RSS

Kesimpulan Keputusan Poll Pemasaran Internet di Malaysia

May 08, 2009 | admin | Comments 12

Pada bulan April lalu, saya telah meletakkan sebuah poll atau kotak undian pada Blog ini untuk melihat topik apa yang ingin diketahui oleh pengunjung di sini.

Daripada poll tersebut, iaitu ‘Apakah Topik IM Yang Anda Nak Tahu?‘, didapati bahawa 65 orang telah mengundi dan berikut adalah pecahan yang berminat tentang sesuatu topik:

  • Adsense – 3 orang
  • Menjual produk sendiri – 17 orang
  • Pemasaran Affiliate 12 orang
  • Blogging – 5 orang
  • Membina Laman Web – 9 orang
  • Search Engine Optimization – 4 orang
  • Nak tahu semua – 12 orang
  • Tak tahu – 3 orang

topik_pemasaran_internet_poll_undianDari keputusan yang diberi, ternyata paling ramai pengunjung ke Blog Pemasaran Internet Melayu berminat untuk mengetahui cara untuk menjual produk sendiri, diikuti pula dengan topik Pemasaran Affiliate dan mereka yang ingin tahu tentang semua topik.

Ramai juga yang ingin tahu cara membina laman web (9 orang) tapi hanya 5 orang nak tahu tentang blogging.

Pada spektrum yang bertentangan pula, hanya 3 orang sahaja yang berminat nak belajar tentang Adsense dan 3 orang yang lain pula, tak tahu topik apa yang mereka nak tahu.  :p

Dari sini, disebabkan ramai yang ingin tahu cara nak jual produk sendiri dan tentang pemasaran affiliate, maka saya buka ruang ini untuk anda post soalan anda tentang perkara ini.

Saya sendiri pun memerlukan maklumat dari anda seperti:

1. Adakah anda berminat nak jual produk sendiri berbentuk digital (ebook, video, skrip) atau produk fizikal (produk kesihatan, produk kecantikan dan lain-lain)?

2. Adakah anda nak tahu cara memasarkan produk anda di internet?

3. Adakah anda ingin tahu cara membina laman web juga atau cara nak bina laman web jualan?

Jika terdapat sambutan yang hangat tentang topik-topik ini, saya akan cuba usahakan sesuatu untuk pengunjung blog ini – Free of Charge (percuma).

Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda dibawah posting ini.

Terima kasih.

Kak G.

Disclaimer: Poll ini hanya dibuka untuk masa yang singkat dan tidak menggambarkan keseluruhan pengunjung di internet. Mungkin pada masa yang akan datang, saya akan membuka lagi poll ini untuk melihat keputusan undian pada waktu itu pula. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab keatas penyalahgunaan maklumat di sini.

Popularity: 10% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetTips Bisnes InternetUndian / Poll

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (12)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Masaji MALAYSIA says:

    Bagaimana membina website jualan? Terima kasih.

  2. lubukduit MALAYSIA says:

    nak tahu teknik berkesan mempromosi produk dan dapat menarik ramai pelawat ke laman jualan.

  3. KampungBoy MALAYSIA says:

    Skang nie tengah demam ebook Kak G
    dah ramai bikin ebook
    semuanya meletop
    tu yang bikin kepingan nak bwat satu….

  4. abgzol MALAYSIA says:

    Kemahiran SEO amat penting bagi seseorg IM utk menarik trafik ke laman web atau blog..apa pula nasihat kak G bagi newbie yg tak mahir SEO ada tak cara lain yg juga berkesan dalam menaikkan traffik ke laman web atau blog mereka? TQVM

  5. admin MALAYSIA says:

    Salamz,

    Teruskan soalan-soalan anda supaya Kak G boleh compile semua.

    Sekarang ni baru 4 soalan sahaja.

    Kak G.

  6. baloot MALAYSIA says:

    ni pilihan aku sejak dulu smpai sekarang:

    akhir tahun 2006: adsense
    awal tahun 2007: affiliate, blogging, seo
    awal 2009 hingga sekarang: jual produk sendiri

    :D

    skrg ni kalau aku dgr pasal adsense, rasa mcm tak boleh nak buat duit sgt dah dengan program tu. ramai sgt yg buat, ramai yg tau pasal adsense, ramai yg nak elakkan klik adsense.. :cry:

    pilihan aku sekarang & selamanya: jual produk sendiri :mrgreen:

  7. smartzul MALAYSIA says:

    @baloot – setuju3x ;)

    Tapi tak salah buat benda lain sebagai side income. Sampai skrg saya buat:

    1. Servis
    2. Affiliate
    3. Jual produk sendiri (this the best)

    Rata2 saya lihat, org yg buat adsense, affiliate dan sebagainya (make money model), last2 akan buat produk sendiri juga. ;)

    Saya ada satu soalan untuk kak G:

    Memang menjual produk sendiri itu bagus dan menguntungkan. Tapi bagaimana cara untuk kita tahu wujudnya permintaan terhadap produk tersebut?

