RSS

Pelan Perniagaan Untuk Bisnes Internet

November 06, 2008 | admin | Comments 25

Sejak akhir-akhir ini ramai juga telah contact Kak G melalui Forum dan Helpdesk Support menanyakan tentang cara untuk memulakan perniagaan di internet. So posting kali ini lebih kepada para newbie, ye …  :)

Sebenarnya, tidak ada cara khusus untuk memulakan perniagaan internet – seperti perniagaan di alam nyata, anda memerlukan:

1.) Pelan perniagaan (business plan)

- apa yang ingin anda jual atau tawarkan kepada pelanggan? Cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelanggan. Dari mana anda akan dapatkan modal, masa perniagaan dan sebagainya.

- kenapa perlu ada pelan perniagaan? Kak G lihat ramai nak berbisnes online tapi melayan bisnes online mereka seperti hobi. Dengan adanya, pelan perniagaan, sekurang-kurangnya anda dapat merancang terlebih dahulu perniagaan anda sebelum anda ‘commit’ masa, modal dan tenaga kepada bisnes online anda.

2.) Pelan Kewangan Bisnes (Business Financial Plan)

- walaupun modal anda mungkin hanya sekdar nama domain berharga RM30 setahun dan hosting bulanan, anda masih perlu mengatur dan mengurus kewangan bisnes internet anda.

- apabila bisnes anda sudah berkembangan, akan bertambah kos-kos lain seperti pemilihan hosting yang lebih besar, pembelian lebih banyak nama domain, yuran untuk mengupah web graphic designer, yuran bulanan untuk autoresponder, yuran membership untuk kemudahan tertentu, kos pembelian skrip dan yuran programmer untuk koding khas dan sebagainya.


3.) Pelan Perancangan Projek (Project Management Plan)

- jika bisnes online anda adalah lebih kepada khidmat freelance seperti membina laman web, mereka-bentuk grafikatau perkhidmatan berlandaskan konsep ‘project-based work’, anda akan memerlukan pelan perancangan untuk kerja-kerja anda.

- klien anda mungkin memerlukan anda merangka ‘time- frame’ untuk projek yang diberi, terutamanya jika projek tersebut agak rumit dan ‘besar’. Dengan cara ini, anda boleh mengenalpasti dateline bagi menyiapkan bahagian-bahagian tugasan tertentu pada projek tersebut.

Jika anda melakukan bisnes internet part-time sahaja, pelan rancangan ini penting bagi anda mengurus masa anda boleh laksanakan bisnes anda. Tanpa perancangan yabng baik, anda mungkin akan penat dan lemah semangat untuk berniaga kerana terpaksa memikirkan kerja di pejabat anda dan juga bisnes internet anda pada masa yang sama. Jangan lupa untuk menetapkan masa berehat dan masa untuk keluarga.

Kesimpulan:

Lakukan ketiga-tiga pelan diatas sebelum anda membelanjakan modal, tenaga dan masa di dalam perniagaan internet anda. Jika anda dapati bahawa mana-mana bahagian tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik, fikir dan rancangkan dengan lebih teliti lagi. Yang penting, anda merangka pelan perniagaan untuk bisnes internet anda.

Ingat, duit modal anda boleh habis begitu sahaja jika tiada perancangan yang rapi.

Semoga dapat membantu.

Kak G.

Download percuma:

Pelan Perniagaan untuk Bisnes Internet (berbentuk PDF)

Manual 19 Kemahiran Newbie (daripada Catzer)

Popularity: 54% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: FeaturedFree DownloadsKos dan BudgettingMotivasi InternetTips Bisnes InternetUncategorized

Tags:

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (25)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Ana MALAYSIA says:

    Kak G, terima kasih untuk posting ini.

    Rangka business plan yang disertakan benar-benar membuka mata saya untuk memandang perniagaan internet ini secara lebih serius, bukan sekadar hobi.

