Trend Produk IM di Pasaran Perniagaan dan Pemasaran Internet 2009
Nampaknya sekarang ni sekali lagi trend produk IM semakin menjadi-jadi, tak kiralah di arena perniagaan dan pemasaran internet luar negara mahupun tempatan.
Market IM Tempatan: Ebook dan Video IM Kembali Popular …
Pada tahun ini, penerbitan ebook beserta video di market IM Malaysia semakin popular, terutamanya dengan hadirnya produk IM berunsur ‘buat duit melalui …’. Kali ini, ebook dan video dipakejkan bersama untuk memberi tutorial atau penerangan mengenai cara membuat duit melalui sesuatu topik.
Salah satu pakej IM yang menjadi bualan sejak akhir tahun lepas adalah pakej Lisa Hilmi yang menerangkan melalui video mengenai pemasaran melalui Youtube untuk produk Clickbank dan Commission Junction. Saya pernah juga membelinya dan mencuba teknik ini dulu; tetapi kini telah kembali kepada teknik pemasaran konvensional seperti ‘article marketing’ kerana mahukan sesuatu yang lebih ‘kekal’.
Kini, topik mengenai pemasaran di forum pula sedang hangat, termasuk juga topik-topik berkaitan PPC.
Saya terkejut juga kerana ebook dah kembali hangat di Malaysia, tetapi di mana ada permintaan, di situ ada keuntungan.
Market IM Antarabangsa: Produk Berkaitan Twitter, Kemunculan Semula Produk Berkaitan PayPerClick & Affiliate Marketing dan Produk $1 atau Bayar Pos Sahaja
Jika anda subscribe kepada mailing list beberapa guru IM dari luar negara, sudah tentu inbox email anda dipenuhi dengan produk berkaitan topik-topik ini:
1. Twitter – muncul semenjak tahun 2006 tetapi sejak tahun lepas dan tahun ini, semakin popular di kalangan internet marketer untuk mempromosikan produk mereka. Pada masa sekarang, terdapat banyak ebook dan report ditulis mengenai Twitter. Jualan grafik untuk background Twitter pun sudah muncul. Download 3 bab pertama percuma dari buku Joel Comm mengenai Twitter di sini.
2. PPC dan Pemasaran Affiliate – macam-macam produk yang ada, terutamanya dari segi software untuk mengintip kempen PPC orang lain (Google Cash Detective, PPC Bully dan yang seumpamanya) dan coaching yang mencecah harga beratus Ringgit sebulan (PPC Classroom dan sebagainya).Juga produk berkaitan membuat duit dengan Clickbank – nampaknya Clickbank kembali popular juga, ye. Download percuma ebook PPC Blueprint di sini.
3. Produk IM berharga $1 atau hanya perlu bayar kos pos sahaja – sekarang guru IM semakin pandai di mana mereka menawarkan produk berharga $1. Adakalanya produk diberi percuma, tetapi di dalam bentuk fizikal (CD atau manual fizikal) yang dipos ke rumah anda dan anda hanya perlu bayar harga pos ke rumah sahaja. Saya pernah dapatkan Butterfly Marketing Mike Filsaime pada kos pos sahaja. Sekarang ni, Stompernet pula menawarkan harga $1 sahaja. TETAPI, anda harus ingat: harga $1 atau bayar kos pos tu hanya untuk bulan pertama! Selepas tu kad kredit atau debit anda akan dicajkan subskripsi bulanan, biasanya diantara $17 – $97 setiap bulan. Dalam US Dollar, ye! Jadi pastikan anda baca ’small print’ sebelum meletakkan nombor kad kredit / debit anda di borang belian.
Terlalu Banyak Produk IM, Newbie Semakin Keliru …
Dalam keadaan di mana produk IM semakin banyak di pasaran, sudah tentu bagi mereka yang baru saja nak berjinak dengan dunia IM akan menjadi lebih keliru dengan berbagai tawaran produk yang diberi.
Jika modal anda terhad kerana anda sedang belajar, baru bekerja dan sebagainya, saya cadangkan anda baca posting di Forum IM Malaysia seperti Forum Wangcyber.com dan posting-posting awal dari Blog ini. Jangan beli apa-apa dulu tapi rancangkan apa yang anda inginkan – sama ada nak jual produk sendiri, jual produk orang lsin (affiliate), nak buat Adsense atau benda lain.
Ingat bahawa anda perlu merancang kos kerana anda akan perlukan nama domain, hosting dan software membina laman web atau blog.
Tips: Kalau nak belajar secara free – dapatkan report-report free tentang topik yang anda ingin ceburi. Biasanya, ada saja tawaran untuk report free dari Guru IM yang memberi tips mengenai Adsense, PPC, pemasaran affiliate atau apa-apa topik IM yang anda ingin ceburi. (Lihat pada link-link diatas untuk dapatkan report2 percuma.)