  8. admin MALAYSIA says:

    Hai Zul,

    “Memang menjual produk sendiri itu bagus dan menguntungkan. Tapi bagaimana cara untuk kita tahu wujudnya permintaan terhadap produk tersebut?”

    Bagi Kak G lah, saya akan melayari forum-forum tentang niche yang saya berminat nak market dan tengok permintaan mereka macam mana terhadap sesuatu produk.

    Selalunya ada yang akan posting soalan seperti, “tahu tak macam mana nak buang jerawat di muka?” atau “macam mana nak cari template untuk …”

    So, saya akan kaji macam mana permintaan orang ramai tu dan kemudian cuba memberi cadangan (tanpa spam ye) atau buat iklan berbayar, yang ada kaitan dengan produk yang mereka nak tu.

    Selalunya kalau di forum, saya akan bayar untuk iklan, sebab saya nak promosi saya dianggap sah dan bukan spam.

    Selain itu, saya buat keyword research untuk tengok permintaan orang ramai, tapi saya lagi suka kaji kat forum. Sebab di forum saya dapat response terkini dan dapat tahu kalau memang ada permintaan sebenar.

    Keyword research biasanya untuk SEO lah. Sebab orang type kat Google tu bukan sebab nak beli but for free info.

    Apatah lagi kalau market Malaysia, saya tahu walaupun mereka taip ‘cara nak kuruskan badan dengan mudah’, bukan bererti mereka akan beli ebook Clickbank tentang Fat Loss yang harga $40 (RM150) tu. Tapi mereka akan nak beli kalau saya tawarkan produk fizikal yang boleh pos ke rumah walaupun harga RM150.
    :wink:

  9. admin MALAYSIA says:

    Originally Posted By Masaji
    Bagaimana membina website jualan? Terima kasih.

    Baiklah, saya akan jawab soalan ni tak lama lagi.

    Sebelum tu, cuba download dulu free website editor kat:
    http://kompozer.net/download.php

    Pilih yg untuk ‘Win32 binary’ jika guna Windows. Pilih versi stable terkini. Jgn amik yang masih dlm BETA.

    Awak kena ada web editor dulu sebelum bina laman web jualan.

  10. admin MALAYSIA says:

    Originally Posted By lubukduit
    nak tahu teknik berkesan mempromosi produk dan dapat menarik ramai pelawat ke laman jualan.

    Terdapat byk teknik nak promosikan produk:

    1. Melalui iklan di forum seperti WTS di Wangcyber.com. Tawarkan bonus yang menarik sekali. Bagi diskaun yang baik bagi ahli forum yang beli.

    2. Jika pasaran antarabangsa, try promote di WarriorsForum dan DigitalPoint forum.

    3. Yang penting, pastikan produk anda berkualiti. Anda boleh beri diskaun untuk 10 pembeli pertama ke, untuk mendapatkan testimonial.

    4. Of course, pastikan surat jualan pada laman web jualan tu dapat menarik minat orang ramai.

    5. Guna iklan PPC (Adwords) tapi ni kalau salah buat boleh makan modal kita. So bagi newbie, saya cadangkan iklan di forum dulu. Bila dah tahu produk tu laku, dan nak kembangkan market, barulah guna PPC.

  11. admin MALAYSIA says:

    Originally Posted By abgzol
    Kemahiran SEO amat penting bagi seseorg IM utk menarik trafik ke laman web atau blog..apa pula nasihat kak G bagi newbie yg tak mahir SEO ada tak cara lain yg juga berkesan dalam menaikkan traffik ke laman web atau blog mereka? TQVM

    Okay, untuk SEO, backlinks tu penting.

    Dan ‘anchor text’ pada back link tu. Sebagai contoh, jika website awak tentang Fat Loss (kuruskan badan), pastikan link awak guna anchor text seperti “how to lose fat”, “cara kuruskan badan” dan sebagainya.

    Cuba tulis artikel dan submit ke EzineArticles.com, sebab PR site tu tinggi (PR6), juga GoArticles.com (PR5) dan lain2.

    Walaupun laman web awak bahasa Melayu, awak tulis jer article Inggeris untuk article directory tu. Yang penting dapat one-way link dari sana ke laman web awak.

    Also jangan lupa bookmark laman web awak di Digg dan sebagainya.

    Oh, dan kalau ada masa, bina Squidoo Lens dan tujukan link kepada laman web awak.

    Twitter pula boleh diguna untuk tambahkan trafik tapi ada yang kata link dari sana tak ada nilai PR. Tapi tak kisah, penting ada “exposure” ke laman web awak.

  12. pedagangIT MALAYSIA says:

    @smartzul

    ini info yang sangat bagus…

    ya menag bila kita buat product sendiri
    ianya adalah jalan yang terbaik dalam
    menjana income di internet

    akan tetapi…

    terlau banyak ebook sampah di pasaran malaysia,
    maaf kepada yang terkena tempias…

    trend di malaysia sekarang…

    mereka suka tiru:)

    tidak mahu perah idea sendiri …

    yang lebih malang … yang tiada background
    tentang perniagaan internet pun …selambar je bercerita tentang cara buat duit…

    mmmm…. yang kesian pembeli la…lepas beli xda support..