    Terima kasih. :)

  2. Abdul Rashid MALAYSIA says:

    Perniagaan tanpa pelan dan perancangan lebih mudah di bina dan mudah gagal…….ARB Dagang

  3. Pelan memang penting dalam apa jua bidang sekalipun.Fail to plan mean plan to fail. :)

    http://blog.joerzoe.com

  4. En Dlie MALAYSIA says:

    Yup.. betul tu.. tanpa perancangan, sukar untuk sesuatu projek tu menjadi yang terbaik dan kadang2 boleh lari dari landasan sebenar..

  5. Richie MALAYSIA says:

    kak.kenapa dah lama tak update :)

  6. Khai... AUSTRALIA says:

    Wang satu Juta pun boleh habis dengan pantas..contohnya online banking tak apply security, forex,… :D

  7. SyedHafidz MALAYSIA says:

    Betul…saya setuju..
    kebanyakkan daripada newbie yang baru mula nak buat bisnes di internet tak ada perancangan yang rapi..
    akhirnya, masa yang dihabiskan dalam online tak dimanfaatkan pada langkah-langkah bermula..
    saya masa mula menjalankan bisnes di internet dulu macam ni la jugak..bersemngat tapi tak merancang..last2 saya terpakse ambik masa yang panjang baru nak bermula..tu pun lepas membuat perancangan..
    :o

  8. Raja Kamil MALAYSIA says:

    @SyedHafidz – Yang otai pun sama :P

  9. [...] juga dapat berkenalan dan berbual mesra dengan Kak G @ Galadriel yg merupakan salah seorang IM yg menggunakan servis saya ( errr… Kak G, tak siap lagi [...]

  10. alif MALAYSIA says:

    mmmm….ia juga merujuk kepada Rancangan Buat Pemula Untuk Perniagaan ( RP )…bagus beri pendedahan..ini..yang xtahu lagi boleh cuba cara nie.. :D

  11. et3925 MALAYSIA says:

    kak g tak paham la :x

  12. nooraza MALAYSIA says:

    Hi kak G,

    Lama tak jengok ke sini lepas bersalin. Rezeki baik betul hari nie sebab dah lama saya cari RP untuk internet business. TQ…

  13. tips yang mearik… tak pernah lagi ada post yang menceritakan tentang ini

  14. sazfung MALAYSIA says:

    hai Kak, bernas dan terima kasih la sebab bagi tips pelan perniagaan tu. Saya ni newbie. Blog saya pun baru umur 7 hari. saya selalu berjalan-jalan ke laman-laman web IM untuk dapatkan pandangan dan tips. Akhrinya jumpe laman web ni.

  15. omecool20 MALAYSIA says:

    Terima kasih byk2 Kak G :)

  16. shamxo MALAYSIA says:

    thanks for the good info..mmg bagus utk newbie like me..nak parkatikkan lah

  17. [...] Pelan Perniagaan Untuk Bisnes Internet : Blog Pemasaran Internet Melayu [...]

  18. thanks..
    memang btul time ko letak post ni.. tengah plan2 & projek mungkin akn dijalankan tak lama lg. heheh.. mcm nie ada guide sikit.

    erm.. takde guide pasal legislation internet based ROB x? :roll:

  19. Faizal MALAYSIA says:

    Merancang memang mudah..Tetapi untuk memulakannya memelukan tenaga yang lebih serta disiplin yang tinggi…Cheerss :D

  20. z MALAYSIA says:

    :D bez tgk web ni….try la tgk

  21. m MALAYSIA says:

    bnyk barg yg d niagakn.kte jge dpt mgatur plan

  22. fuad MALAYSIA says:

    kerja mudah hanya di rumah boleh jana pendapatan lumayan dalkam USD seminggu. maklumat lanjut layari.

  23. rajib MALAYSIA says:

    Assalamualaikum w.b.t…kepada semua teman2.kepada sesiapa yg ingin menambah wang saku secara online dan mudah.sila lawati untuk maklumat selanjutnya..semoga berjaya!!

Leave a Reply

If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: