Bila Internet Semakin Berleluasa …
Ini adalah posting pertama Kak G semenjak Tahun Baru 2009, jadi sebelum saya mulakan topik saya di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru, walaupun dah 24 hari semenjak tahun baru berlalu. :p
So apa aktiviti Kak G selama ini sampai agak lama menyepikan diri? Sebenarnya saya agak sibuk juga dengan hal-hal peribadi. Saya ni boleh dikira adalah seorang yang agak ‘private’ dan pada blog ini, jarang sekali nak share hal peribadi, so cukuplah saya nyatakan bahawa saya kini ada penambahan kepada ahli keluarga saya yang selama ini terdiri dari dua orang sahaja.
Okay, mari kembali kepada topik kita, tentang bila internet sudah menjadi kebiasaan semua. Sekarang ni, di kampung-kampung pun sudah ada talian internet, termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak. Sekarang ni, kita boleh membeli hampir apa-apa saja dari internet, termasuklah barang dapur. Hari tu, saya pernah lalu depan Giant Shah Alam dan ternampak banner yang menyatakan tentang perkhidmatan online shopping. Huhu, tapi saya belum lagi cubalah membeli barangan dapur secara online lagi! Rasanya, buat masa ini, lebih seronok untuk memilih sendiri barangan di hypermarket.
Oh ye, bulan ini juga rakyat Malaysia sibuk dengan berita pilihanraya kecil di Kuala Terengganu. Saya sendiri tak adalah terlibat, tetapi saudara-mara saya di Kay Tee ada yang keluar mengundi. Berita tentang ini dan keputusannya pun saya dapati dari internet, kerana semenjak ada internet, jarang juga saya menonton television. Yelah, kalau menonton TV, hanya sekadar melihat satu skrin paparan, tetapi melalui internet, banyak browser dapat dibuka sekaligus maka lebih banyak informasi dapat diperolehi.
Semasa saya makan di restoran atau kopitiam bersama keluarga pun, saya nampak banyak premis makanan sudah menyediakan kemudahan wi-fi. Memang boleh tahan juga di Malaysia, ye, di tempat makan tepi jalan pun ramai yang membawa laptop untuk melayari internet, tak kira tua atau muda.
Jadi, dengan kehadiran internet di merata-rata tempat, adakah ini bermakna rakyat Malaysia akan lebih yakin dan konfiden untuk membeli-belah di internet?
Mungkin, tidaklah 100% , tapi trend untuk membeli-belah di internet di Malaysia rasanya semakin meningkat, terutamanya semenjak adanya kemudahan seperti Maybank2U, CIMB Click, Paypal, Worldpay dan sebagainya. Portal jualan seperti ebay.com.my, lelong.com.my dan penjualan di laman web, blog dan forum-forum tempatan juga banyak berlaku. Sekuriti portal pembayaran yang semakin baik di internet mengalakkan lagi transaksi online.
Sebagai contoh, barangan komputer dan hobi banyak dijual secara online di Forum Lowyat.net dan saya sendiri pernah membeli barangan di sana tanpa masalah. Di forum WanitaMelayu.com pula, terdapat ramai wanita yang menjual produk kesihatan, alat solek, pakaian, perkhidmatan menjahit baju dan menjahit langsir dan sebagainya.
Yang pasti, semakin ramai rakyat Malaysia yang berniaga secara online, sama ada produk fizikal atau bukan fizikal (ebook, software) dan mempromosikan perkhidmatan mereka. Sudah tentu, mereka berniaga di internet (supply) kerana ada permintaan (demand) yang memuaskan.
Tetapi adakah ini memungkinkan perniagaan korporat yang besar bakal menelan peniaga-peniaga kecil di internet pada masa akan datang?
Kemungkinan ini akan berlaku pada masa terdekat mungkin tidak. Tetapi dalam masa 5-10 tahun, ia boleh terjadi. Di Malaysia sendiri, jika seseorang diberi cukup modal, cukup kepakaran dan cukup kebijaksanaan untuk memonopolikan perniagaan internet di negara kita, mungkin ya. Tetapi mungkin hanya dari segi dua atau tiga niche utama. Mungkin ia seperti Amazon.com, yang mana telah memonopolikan penjualan buku fizikal di internet. Amazon juga telah menjual produk-produk fizikal lain seperti barangan rumah, pakaian dan sebagainya.
Dalam hal ini, peniaga-peniaga kecil di internet mungkin dapat bersaing lagi, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih ‘personal’, unik dan menarik.
Apakah Perkembangan Seterusnya?
Dengan teknologi komputer yang semakin pantas, canggih dan user-friendly, nampaknya kemudahan dan penggunaan internet akan menjadi kemestian di setiap rumah. Generasi tua, muda dan kanak-kanak sudah semakin mahir mengunakan komputer dan memberi market yang lebih luas, berbanding dulu.
Laman web akan lebih interaktif dan mempaparkan lebih banyak pilihan kepada orang ramai. Apa yang dapat dijual di dunia nyata akan dijual di internet. Satu perkembangan menarik yang akan berlaku dalam abad ini adalah Internet TV, di mana kaca television anda bukan saja untuk menonton cerita dan berita, tetapi juga seperti komputer – anda boleh melayari internet dan membeli-belah dari TV anda sendiri. Sekarang teknologi sebegini memang sudah ada, tetapi harganya masih mahal.
Okaylah, nanti saya akan kembali dengan posting tentang trend pengguna internet pada zaman kemelesetan ekonomi pula …
Popularity: 16% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Tips Bisnes Internet • Uncategorized






on
on
Yup, diharap rakyat Malaysia akan lebih terdedah dengan Internet dan tanpa sangsi membuat urusan jual beli secara online.
Nak2 masalah ekonomi sekarang ini, makin ramai yang nampak potensi ebis nie…satu perkembangan yang baik..