RSS

Menjana Trafik ke Laman Web Secara Percuma dan White Hat

August 18, 2009 | admin | Comments 7

Bagi sesiapa yamg mempunyai laman web atau blog di internet, sudah pasti perkara yang paling penting ialah untuk menjanakan trafik – iaitu untuk menambahkan bilangan pengunjung ke laman web atau blog kita.

Anda mungkin mempunyai laman web tercantik di dunia, dengan grafik flash dan special effects yang memukau dan terkini tetapi jika tiada orang yang mengunjungi laman web anda, maka laman web tersebut akan terkapar-kapar keseorangan di lautan internet yang luas.

Hantar Artikel ke Direktori Artikel (Pemasaran Artikel)

Salah satu cara yang paling asas, yang mungkin anda sudah tahu, ialah menjanakan trafik melalui penulisan artikel dan menghantarnya ke direktori artikel seperti ezinearticles.com dan goarticles.com. Ini juga dikenali sebagai pemasaran artikel, pemasaran rencana atau ‘article marketing’.

Saya akui, memang saya MALAS nak tulis artikel untuk diletakkan pada direktori artikel tetapi disebabkan ia adalah yang paling mudah dan percuma untuk dilaksanakan, saya memaksa juga diri untuk menulis 1-2 artikel setiap hari.

Ye, memang mudah untuk menggunakan PPC untuk menjanakan trafik tetapi kos membayar untuk PPC agak mahal. Saya pernah kerugian beribu-ribu ringgit semasa tengah bereksperimen dengan PPC.

Setelah lama meninggalkan penulisan artikel untuk direktori, saya telah menetapkan sebulan yang lalu untuk setiap minggu hantar ke direktori artikel. Hasilnya, saya dapat platinum author status di ezinearticles.com tanpa perlu bayar apa-apa pun. Alhamdulillah.

Hantar Video ke Youtube dan Seumpamanya (Pemasaran Youtube)

Okay, yang ini saya akui saya pernah ambil video orang lain dari Youtube dan upload balik sebagai video saya. Saya akui, akaun Youtube saya pernah kena ban kerana kegiatan ini. Jadi saya tak galakkan anda ambil video orang lain dan uploadkan kerana:

  • masalah video copyright
  • kalau tak ada copyright pun, pemilik video boleh report ke Youtube dan anda akan kena ban juga.
  • Youtube kini adalah milik Google. Maka jika anda ada buat hal pada Youtube sampai kena ban, takut akaun Adsense anda pun terjejas sekali. Jadi berhati-hati!

Saya sarankan anda download Camtasia Studio trial 30-hari (http://techsmith.com/download/trials.asp).

Baca dulu tutorial cara menggunakan Camtasia Studio dan faham betul-betul sebelum anda install. FAQ Camtasia di sini: http://www.techsmith.com/learn/camtasia/getting-started

Sebelum anda install Camtasia, rancang dulu untuk rakam apa. Kalau boleh, biar ada 4-5 idea untuk anda rakam dengan Camtasia. Bila dah rancang benar-benar, barulah anda install Camtasia 30-hari trial tu. Sebab nanti, kalau anda tak plan dulu, nanti dalam anda asyik-asyik berfikir nak buat video tentang apa, versi trial anda expired pula!

Katakan anda ada salespage yang menjual ebook cara membina blog, misalnya ebook Zul Smartusaha (Pakej Kit Blogger). Anda boleh rakamkan screenshot salespage anda dan beri keterangan tentang faedah-faedah membeli  ebook tersebut. Anda juga boleh tunjuk cara anda bina blog berdasarkan maklumat pada ebook tersebut.

Kalau anda tak suka nak ambil screenshot laman web, anda boleh juga buat dulu presentation dengan Microsoft Powerpoint atau OpenOffice.org Impress (percuma di openoffice.org).

Selepas itu, anda rakam saja screen yang ada presentation tersebut. Cara ini senang kerana anda tak perlu nak edit masuk text (perkataan) di dalam video tersebut dan senang nak kawal kandungan video.

Artikel dalam bentuk Video (Pemasaran Artikel Video)

Anda boleh juga bina artikel video (video article), di mana anda bina slideshow berbentuk text (huruf/perkataan) dan rakamkan. Artikel video tersebut mungkin tentang perkhidmatan yang anda beri atau tentang produk yang anda jualkan pada laman web. Pada hujung video tersebut anda link ke laman web anda.

Sebagai contoh, anda mempunyai laman web tentang joran atau memancing. Anda bina satu artikel video yang menceritakan tentang keseronokkan berjoran. Kemudian anda link ke laman web anda yang menjual ebook tentnag joran ataupun produk affiliate seperti peralatan memancing.

