RSS

Review atau Ulasan PPC Classroom 2.0 Part 1

February 25, 2009 | admin | Comments 0

PPC Classroom 2.0 telah dilancarkan oleh Amit Mehta dan Anik Singal pada jam 1.00 pagi waktu Malaysia hari ini.

Sebenarnya, saya telah menunggu hingga ke jam 2:30 pagi tadi untuk mendapatkan DVD percuma PPC Classroom 2.0 (hanya perlu bayar kos penghantaran pos $10 sahaja), tetapi disebabkab masalah dengan laman web mereka yang dah overload, saya tidak dapat membelinya ketika itu. Saya pun pergi tidur sekejap.

Saya cuba lagi setelah azan Subuh dan mendapati ada masalah dengan borang pembayaran mereka kerana apabila saya letak maklumat kad kredit mereka, ia mengeluarkan mesej error. Saya cuba lagi sebanyak 5 kali dan bila tak dapat juga, saya pun melayari blog dan forum antarabangsa untuk mendapatkan maklumat tentang masalah ini.

So sebenarnya, saya rasa agak ngantuk ni, tapi saya ingin menulis ulasan tentang PPC Classroom 2.0 ni, jadi saya tahan je lah rasa ngantuk tu. Lagipun, anak kecil saya dah bangun tidur jadi saya pun tak dapat tidur juga.   :p

Saya hanya berjaya membayar untuk PPC Classroom 2.0 pada lewat petang tadi. Rupa-rupanya borang pembayaran telah dibaiki.

Pengajaran untuk mereka yang mengadakan Big Product Launch: Test dulu laman web dan hosting anda, sistem pembayaran, sistem email, sistem support dan sebagainya! Jangan sampai bakal pembeli berputus asa pula kerana masalah teknikal tersebut.

Hahaha, pihak PPC Classroom 2.0 memang beruntung kerana saya sabar dan sanggup mencuba lagi.

Okaylah, mari saya ceritakan tentang proses pembelian PPC Classroom 2.0:

1. Mula-mula setelah saya masukkan maklumat pembayaran, telah dinyatakan pada borang pembayaran bahawa kos penghantaran DVD adalah $10 (kerana penghantaran ke Malaysia adalah international).

2. Saya juga dingatkan bahawa saya juga secara automatik diberi akses kepada PPC Inner Circle yang percuma untuk 30 hari, dan selepas itu akan dikenakan bayaran $97 sebulan. Okay, takpe. Kalau tak suka, sebelum 30 hari, saya akan batalkan bayaran akses tersebut. Walaupun saya kurang gemar dengan ‘force continuity marketing’, sekurang-kurangnya mereka dah bagi warning awal-awal.

3. Upsell Pertama – keahlian Niche Detective Club, yang percuma untuk 30 hari, selepas tu dicaj $19.95 sebulan. Saya mengambil keputusan untuk mencubanya dan nanti kalau tak suka, saya akan cancel membership.

4. Upsell Kedua – 15 video live training PPC Classroom. Saya tak minat. Harganya $97 dan saya rasa saya tidak mempunyai cukup masa nak menonton 15 video.

5. Upsell Ketiga – beberapa training series dengan harga $297. Wah, mahal juga dan saya tidak mengambilnya kerana rasa tidak perlu. Bila saya menolak tawaran tersebut, mereka turunkan harga kepada $147. Huhu, terima kasih sajalah tetapi saya tak minat. Tapi jika anda berminat mendapatkannya, jangan lupa reject dulu tawaran pertama agar anda dapat diskaun dari $297 ke $147.

Banyak betul upsell yang diberi! Saya rasa kalau satu-dua dah memadai tetapi dalam hal ni, lebih-lebihlah pulak. Huhu, mungkin sebab tu mereka ni multi-jutawan.  ;)

Bila dan selesai melalui segala upsell yang diberi, barulah akhirnya saya dibawa ke webpage selesai pembayaran:

ulasan_ppc_classroom_2_reviews

Saya telah mendengar video tersebut dimana Amit Mehta mengucapkan tahniah kepada semua ahli PPC Classroom 2.0. Sebenarnya, proses pembayaran awal-awal tadi akan diperiksa secara manual oleh pihak PPC Classroom 2.0.

Bila dah verify semua maklumat bayaran adalah sah dan betul, barulah akan diberi ‘masuk’ secara rasmi. Yelah, mereka nak elakkan dari terkena penipuan kad kredit kot.  :p

Ahli juga disarankan check email untuk mendapatkan maklumat pembelian mereka seperti yang saya terima dbawah:

ulasan_ppc_classroom_2_reviews_2009

Email tersebut juga sebagai resit rasmi dan menyatakan tentang pembelian DVD yang akan dipos tidak lama lagi:

ulasan_ppc_classroom_2_reviews_2009_buy

Okay, so itulah Review atau Ulasan PPC Classroom 2.0 bahagian pertama. Nanti bila saya dah dapat akses sepenuhnya, saya akan ceritakan lagi.

Oh ye, kenapa saya nak dapatkan produk ini?

1. Pertama, saya nak lebih mendalami Google Adwords dan yang serangkaian dengannya.

2. Saya memang buat affiliate marketing, so nak naikkan ke ‘the next level’.

3. Daripada apa yang saya baca dan dengar, Amit Mehta merupakan seorang Guru dan usahawan yang jujur dan suka membantu. So, saya nak belajar dari beliau.

4. Saya nak menonton DVD free tu.

PPC Classroom 2.0

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Product LaunchTentang Google AdwordsTentang Wordpress.orgUlasan MembershipUlasan PPCUncategorizedWeb Design

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (0)

Trackback URL

Comments are closed.