Cara Nak Elak & Kawal Ebook Dari Disebarkan Secara Haram
Salamz,
Banyak kali Kak G membaca di Forum Wangcyber dan forum lain di mana produk-produk digital mereka, terutamanya Ebook berbayar disebarkan secara haram atau dikongsi beramai-ramai.
Hasil penat usaha penulis ebook menjadi sia-sia apabila pembeli menyebarkan link download percuma kepada beratus-ratus orang lain tanpa memikirkan bahawa kegiatan tersebut adalah jenayah dan haram.
Di sini saya akan berkongsi beberapa tips untuk memastikan ebook anda selamat dari kegiatan penyebaran secara haram oleh lanun-lanun ebook.

Langkah Keselamatan Untuk Ebook:
1. Tulis ebook anda dengan PDF software yang ada fungsi password. Ini adalah bagi memastikan setiap pembeli perlu mengetahui password ebook untuk membuka ebook PDF anda. Antara PDF creator software yang ada fungsi ini termasuklah PDF Creator dan ewritepro. Saya pernah menggunakan ewriterpro dan mendapati ia amat mudah digunakan dan harga pun murah.
2. Jika anda nak ebook anda lagi selamat, terutamanya untuk produk digital berharga melebihi RM100, anda bolehlah mengguna Ebook Pro ataupun Ebook Gold. Setakat ini, saya pernah mencuba EbookPro. Harganya memang mahal tetapi berbaloi jika anda menjual ebook yang berharga tinggi. Fungsi-fungsi pada software ini juga tidak membenarkan pengguna berkongsi ebook anda dengan berlainan komputer dan juga tidak membenarkan ebook anda di-copy. Anda juga boleh memasukkan video ke dalam ebook anda. Ebook yang dikeluarkan bukan berbentuk PDF tetapi berbentuk file yang harus diinstall pada komputer dan memerlukan internet untuk verifikasi pembeli ebook. Anda boleh ‘kunci’ ebook anda jika pembeli meminta wang kembali (refund) dan mereka tidak lagi dapat akses ke ebook anda.
Langkah Keselamatan Untuk File dan Folder:
1. Masukkan ebook atau produk digital anda ke dalam folder yang baru. Labelkanfolder anda dengan nama yang sukar diingati. Jangan letakkan nama file seperti ‘download’, ‘ebook’ atau ‘video’. Letakkan nama yang sukar seperti ‘ebo0k345839434394′ ataupun ‘he45if9e34kv9wq’
2. Zipkan folder tersebut dengan menggunakan program zip percuma dari: www.7-zip.org
3. Program zip 7-zip ini membolehkan anda meletakkan password pada dokumen yang telah dizip. Pembeli hanya boleh buka (extract) zip file jika mereka mengetahui password kepada file zip tersebut.
4. Sebaik-baiknya, anda jangan letak password untuk produk anda pada download page tetapi emailkan kepada pembeli setelah mereka opt-in kepada mailing list anda di download page. Kalau boleh, anda tukarkan password untuk setiap versi baru ebook atau produk digital anda. Maka versi 1.0 ebook anda menggunakan password lain, versi 2.0 pula menggunakan password lain.
Langkah Keselamatan Untuk Download Page:
1. Jangan letakkan nama download page anda dengan nama seperti download.html ataupun download.htm. Letakkan nama-nama yang sukar diketahui seperti gabungan abjad dan nombor.
2. Untuk produk berharga tinggi, anda bolehlah menggunakan ‘download page protector’ seperti DLGuard dan PayguardPro.
3. Jika anda inginkan penyelesaian yang mudah lagi murah (hanya RM15 / US$5), anda boleh dapatkan Download Page Protector yang dihasilkan oleh Zul Smartusaha di sini: http://www.internetmelayu.co/downloadpageprotector
(Pihak InternetMelayu.com adalah verified reseller untuk produk ini).
4. Delavo – platform untuk jualan, affiliate dan sistem keselamatan untuk link download. Harga adalah percuma hingga tarikh 24 Mei 2009. Selepas tarikh tersebut, anda perlu membayar untuk mendapatkannya. Dapatkan Delavo percuma dengan mengKLIK DI SINI sebelum 24 Mei 2009.
5. Pastikan download page anda tidak di-spider oleh robot enjin carian. Gunakan tag ‘noindex’ ataupun ‘no index, no follow’ pada header download page seperti dibawah:
| <head> <title>New Page</title> <meta name=”robots” content=”noindex,nofollow”> </head> |
Ini adalah penting terutamanya bagi mengelakkan masalah seperti yang terkena pada download page kebanyakan produk Clickbank pada suatu masa dahulu, dimana beberapa keywords di laman download produk telah ter-spider di enjin carian seperti Google dan Yahoo dan menunjukkan dimana produk tersebut berada.
Kesimpulan:
Walaupun terdapat banyak kaedah untuk mengelakkan produk digital anda dari dicuri dan disebarkan secara haram, tips yang saya beri ini tidak boleh menjamin 100% bahawa ebook atau produk digital anda akan selamat.
Sungguhpun begitu, jika anda tidak berbuat apa-apa dan langsung tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang saya sarankan diatas, kemungkinan produk digital anda dicuri dan disebar adalah amat tinggi.
Oleh itu, saya galakkan anda agar tidak lalai atau cuai dan cuba mengikuti nasihat yang saya sediakan diatas.
Semoga dapat membantu.
Kak G
Popularity: 11% [?]
Filed Under: Tips Bisnes Internet • Ulasan Software dan Script • Uncategorized






on
on
Terima kasih kerana berkongsi tips-tips yg dapat mengelak dari di cerobohi oleh lanun ebook.
mungkin ada yg tahu sebelum ini betapa mudahnya memuatturun percuma produk2 digital yg dijual di Clikbank melalui web tertentu dgn hanya taip katakunci tertentu… tapi kini rasanya dah tak boleh dah kut?
Setuju!
Memang tak boleh menjamin 100% selamat.
Cuba lawat laman BH, anda blh dapatkan product terbaru!
Pagi je launch, tengah hari dah diedarkan di laman BH ni
hohoh info best ni.. baru je nak berjinak-jinak dengan internet dgan ebook ni..
Memang betul tu.
Sedangkan produk berjenama terkenal dan bermodal besar seperti software dari Microsoft dan Adobe pun orang sebar dengan cracknya melalui internet, apatah lagi ebook atau software yang dihasilkan oleh marketer biasa.
Tapi ini bukan bermakna kita tak boleh jual produk digital. Cuma kita kena letaklah langkah keselamatan.
Ini pun memang benar. Tapi masih ada lagi yang tak update download page mereka untuk elak masalah katakunci CB tu.
Saya pernah email seorang marketer yang jual produk niche untuk warn dia tentang hal ni. Tapi dia mcm tak endahkan sgt. Mungkin dah dpt byk duit kot dari produk tu.
tq banyak2.
info yg senang dan mudah difahami serta sangat bermanfaat.
lepas ni boleh la lg berhati2
sharing is loving
Banyak langkah2 keselamatan produk digital yg saya dapat dari kak G ni. Saya sendiri mempraktikkan DPP smartzul..memang best & mudah digunakan. Pembeli pula tak payah nak gunakan password utk download coz ciri2 keselamatan DPP sudah memadai. Walau bagaimana pun tidak dinafikan..umpama kereta macam2 sistem security dibuat..tapi pencuri dpt gak kebas kereta dlm beberapa saat jerk! Cuma kita keluarkan duit utk sistem keselamatan tu sbg usaha jerk..! Lagi satu saya suka teknik yg kak G katakan..pembeli terpaksa melalui opt-in dulu sblm kita beri password. Langkah ni sekurang2nya kita dpt double-check sama ada yg download tu SAH pembeli kita..makaseh kak G