Cara ini saya belum test lagi tapi rasanya tak lama lagi saya akan cuba. Saya lihat terdapat juga IM luar negara sudah mempraktikkannya.

Laman Facebook dan Twitter (Facebook and Twitter Marketing)

Jika anda mempunyai produk sendiri, anda boleh cuba promosikannya melalui Facebook dan Twitter. Sebenarnya, sebelum anda ada produk untuk dijual, anda patut buka saja akaun di Facebook dan Twitter, kumpulkan dulu pengikut (folowers). Tulis sesuatu yang berfaedah setiap minggu ke, kalau tak dapat setiap hari.

Bila anda sudah menggunakan Facebook dan Twitter untuk beberapa bulan, anda sudah pasti mengumpul ramai ‘kawan’ dan ‘followers’. Jika anda ingin melancarkan produk baru, anda hanya perlu hantar mesej saja kepada mereka. Saya pernah membuat jualan yang agak baik dengan cara ini, tanpa menggunakan autoresponder. Jimat wang! Oh ye, tapi jangan SPAM yer … dan jangan selalu sangat buat promosi jualan sebab nanti orang pun dah lali …

Kesimpulan:

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menjanakan trafik ke laman web atau blog tanpa membayar untuk PPC seperti Adwords dan YSM. Jika bajet anda rendah dan anda mempunyai masa terluang, anda  bolehlah cuba teknik-teknik yang disarankan diatas.

Semoga berjaya dapatkan trafik yang ramai! Dan pastikan ia secara ‘bertopi putih’ …

topi_putih

Opps … bulan Ramadhan ni pakai kopiah putih lah …

topi_kopiah_putih

:mrgreen:

Popularity: 6% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetPenulisanTips Bisnes InternetUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (7)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. citiroz MALAYSIA says:

    setuju la sangat, apa guna kalau web teramat canggih tapi tiada pengunjung. kita buat web macam syok sendiri je.
    amboi dalam malas nak tulis artikel masih hantar 1-2 sehari… ini kira dah rajin la sangat, kita baru saja hantar satu article ke ezinearticles.com tapi masih belum approve sebab editorial guidelinenya yg ketat seperti similar content, author name, spelling error dll
    ooh.. tq remind tentang video copyright di youtube tu sb memang ada buat juga he..he. tapi lepas ni tak brani la nak buat dah nanti kena ban naa..yaa.., buat seperti yg di syorkan.
    berkenaan join facebook , twitter memang betul jangan asyik-asyik promosi jualan saja – meluat orang nanti, nak buat duitpun biarlah berpada-pada.
    TQ for sharing these info.

  2. Bteul tu.Saya teramat-amat la setuju.Kadang-kadang rase macam syok sendiri pun ade.Buat blog canggih2 tapi hakikatnya kita yang tulis dan kita sendiri la yang baca :D (hehehehe pengalaman tuh).Anyway , thanks for the info.

  3. KampungBoy MALAYSIA says:

    haha..
    menarik gambar tu Kak G
    tapi kalau nak dibandingkan dengan twitter dan FB
    saya lebih utamakan facebook
    bagi saya fokus satu2 benda, sehingga berjaya
    dan kemudian boleh beralih/tambah teknik lain

  4. admin MALAYSIA says:

    huhu … memang tak dapat dinafikan betapa boringnya tulis artikel tentang topik2 niche yang entah kalau dalam kehidupan seharian, kita takkan terfikir pun …

    Tapi alhamdulillah, hari ni 3 artikel kena approve oleh ezinearticles. Memang skrg ni memakan masa antara 3 – 7 hari nak dapat approval. Walaupun dah jadi expert / platinum writer pun, masih lambat juga.

    huhu… teknik kopiah putih tu paling bagus untuk orang muslim macam kita…

  5. Kak G,

    Thanks untuk tip Topi Putih ni.. Saya dulu selalu juga hantar ke ezinearticles.com tu, tapi selalu kena reject sebab duplicate copy. Saya cuba combine PLR article, tapi mungkin english lemah kot, mudah mereka detect. Ada tips tak untuk orang macam saya ni?

    Thanks..

  6. Borhan UNITED STATES says:

    thanks sebab kongsi….saya ada satu blog tapi masih lagi kekurangan traffik…harap ini dapat membantu saya :D

  7. abgzol MALAYSIA says:

    Heheheh..tersengeh saya tengok gambar kopiah putih tu :D teknik baru ke kak G untuk jana trafik ke teknik untuk jana pahala?

    Kat Malaysia apa direktori untuk hantar artikel dalam bahasa Melayu? Ada ke kak G?

    Terima kasih atas post yang sangat berfaedah ini khususnya untuk sesiapa sahaja nak buat duit online.