RSS

Rahsia Guru IM Luar Negara Terkini: Free Gifts dan Continuity

June 14, 2009 | admin | Comments 4

Sudah tentu anda perasan bahawa terdapat banyak launch internet marketing yang besar-besaran sejak akhir-akhir ini dan jika anda suka telitikan setiap launch yang dijalankan, anda akan mendapati bahawa hampir kesemuanya ada ciri-ciri asas yang tertentu.

Tapi sebelum itu, mari saya beri anda statistik jualan yang berjaya diperolehi oleh beberapa launch produk IM luar negara yang terbesar:

PPC Bully – maklumat terbaru – jualan sudah melebihi US$ 1,000,000. (Ye, satu juta Dollar Amerika). Diperolehi dalam masa 24 jam.

Launch Tree – keuntungan berjuta-juta US$ juga tu …

Butterfly Marketing – launch pada Mac 2009 – jualan US$600,000.

PPC Classroom 2.0 – launch pada bulan Februari 2009 – jualan US$728,000.

Itu baru keuntungan yang dibuat dari jualan ‘pertama’, iaitu semasa orang beli dan membayar ketika launch bermula. Ini belum termasuk keuntungan bulanan – dari bayaran subskripsi bulanan (monthly subscription fees) atau keahlian bulanan (monthly membership fees).

Sebenarnya, sebulan selepas sesebuah launch, Guru-guru ini akan memperolehi lagi banyak keuntungan kerana yuran membership atau subskripsi akan bermula pada bulan kedua.

Jika pada bulan pertama keahlian / membership tu percuma dan mereka hanya sekadar dapat keuntungan dari bayaran pos US$20 setiap pelanggan, pada bulan kedua, mereka akan lagi kaya kerana setiap pelanggan akan dikenakan yuran bulanan sebanyak US$47 sebulan  (minimum) dan biasanya US$97/sebulan.

Sebulan selepas launch, biasanya keuntungan boleh mencecah 2-5 kali ganda dari keuntungan semasa launch. So kalau semasa launch, mereka dapat keuntungan US$1 juta, pada bulan kedua, mereka akan dapat profit antara US$2-5 juta atau lebih.

Biasanya, pada bulan ke-empat dan seterusnya barulah keuntungan bulanan akan menurun bila ramai pelanggan yang akan cancel subskripsi atau membership mereka, jika mereka ingat nak cancel lah.  :p

Okay, di sini saya akan mengulas ciri-ciri yang ada pada launch Guru IM sekarang ini:

Mari Kita Tiru Rahsia Guru IM Luar Negara Buat Jutaan Dollar …

Produk

  1. Produk yang ingin dipromosikan sebaik-baiknya berkaitan buat duit seperti: Make Money, Make More Money from the Internet dan sebagainya. Kalau niche bukan berkaitan buat duit, kurang berkesanlah.
  2. Harapan untuk menjanakan lagi banyak wang selalunya menjadi motivasi untuk seseorang membelanjakan duit mereka. Pembeli atau ahli kena percaya mereka akan memperolehi banyak duit jika mereka ’stay’ jadi ahli atau kekal melanggan subskripsi tersebut.
  3. Sebaik-baiknya produk dihasilkan dalam semua bentuk – free report, ebook, mp3, software, downloadable video dan online video tutorial.
  4. Mesti ada produk fizikal untuk dipos ke rumah pembeli, tak kiralah CD, VCD, majalah atau manual.
  5. Mesti ada membership site sekali untuk memberi maklumat terbaru kepada pembeli setiap bulan dan mengalakkan pembeli kekal sebagai ahli dan bayar yuran bulanan keahlian.

Taktik Tawaran #1:

  1. Beri umpan – produk fizikal seperti CD atau manual percuma dihantar ke rumah pembeli. Sekali / pertama kali sahaja percuma.
  2. Pembeli hanya perlu bayar kos pos sahaja. Selalunya kos pos ni agak mahal, melebihi US$10.
  3. Yang penting, pembeli kena letak nama penuh, email, alamat dan nombor kad kredit atau debit mereka pada borang online untuk bayar kos pos tersebut.
  4. Beri keahlian ke membership site percuma untuk satu bulan pertama.
  5. Selepas sebulan, pembeli dikenakan bayaran bulanan yang agak tinggi (US$47, US$67, US$97 atau lebih). Inilah yang dinamakan ‘Continuity’ atau bayaran berterusan dari setiap pelanggan.

Taktik Tawaran #2:

  1. Beri free PDF report. Boleh disertakan dengan ‘free tips’ dan ‘free videos’ sebagai ‘teaser’ (umpan).
  2. Jangan lupa minta email mereka pada borang opt-in sebelum dapat ‘free gifts’ tersebut.
  3. Beri keahlian dengan harga US$1 sahaja untuk bulan pertama.
  4. Selepas sebulan, pembeli dikenakan bayaran bulanan yang agak tinggi (US$47, US$67, US$97 atau lebih). Inilah yang dinamakan ‘Continuity’ atau bayaran berterusan dari setiap pelanggan.
  5. Yang penting, pembeli kena letak nama penuh, email, alamat dan nombor kad kredit atau debit mereka pada borang online untuk bayar US$1 tersebut.


