RSS

Seminar Perniagaan Ebook 18 April 2009 oleh Shuth

April 06, 2009 | admin | Comments 5

Ramai yang ingin berniaga di internet, tetapi masalah yang sering dihadapi ialah:

  • Tak tahu nak jual apa.
  • Tak ada modal untuk membeli produk untuk dijual.

Produk yang paling mudah untuk dijual di internet sebenarnya adalah ‘electronic books’ atau ebook.

Apakah maksud Ebook atau Electronic Book?

Istilah ebook atau ‘electronic book’ digunakan untuk mana-mana jenis penulisan yang berbentuk digital, yang boleh dibaca melalui paparan pada skrin komputer. Ebook biasanya berbentuk PDF atau file .exe dan boleh dibina dengan software ebook atau, ebook compiler atau PDF maker. Ebook tidak dicetak pada kertas dan tidak memerlukan media percetakan, walaupun ia boleh dicetak pada printer komputer,  jika mahu.

Menjual ebook tidak memerlukan anda menyediakan modal yang tinggi untuk membeli stok barangan, mengepos barang dan sebagainya.

Berbanding dengan menjual software atau skrip buatan sendiri, ebook tidak memerlukan anda mengetahui software/script programming dan kemahiran teknikal yang lain.

Yang penting, anda mempunyai pengetahuan yang berguna dan boleh memanfaatkan orang ramai – penyelesaian kepada persoalan atau masalah yang dihadapi golongan tertentu (the solution to a problem or problems) – dan penyelesaian itulah yang akan menjadi isi kandungan ebook anda nanti.

Bagi mereka yang belum lagi mempunyai produk atau idea untuk dijadikan perniagaan di internet, saya cadangkan anda menghadiri seminar perniagaan ebook yang akan diadakan oleh saudara Shuth, iaitu pemilik Forum Wangcyber (dimana Kak G salah seorang moderator di sana).

Saudara Shuth memang saya dah kenal lama di dalam arena perniagaan internet ni dan beliau sendiri telah menulis beberapa buah ebook termasuk juga buku fizikal. Jika anda nak belajar tentang cara menjual ebook di alam siber, this is one of the top guys to learn from.

Seminar tersebut akan diadakan pada 18 April (Sabtu) nanti dan tempat adalah terhad. Anda boleh klik pada link dibawah untuk maklumat lanjut:

Daftar untuk Seminar Perniagaan Ebook

Kak G.

ps – buat pengetahuan anda, saya bukan affiliate bagi seminar tersebut (maknanya tak dapat komisyen pun to review this), tetapi saya tetap memberi sokongan kepada Seminar Ebook yang diadakan oleh Saudara Shuth kerana saya percaya ia amat berguna dan akan dapat memanfaatkan anda semua.

:mrgreen:

Popularity: 19% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: PenulisanSeminar IMTips Bisnes InternetUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. pedagangIT MALAYSIA says:

    seminar yang bagus , untuk menghadapi zaman gawat

  2. Shauqie MALAYSIA says:

    Salam,

    Bagus ni. Seminar macam ni la yang ditunggu-tunggu selama ni. Thnks, kak G :)

  3. KampungBoy MALAYSIA says:

    Makin banyak seminar sakng nie
    msing2 ada kelebihannya tersendiri

  4. admin MALAYSIA says:

    Sayang sekali saya outstation, kalau tak memang Kak G dah pergi …

  5. saiful MALAYSIA says:

    Work from home, make money from your Website, join affiliate programs, summer jobs, seasonal jobs, money making tutorials, earn revenue by placing ads on your Website, advertisement programs, get a fee to refer customers, receive commission for offering custom builds, etc.

    ======================================================

    Note from Admin:
    This is a no-follow blog, meaning that any links from it won’t count for your PR (pagerank).

    But thanks for the keyword list for my blog. ;)

    For PR, you are better off submitting to my friend’s directory here:
    http://www.profitwebdirectory.com/

    Thank you.

    Admin