Free Kalendar 2009 dan Wordpress 2.7
Salam kepada semua Pembaca Website dan Blog Internet Melayu.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ‘belated’ Selamat Hari Raya Haji. Oh, tidak terlambat lagi untuk mengucapkannya, ya. Dan sudah tentu ada diantara anda yang mempunyai sanak-saudara, ibu-bapa, jiran-tetangga atau sahabat-handai yang sedang atau telah menunaikan ibahdah Haji di Tanah Suci sekarang ini, kan?
Wordpress 2.7
Jika anda sudah mempunyai Blog Wordpress sendiri, sudah pasti tahu bahawa terdapat upgrade baru pada Wordpress iaitu WP 2.7. Apa lagi, kalau anda belum upgrade, pergilah upgrade kerana layout pada kali ini berbeza dengan layout admin yang dulu. Dibawah tu adalah screenshot untuk bahagian menulis posting:

Rasanya upload image pun lebih laju berbanding dulu dan saya rasa mudah mula nak navigate admin area Blog saya. Selain dari percuma, yang paling saya suka tentang skrip Wordpress.org ini adalah kerana mereka yang terlibat dalam pembikinan skrip ini sentiasa cuba memajukan ia. Mereka juga mengambil kira feedback dari pengguna.
Saya sendiri pernah menghantar feedback tentang perkara yang saya suka dan juga tidak gemar pada mana-mana bahagian Wordpress dan saya amat gembira bahawa mereka telah memasukkan ciri-ciri yang saya inginkan seperti navigasi mudah (easy navigation) pada bahagian kiri bahagian admin.
So, jika anda ada blog Wordpress dan belum lagi upgrade, silakan kerana sudah tentu anda nak lihat layout dan fungsi baru, kan?
Kalendar Malaysia 2009
Tahun baru 2009 akan menjelang dalam 2 minggu lagi, maka seperti tahun lepas, Kak G ada menyediakan Kalendar Malaysia, untuk tahun 2009 pula, disertai dengan tarikh cuti-cuti sekolah di Malaysia.
Kalendar ini adalah bagi membantu anda, sebagai usahawan internet, untuk mengurus masa anda dalam menjalankan bisnes online anda. (Oh ye, jika anda belum atau tidak memulakan bisnes internet pun boleh menggunakan kalendar ini.)

Download percuma: Kalendar Malaysia 2009 – disertakan dengan tarikh cuti sekolah Malaysia. (berbentuk PDF)
Anda boleh print kalendar 2009 ini dan menggunakannya untuk merancang masa anda.
Popularity: 100% [?]
Filed Under: Featured • Free Downloads • Tentang Wordpress.org • Uncategorized






on
on
Senang tak nak upgrade WP tu?…maksud saya bagi orang yang tak berapa pandai bab2 IT macam saya nie. Ingat nak upgrade juga, mungkin minggu depan.
Dah download Kalendar2009 tu…tq.
Kak G,
Saya berterima kaseh kerana telah mendownload
Kalendar 2009.
salam kak G.. sy dah download dan print kalendar 2009..kat umah dah banyak saje nak wat koleksi kalendar..
Terima Kasih.. semoga web internemelayu akan terus success!
Wah!
Lama dah tak masuk blog ni, sekali masuk dah berwajah baru!
Biru adalah salah satu warna kesukaan saya
thx a lot 4 clnder 2009
thanks 4 clnder 2009
terima kasih kak G
Salam tahun baru kak G dan thanks for the calender
boikot israel laknatullah
Wa…menarik dnegan perkongsian ini….thanks Gladariel.
[...] skrip dari mukmin.info Boleh gak tengok kalendar dari cuti.com.my Boleh gak dapatkan kalendar percuma dari internetmelayu. Kalendar untuk orang Melaka dari [...]