Selamat Berpuasa Kepada Pengunjung Blog Pemasaran Internet Melayu!
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan selamat menyambut kedatang Ramadhan kepada semua pengunjung Blog Pemasaran Internet Melayu, rakan-rakan dan kenalan semua, khususnya yang muslim dan muslimah.
Coretan untuk Ramadhan …
Sedekah Sebahagian Hasil …
Dalam kesibukan kita mencari peluang untuk menjanakan pendapatan di internet, janganlah kita lupa untuk beramal dan melakukan sedekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Dengan hasil wang yang kita dapat dari internet, walaupun sedikit, bolehlah kita cuba sedekahkan kepada:
- anak-anak yatim
- fakir miskin
- golongan kurang upaya
- masjid-masjid dan surau.
Mungkin anda memperolehi hanya RM100 dari hasil berbisnes di internet, tapi tak apa, tidak salah jika anda sedekahkan 10% dari hasil itu kepada mereka yang memerlukannya. Walaupun RM10 disedekahkan, jika 1000 umat Islam bersedekah, ia boleh membantu golongan yang susah.
Apatah lagi jika anda menerima pendapatan beribu-beribu hasil dari perniagaan internet anda, jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah dan sedekahlah hasil pendapatan anda itu, tak kiralah yang datang dari Adsense ke, Affiliate Marketing ke mahupun melalui penjualan produk digital sendiri ataupun produk di eBay.
Jangan Lupa Membayar ZakatĀ …
Oh ye, jangan lupa pula untuk membayar Zakat Fitrah – pada bulan Ramadhan memang banyak kaunter-kaunter membayar zakat dibuka di perkarangan masjid, pasar Ramadhan, pasar raya dan sebagainya. Jadi memang ia sepatutnya tidak dilupakanlah …
Jaga Diri Anda dan Keluarga dari Jangkitan Selsema H1N1 …
Selama 30 hari kita berpuasa, disebabkan sekarang musim selsema H1N1, pastikan anda menjaga kesihatan diri dan keluarga anda:
- Sebaik-baiknya, masak dan makan di rumah dan elakkan ke tempat yang ramai orang.
- Berpada-pada sewaktu masa berbuka puasa. Jaga pemakanan dan jangan makan makanan terlalu banyak sekaligus semasa berbuka sehingga tertidur dan tidak dapat solat terawih dan witir.
- Lebihkan memakan sayur, ikan, buah-buahan dan meminum air kosong semasa berbuka. Buah kurma adalah amat baik untuk pelawasan dan kesihatan badan.
- Gunakan topeng (face mask) semasa ke bazaar Ramadhan. Tak perlu bawa anak-anak keluar ke bazaar Ramadhan pada musim H1N1 ini kerana terdapat ramai orang di sana. Biar anak-anak mengaji Quran di rumah sementara anda membeli di pasar Ramadhan.
- Elakkan dari selalu ke Ramadhan buffet kerana ia selalu ‘crowded’. Selalu basuhkan tangan anda.
- Basuh tangan dengan sabun antiseptik setibanya ke rumah terutamanya selepas ke pasar malam, selepas menaiki kenderaan awam (bas, LRT, teksi) dan selepas ke tempat ramai orang.
- Jika anda selsema dan demam, anda boleh solat terawih dan witir di rumah sahaja. Bila dah sihat sepenuhnya, barulah boleh berjemaah di masjid.

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Popularity: 2% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Uncategorized






on
on
Salam Ramadhan daripada saya
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya
Terima kasih KampungBoy,
Semoga kita dapat menyambut Ramadhan dengan aman, sihat walaafiat dan mendapat rezeki yang murah tahun ini.
Kak G.
It was not until I read your ‘About Me’ that I finally decide I like you and your blog.
Wow!
Anyway I’m just another newbie trying to make my first internet earnings. Will return to your blog soon to look for more valuable tips.
Diablo 3 is not coming out until 2011. Care to share your tought about that?
Hi Fahmi,
Welcome to my blog!
huhu … what was it in the ‘About Me’ section that made you decide to like this blog?
Hahaha, I hope the other postings were not too boring for you …
Diablo 3 …waaaah you tempt me with all this gaming talk! I’ve already spent many hours playing Evony and only stopped because of Ramadhan and the need to concentrate on my e-biz. :p
But yup, I am eagerly anticipating the release of Diablo 3 (as well as Starcraft 2 lah!). I hope the storyline is better and not pure hack-n-slash. A good storyline is essential to make us gamers ‘feel’ the ‘reality’ of the game.
I also hope the multi-player options will be superb … less lag, more interesting quests, more options for multi-player mode…
huhu … okay enough about games.
Anyway feel free to read the articles here on internet business and marketing.
Thanks for dropping by. Selamat Berpuasa!
Kak G.
Selamat Berpuasa Kak G
Selamat berpose kak..Bile lah dpt jumpa si comei tu.
Salam Ramadhan juga buat kak G & rakan pembaca di sini. Terima kasih kak G mesej simple tetapi sungguh menginsafkan..kadang2 susah rasanya nak sedekah 10% dari pendapatan kan? Tapi pada masa yang sama kita sentiasa berdoa minta Allah SWT murahkan rezeki kita..
Sama-sama lah kita fikirkan
Puasa dah nak sudah
tinggal raya aja nie
neway, selamat hari raya kepada gladariel