

    Yeyyy… hehe…

  2. Hi,
    I’ve seen the comment you left on http://howtomakeaniphoneapp.com/?utm_source=InPostBlogAds&utm_medium=blog&utm_content=ebookad010&utm_campaign=eBook1
    about the book by Matt Campbell “How to Make an iPhone App”. I’d be very interested to know what you think about it now that you have (probably) used it for some time. Sorry if this isn’t the right way to communicate with you, but I couldn’t find an alternative.
    Looking forward to hearing from you.
    Best regards,
    Sean

  3. Galadriel MALAYSIA says:

    Hi Sean,

    Can you email me at info AT internetmelayu.com?

    We can discuss it further via email.

    Thanks.

    G.

  4. Azam MALAYSIA says:

    Assalamualaikum Kak G,

    Saya nk perkenalkan laman web saya khusus utk blogger mcm Kak G. Klu rajin, silalah jengok.

    utarid.com (beta) membantu anda mencari dan berkongsi pautan artikel dalam Bahasa Melayu.

    Buat permulaan, pengguna boleh undi artikel2 yang mereka suka. Artikel berkualiti (diundi sendiri oleh pengguna) akan diletak pada muka hadapan dan boleh membantu meningkatkan pengunjung ke laman web anda.

    Anda boleh lihat artikel org lain disini, tak perlu daftar. Hanya daftar jika anda mahu masukkan artikel.

    Laman web ni baru lagi, mmg xde apa2 sgt. mungkin Kak G boleh jadi pengguna awal :-)

  5. catzer MALAYSIA says:

    Wargh..si comei dah pandai berlari2 dah erk skang. MSI akak pi ke? Sy pun harap dpt join kalau berkesempatan sbb bulan depan byk tul kenduri kawen huh..