RSS

Kesilapan Marketer Membuat Terlalu Banyak Pada Masa Yang Sama

July 10, 2009 | admin | Comments 9

Sebagai seorang marketer internet, tak kira sama ada yang masih newbie atau yang lama, kesilapan yang sering dilakukan ialah mereka sering cuba untuk membuat banyak perkara pada masa yang sama.

Misalnya, anda melihat satu tawaran di internet tentang menjanakan wang melalui Adsense, kemudian anda beriya-iya membeli produk berkenaan. Di blog yang anda kunjungi, keluar pula tawaran mengenai pemasaran melalui Facebook dan anda fikir, okaylah, cuba yang tu sekali untuk tambahkan pengetahuan anda. Pada masa yang sama, anda pula ke Forum Wangcyber dan tengok pula ada banyak offer menarik di bahagian WTS (want to sell) dan anda pun beli beberapa produk PLR yang ditawarkan untuk menambahkan koleksi bahan IM anda. Anda pula buka email dan tengok ada seminar IM pada minggu hadapan, jadi anda pun mengatur jadual untuk menghadirinya.

Pernahkah anda mengalami keadaan begini?

Saya pun sama. Kekadang saya pun rambang mata juga melihat tawaran-tawaran ‘hebat’ untuk menjanakan pendapatan. Semua saya nak beli, semua saya nak ‘join’.

Tapi sebenarnya, kalau anda tidak fokus kepada satu aspek dulu, mungkin anda akan menyebabkan bisnes internet anda ‘fragmented’ – bertaburan – dan terlalu banyak untuk dilakukan oleh seorang individu.

Jika anda sedang membuat Adsense, hayati Adsense dulu sampai buat duit. Jangan separuh jalan saja. Cuba mantapkan lagi pengetahuan Adsense anda.

Jika anda sedang belajar buat affiliate marketing dengan  Adwords, tumpukan sepenuh perhatian. Anda tak boleh nak berjaya kalau buat PPC sambil nak promote affiliate bukan cara PPC, cuba jual produk sendiri dan buat Adsense sekaligus. Huhu, ini pesanan untuk saya juga, bukan saja untuk anda.

Sebab akhirnya, jika kita terlalu banyak perkara nak diterokai, terlalu banyak benda nak buat, kita pun akan ‘burn-out’  dan kurang motivasi.

So, tumpukan kepada one task at a time. Jangan sampai jadi burn-out dan tension.

sedih_kecewa

Gambar diatas sekadar hiasan dan hanyalah stock photo.

Popularity: 3% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (9)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. KampungBoy MALAYSIA says:

    Betul tu
    kalau tak fokus…..n then tak dapat pulngan
    tu yang jadi patah semangat

  2. Mariam Yusof MALAYSIA says:

    the article….. sounds like me. Nak belajar macam macam at one time.

  3. Galadriel MALAYSIA says:

    huhu,

    Bukan korang jer. Saya pun sama.

    Semua saya nak buat – affiliate lah, ppc lah, adsense lah, SEO lah, produk sendiri lah, list building lah, back linking lah, article marketing lah, forum marketing lah.

    Last-last … pening lah … 8O

  4. lubukduit MALAYSIA says:

    sebiji kena kat saya, burn out and tension…

  5. pedagangIT MALAYSIA says:

    penyakit nie… saya biasa kena… tapi saya control balik…. plan plan…

    kalu tak ambil tahu pun tak boleh…. so yang penting kita tau perjalanan kita…

    contoh :-

    ketika saya bawa kereta api dari … kl to perlis…
    saya pasti akan berhenti di beberapa perhentian…

    so control bro….

    dalam masa yang sama ambil tahu …

  6. azrain MALAYSIA says:

    yup … inilah yang terjadi kat aku skarang nie … pening2 … tgh cr yang sesuai … 8O

  7. Ayu MALAYSIA says:

    Salam,

    Betul kak G, fokus sangat penting!!

    Kalau tak nanti, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.. :mrgreen:

    Saya harap pilihan saya untuk stick ke e-book tepat & berhasil! :) amin…. :-)

  8. planet emas BRUNEI DARUSSALAM says:

    salam sumer, :mrgreen:

    betul tu apa yang dilontarkan, aku pun pernah kena insyaallah nasib baik tak hanyut dah… :lol:

  9. abgzol MALAYSIA says:

    Hehehe..selain tu kak G berkenaan produk lak lambakan GIVEAWAY kebelakangan ini menyebabkan hilang fokus :( tu ler saya tgh perbetulkan balik fokus ni..kui..kui..! Saya setuju 100% apa yang kak G tuliskan tu..FOKUS tu kena letak No.1 kalau nak suksess dlm IM yang terlalu banyak godaannya nih!