RSS

Tinggal 22 Hari Nak Berpuasa atau Ramadhan 2009

July 31, 2009 | admin | Comments 9

Saya tengah sibuk tengok kalendar dan tersedar bahawa tak lama lagi bulan puasa atau Ramadhan. Pada masa 1 Ramadhan itu ialah cuti sekolah juga. Anda boleh dapat kalendar cuti sekolah Malaysia tahun 2009 di sini: Kalendar 2009

Sebenarnya, saya agak teruja juga nak menyambut kedatangan Ramadhan dan juga bulan Syawal tahun ini. Mungkin kerana tahun ini, anak saya dah masuk umur setahun dan saya boleh pakaikan dia baju melayu dan songkok nanti, serta ajak dia menziarahi pusara arwah nenek dia di Bukit Kiara.

Jualan Produk Fizikal di Internet

Oh, jika kawan-kawan nak tahu, tahun ni, saya nak pergi shopping online untuk baju Melayu anak saya. Setakat ni saya jumpa beberapa tawaran untuk baju Melayu kanak-kanak yang bagus juga di www.wanitamelayu.com.

Itulah zaman siber ni, nak beli baju Raya pun dah boleh online. Saya hanya perlu maybank2U sahaja wangnya dan dalam masa 3-4 hari, barangan yang saya beli tu akan tiba di tempat saya tinggal. Saya shopping online sekarang ni kerana saya tengah ikut suami outstation di Sarawak. Jadi kerana takut tak sempat beli nanti, sebab kekadang kami hanya boleh terbang balik ke Selangor sehari-dua sebelum Raya, jadi saya beli dululah 1-2 helai just-in-case.

Sebenarnya banyak produk fizikal yang telah saya beli melalui internet, termasuklah produk kesihatan & kecantikan, baju kanak-kanak & dewasa dan makanan.

Sebenarnya, banyak juga yang boleh diniagakan dari internet. Jadi jika anda rasa anda tidak ada produk untuk dijual di internet, lihat sajalah marketplace di Forum WanitaMelayu. Setiap masa, ada saja transaksi jualan dan belian yang telah berlaku.

Jualan Produk Digital di Internet

Oh ye, jika anda kurang berminat pula untuk berniaga produk fizikal, anda bolehlah cuba menjual produk digital. Kat bawah ni PayPal screenshot jualan yang saya buat untuk produk digital, untuk bagi semangat kepada anda … tak banyak, tapi okay jugalah … yang $7 dan $1 tu daripada jualan produk sendiri.

paypal_earnings

Oh, jika anda tak ada produk sendiri, anda boleh juga jual produk digital berbentuk MRR.

Bercakap tentang produk MRR, saudara Kampung Boy atau Khairul ada tawaran istimewa untuk kita semua:

Jadi anda tak perlulah bersusah payah untuk mencari produk untuk dijual.

Berbalik kepada Bulan Ramadhan …

Bulan Ramadhan lah masa paling baik untuk berniaga di internet, tak kira barangan fizikal atau produk digital. Sebab masa itu, kita tak perlu nak fikir nak makan di mana, nak masak apa. Masa itulah kita boleh tumpukan perhatian kepada kerja-kerja membina laman web dan menghasilkan produk untuk menjanakan pendapatan. Dan beribadat jugalah.  :)

Jadi, apakah yang akan anda jual di internet pada bulan Ramadhan nanti?

Popularity: 7% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetProduct LaunchUncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (9)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. abgzol MALAYSIA says:

    Wah kak G kat Sarawak ya..kat ner tu? Saya di Saratok, Sarawak. Tu ler kak G best betul kuasa internet ni. Cthnya kat tempat saya susah betul nak beli buku2 terbaru..so alternatifnya saya order online jer 3-5 hari dah sampai. Kalau kena masanya boleh dapat diskaun lagi. Apa yang kak G jual $1-$7 tu? Best jer tgk screenshot tu..

  2. KampungBoy MALAYSIA says:

    tula…pejam celik pejam celik 2 minggu lagi
    dah start puasa

  3. Sekejap jer masa berlalu kan? Huhuhu

  4. Galadriel MALAYSIA says:

    Heheh … belum tengok screenshot Adsense lagi … :mrgreen:
    Paypal tu ciput jer.

    Yup, Puasa dah nak tiba.

    Buat masa ni saya in Bintulu. Tapi 3-4 minggu lagi akan balik KL dah.

    Kak G

  5. rizal MALAYSIA says:

    Ye le…..pejam celik pejm celik dah nak masuk bulan Ramadhan. Terasa diri ni semakin tua pulak. Kalau zaman kanak2 dulu bulan Ramadhan ni lah bulan yg kami tunggu2. Sebab byk aktiviti boleh dibuat terutama masa menunggu sembahyang terawih dan juga selesai terawih . Ada MOREE ooi.

  6. enkha MALAYSIA says:

    Puasa bakal tiba..setakat ini ada tak orang jual kek lapis sarawak kat internet??hehe

  7. Shafir Ahmad SINGAPORE says:

    Salam sejahtera

    I’m also looking forward to the Ramadan and Puasa starting. Its now only 5 days away.

    Last time I bought some baju melayu for my son (4+), but was too big for him then. This raya, I think can wear already.

    U coming KL in 3-4 weeks is it – for Hari Raya?

  8. SyedMansor MALAYSIA says:

    Harapnya ramadhan ni dapat pahala dan pendapatan yang banyak… Hehehe :-) Baru sedap raya sakan!

    Time puasa ni, bykkan doa… insyaAllah pasti cepat makbul.

  9. admin MALAYSIA says:

    Saya pun belum lagi tempah baju Melayu untuk suami dan anak. Baju kurung pun belum ada lagi.

    Tapi it’s okay, sebab puasa pun belum.

    Saya suka bulan puasa – tenang.
    Dan juga kerana Pasar Ramadhan lah.

    Memang seronok beli makanan di Bazaar Ramadhan, boleh berbuka puasa dengan air tebu dan beli ayam panggang.

    Oh jangan lupa pakai face mask untuk elakkan jangkitan H1N1 ye bila ke tempat yang penuh orang ramai macam pasar malam.