RSS

Ulasan Free Report PPC Classroom 2.0, Kisah Webinar dan Kaki Anak Saya

February 20, 2009 | admin | Comments 5

Di sini saya ingin berkongsi satu lagi Report Percuma, iaitu dari PPC Classroom 2.0, mengenai Pay Per Click (PPC). Bagi yang tidak mengetahui apa maksud pay-per-click, anda bolehlah membaca tentang istilah ini di Kamus Pemasaran Internet di sini: Istilah Pay Per Click – PPC.

Report PPC Classroom 2.0 ini mengandungi 33 mukasurat dan menceritakan tentang bagaimana hendak mengelak 5 kesilapan terbesar yang dialami oleh 98% dari mereka yang melaksanakan pemasaran affiliate.

Antara kesilapan yang dibincangkan di dalam report tersebut adalah mengenai:

1. Keyword Kiss of Death – kesilapan memilih keyword yang sering dilakukan oleh affiliate marketer, sungguhpun yang sudah berpengalaman.

2. PPC Suicide Strike – bagaimana seseorang affiliate boleh ‘termusnah’ kempen affiliate mereka yang berjaya tanpa disedari.

3. PPC Heartbreaker – Kenapa anda tidak harus menganggap kempen affiliate anda seperti bayi baru lahir. Masalah ‘memanjakan’ kempen affiliate anda dan menganggap ia seperti ‘anak emas’ anda.

4. Momentum Magic – keajaiban konsistensi dan kepentingan untku terus tekun di dalam usaha anda.

5. Scatter Brained Affiliate and the PPC Profit Pump – Sikap kebanyakan affiliate marketer dibincangkan di sini dan bagaimana untuk menukar pemikiran anda sama seperti golongan Super Affiliate.

Report ini sangat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mencuba PPC seperti Google Adwords dan sebagainya.

Baiklah, itu adalah sedikit sebanyak ulasan free report PPC Classroom 2.0. Anda boleh downloadkan dari sini:

ulasan_ppc_classroom_2_report_Webinar PPC Classroom 2.0

Oh, saya baru semalam mendaftar untuk webinar tersebut dan mendapat tahu bahawa ia akan bermula pada jam 10 pagi, hari ini (Jumaat), waktu Malaysia.

ppc_classroom_2_webinar_review

Saya sudah bersedia untuk webinar tersebut semenjak jam 9:30 pagi tadi dan dapat bersambung kepada software webinar tersebut tetapi malangnya …

ppc_classroom_2_webinar

Rupa-rupanya, sungguhpun pihak PPC Classroom 2.0 telah menyediakan tempat webinar untuk 1000 orang, hampir 6000 orang telah mencuba untuk memasuki webinar tersebut.  :O

Memang kecewa jugalah sebab tak dapat nak ‘menghadiri’ webinar PPC Classroom 2.0 ni, tapi nasib baik jugalah pihak penganjur akan menyediakan rakaman webinar tersebut di blog mereka nanti.

Kaki Anak Saya …

Oh ye, Kak G sekarang ni menghadapi kesusahan sikit nak online kerana sibuk dengan anak saya yang semakin besar dan nakal.

Kat bawah ni gambar kaki dia kerana setiap kali saya menaip di blog atau cuba membina laman web, dia mesti nak duduk atas riba dan letak kaki dia betul-betul depan laptop saya…    :D

kaki_pemasaran_internet

So, kalau Kak G lambat sikit balas email atau lama tak posting kat Blog ni, faham-fahamlah ….   :p

Popularity: 18% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Berita GoogleFree DownloadsTentang Google AdwordsTentang Program AffiliateUlasan eBookUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. abdfatah MALAYSIA says:

    alahai kaki… ingatkan kenapa dengan kakinya. kaki anak menyibuk melilau atas laptop rupanya… :lol:

  2. Galadriel MALAYSIA says:

    huhu,

    Memang macam tu le hampir setiap hari … :lol:

  3. khalifah MALAYSIA says:

    WADUH..
    memang dugaan..
    ni wat khalifah rasa bersemangat ni…
    kak G leh buat..
    x kan khalifah x leh buat..

    ** rasa sedey tengok mcm tu…
    moga kak G terus tekad n mantap n luas rezeki nya. amin3x

    dr.khalifah
    BAKAL MENDAHULUI ANDA

  4. catzer MALAYSIA says:

    hahahahah..comeinya bile boleh jumpa ngan auntie catz ni..heheheh

  5. Galadriel MALAYSIA says:

    Catzer, awak gi ziarah blog anak Kak G. Ada gambo terbaru dia.

    Okay, Kak nak gi outstation ke Sarawak petang ni ikut suami. Baby pun mestilah ikut.

    Nak get ready ni ke KLIA.

    See you!