Kesimpulan:
Sudah setengah tahun kita melihat produk IM mengenai PPC dan pemasaran affiliate kembali popular dan kemunculan produk berkaitan Twitter. Tahun-tahun dahulu, topik seperti membership site, pemasaran artikel dan grafik canggih (peel ads, video skins, graphical opt-in templates) yang mendapat perhatian. Mungkin seterusnya, topik mengenai SEO dan link building pula, kerana sudah terdapat tanda-tanda bahawa topik berikut pun akan timbul balik.
Topik IM ni sebenarnya tidak semakin pudar tetapi setiap tahun topik yang sama akan recycle kembali, mungkin dengan ‘packaging’ yang lebih canggih dan berbeza. Mana tidaknya, setiap tahun akan keluar generasi baru yang mempunyai minat nak belajar tentang perniagaan dan pemasaran internet dan ini bererti niche perniagaan internet ini tidak akan mati begitu saja.
Popularity: 10% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Tips Bisnes Internet • Uncategorized







on
on
Memang baik nasihat untuk baca “fine print”. Juga kalau nak bulan pertama sahaja, mesti ingat cancel selepas bulan itu.
Hai Shafir,
Lama tak nampak! Apa projek baru?
Ye, kalau kita lupa atau malas nak baca ‘fine print’, memang akan terkejut bila tiba-tiba kena bill bulanan di kad kredit.
Produk Mike Filsaime bagus sebab nak cancel, dia buat website cancelmetoday.com di mana kita boleh lihat kesemua subscription yang kita ada padanya.
Yang Guru lain tu – hmmm … satu masa nanti saya akan ceritakan tentang masalah subscription ni.
Kini produk clickbank code oleh Michael Jones tengah hot juga. Terbeli juga , rasanya pi mai pi mai tang tu juga tekniknya. (recycle kembali, mungkin dengan ‘packaging’ yang lebih canggih dan berbeza)
skang nie buatlah pilihan yang bijak
dalam ms pasaran intenret
semakain boom sekarang ini
Galadriel, saya dah lama bubuh link sdari kat sini
so…arap dalamla bertukar link
boleh bikin kroni pasni
minta laluan otai otai semua,Ok ader siapa bleh bg tau cmne nak menterjemah atau menghasilkan ayat suci AL Quran? mengunakn software ape? Thank Q
Oh Lubukduit, lain kali awak tanya dulu kak G ye, sebab tak nak awak buang duit dgn produk recycle.
Sebab tu sekarang ni kalau Kak G promote pun, free product ataupun kalau yang ada coaching. Sebab banyak ebook sekarang ni memang product recycle.
Sebelum beli produk, saya check dulu kat bahagian Reviews WarriorForum.com ataupun cari blog-blog yang bagi review sebenar.
Saya mmg baca produk tu byk info recycle. Saya pun hampir terbelinya.
Okay, no problem. Awak pun pengunjung dan pengkomen regular sini.
Kalau online, website2 ni ada terjemahan:
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
http://www.alquran-melayu.com/
http://alqurandigital.com
Kalau nak tulisan arab (arabic font):
http://www.pakdata.com/products/arabicfont
Saya tak pasti sama ada awak nak beli software untuk guna kat komputer atau nak bina software mcm tu.
Kalau nak beli, terdapat banyak software di kedai yang ada terjemahan Al-Quran.
Syarikat ni pun ada jual:
http://qatrunnada.com.my/main/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=38
Jika anda nak bina software yang boleh terjemah Al-Quran, awak boleh upah programmer, sama ada dari Malaysia ataupun dari Pakistan.
Saya harap saya berjaya jawab soalan awak.
Alhamdulillah & bebyk trima kasih pd otai yg menjawao tu. Semoga Allah memberkati usaha anda sbgai IMter.
Best ler artikel kak G kali ni khususnya utk newbie mcm saya ni. Saya pon seblm beli mana2 produk IM ni..akan download yg free version dulu atau review. Selepas tu baru buat keputusan utk beli..yg penting cari dulu review dari forum atau mana2 blog IM. Berkenaan produk IM international yg cuma bayar kos pos tu mmg sy belum berani beli lagi coz mcm kak G kata..kalau tak berhati2 tau-tau kad kredit dah kena potong setiap bulan. Tak sabar nak tunggu huraian kak G tentang masalah subscription produk international tu..dan berkenaan masalah recyle tu mmg betul kalau tak berhati2 terkena jugak! Packaging jer gempak..isi sama jerk..thank’s ya kak G.
[...] ni, saya pernah tulis posting tentang trend Internet Marketing di Malaysia dan luar negara jadi dah masuk tengah bulan Jun ni pun masih lagi kearah [...]
terima kasih atas panduan tip nasihat adik G(saya lebih berumur)