Tujuan Utama:

  • Mendapatkan nama penuh, email, alamat kediaman dan nombor kad kredit / debit pembeli.
  • Menjalankan ‘continuity’ melalui keahlian bulanan dan/atau subskripsi bulanan.
  • Mendapat keuntungan berkali-kali dan bukan sekali sahaja pada launch pertama tu.
  • Dengan cara ini, Guru tersebut tak perlu launch banyak produk baru setiap bulan tetapi hanya perlu improve membership yang sedia ada agar ahli lama akan kekal.
  • Untuk mendapatkan ahli baru dan keuntungan lebih, biasanya mereka akan buka launch versi kedua atau 2.0 untuk produk yang sama (tapi dah upgraded lah).

Carta Keuntungan:

carta_keuntungan_continuity1

Cara Mendapatkan Keuntungan Lagi Banyak:

  1. Tawarkan dua-tiga jenis membership atau subskripsi. Mungkin ahli biasa bayar US$47/sebulan sahaja tetapi tak dapat maklumat lengkap. Ahli VIP pula dapat lagi banyak maklumat, tips dan bantuan, tetapi mereka kena bayar US$97/sebulan.
  2. Tawarkan coaching. Mungkin dengan tambahan US$997 ‘lump sum’, ataupun buat bayaran coaching bulanan seperti tambahan $97/sebulan diatas bayaran yuran bulanan biasa.
  3. Tawarkan ‘event’, ‘conference’ ataupun perjumpaan beramai-ramai untuk ahli. Kenakan bayaran juga.
  4. Tawarkan video atau live-video event tersebut kepada mereka yang tak dapat hadir ke ‘live event’. Kenakan bayaran juga.

Rintangan Yang Mungkin Dihadapi Untuk Membina Launch Seperti Ini:

  • Bukan one-person job. Memerlukan team yang berdedikasi, cekap dan amanah.
  • Berbagai aspek harus difikirkan seperti: pembikinan produk-produk dan laman web.
  • Memerlukan sistem JV dan affiliate yang baik.
  • Perlu JV dengan Guru-Guru untuk lebih ‘exposure’ dan kredibiliti.
  • Memerlukan promosi yang baik – pengiklanan, penggunaan PPC, email marketing, blog marketing, forum marketing, press release dan sebagainya.
  • Produk untuk membership bulanan harus bagus dan menarik minat pembeli untuk kekal sebagai ahli setiap bulan. Perlu mengeluarkan bahan baru pada membership setiap bulan.
  • Logistik untuk produk fizikal seperti pembuatan produk, penghantaran dan pengeposan.
  • Perlukan sistem pembayaran yang menerima bayaran jenis subskripsi bulanan. Mungkin memerlukan sistem pembayaran tersendiri jika membership banyak level kerana kekadang menggunakan PayPal tidak memadai dan anda kena ‘bina’ sistem pembayaran sendiri.
  • Perlu menjaga ’server’ terutamanya semasa launching bagi mengelakkan ’server crash’ semasa launch kerana trafik terlalu tinggi.

Kesimpulan:

Diatas saya telah menghuraikan taktik dan strategi yang digunakan oleh guru IM pada masa kini untuk mengautkan lebih banyak lagi keuntungan dari niche ‘make money’ atau buat duit, dan bukan sekadar keuntungan sekali sahaja, tetapi keuntungan berkali-kali setiap bulan.

Walaupun membership site sudah lama wujud, tetapi ia amat efektif kali ini kerana ‘habuan’ yang diberi seperti produk fizikal percuma dan keahlian bulan pertama percuma, dengan tujuan sebagai umpan kepada orang ramai untuk menyertai membership site atau subskripsi mereka.

Yang pasti, membina produk launch seperti ini bukanlah mudah dan memerlukan perancangan dan kerjasama sebuah team yang berdedikasi dan cekap.

Saya harap anda dapat menggunakan maklumat ini sebaik-baiknya.

Sponsored Links:

animated web graphics

Popularity: 5% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: GrapevineGuru TalkMembers SitesMotivasi InternetProduct LaunchTips Bisnes InternetUlasan MembershipUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (4)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. lubukduit MALAYSIA says:

    Satu penilitian yang menarik menerangkan bagaimana IM luar negara bijak menggoda emosi pembeli dengan mengumpan strategi-strategi yang berkesan melanggan produk/servis mereka.
    Mereka juga bijak membangun produk/servis yang membantu menyelesaikan masalah remeh temeh yg di hadapi pengguna contohnya memudahkan lagi proses kempen PPC dengan memberi cara penyelesaian yg mudah lagi canggih dan cukup berkesan. Sesuatu produk / servis itu akan laku kalau ia dapat memudahkan dan menjimatkan masa dan yg penting efektif.

  2. wati MALAYSIA says:

    memang best artikel Kak G kali ni. Saya pernah beberapa kali beli yang CD free tu – seperti PPC Classroom. Tapi akan cancel sebelum dicaj monthly fees tu. Sebelum cancel, download/save apa yang patut dulu :-)

  3. KampungBoy MALAYSIA says:

    Diorang nie kalau nak launch produk
    mmg teliti
    jd tak heran bila produk mrk booom

  4. alantanblog MALAYSIA says:

    hebat jugak cara2 marketing ni!

    Apa2 pun yang paling penting, pembeli yg dapat manfaat :D