Selepas Hari Raya … Apa GOALS Baru Anda?
Kita sudah enam hari menyambut Hari Raya Aidilfitri dan hari ini, sudah tentu ramai diantara anda baru saja masuk semula ke pejabat untuk memulakan kerja.
Ye, memang setelah bercuti lama, terutamanya pada cuti Rayalah, kita mungkin masih lagi dalam ‘mode’ bercuti dan rasa ‘terharu’ jugalah bila dah kena duduk menghadap kertas-kertas kerja dan komputer, tak kiralah di opis mahupun di home-office. :p
So, bagi menaikkan semula semangat kita untuk bekerja, apa kata kita menulis matlamat-matlamat atau GOALS kita pada bulan Syawal ini sampai ke hujung tahun ini dan seterusnya.
Jika pada Bulan Ramadhan hari tu, goals Kak G adalah untuk menaik-tarafkan Website dan Blog Pemasaran Internet Melayu, alhamdulillah kerja-kerja tersebut sudah berjaya dilaksanakan.
So, untuk bulan Syawal ini, saya akan merangkakan goal-goal baru, untuk bulan ini dan seterusnya. Salah satu program yang saya gunakan untuk tujuan ini ialah Mozilla Sunbird yang anda boleh download secara percuma di sini: http://www.mozilla.org/projects/calendar/sunbird/
Seperti biasa, matlamat asas saya ialah untuk memajukan lagi bisnes internet saya dan membawa ia ke level yang lebih baik. Semenjak setahun ni, saya kurang membuat beta-testing atau full review untuk software berbanding sebelum ini, so mungkin saya akan buat balik. Yelah, setahun ni saya lebih banyak menulis artikel, menghadiri seminar dan travel.
Oh, jika kita bercakap tentang Goals, anda juga boleh letakkan goals yang bukan berkaitan IM juga. Sebagai contoh, salah satu matlamat saya sebelum hujung tahun ini adalah untuk membeli rumah baru. Yelah, sebelum ni, saya dah beli sebuah apartment, tapi bila kita dah sampai peringkat umur tertentu, kita naklah juga rasa ‘rumah atas tanah’. InsyaAllah goal dan impian Kak G tu akan menjadi kenyataan tak lama lagi.
Buat pengetahuan anda, Kak G terpaksa ikut suami outstation ke Bumi Kenyalang (lagi!) pada Hari Raya ke-4 lagi sebab beliau dipanggil untuk menyelesaikan sesuatu masalah kat plant. Nasib baiklah juga kami sempat berhari raya bersama keluarga kat Selangor, so takdelah rasa terkilan sangat.
Baiklah, sudi-sudilah komen di Blog Kak G ini dan ceritakanlah GOALs, matlamat atau impian anda untuk Bulan Syawal dan akhir tahun ini.
Terima kasih.
Ikhlas. Kak G.
Popularity: 23% [?]



























Richie
| Oct 7, 2008 | Reply
nak kena fokus dalam mencari duit online!!
Labanon
| Oct 8, 2008 | Reply
Azam tahun baru tak tercapai lagi ni Kak G isk2 huhu… so kena fokus dengan azam yang sedia ada
Abdul Rashid Basar
| Oct 9, 2008 | Reply
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari ARB Dagang.Com
KampungBoy
| Oct 11, 2008 | Reply
Bagi sata tetapkan deadline untuk kita capai sesuatu projek ataupun benda yang ingin kita lakukan dalam Bisnes Internet ini dan yang paling penting, FOKUS. That’s the point.
catzer
| Oct 13, 2008 | Reply
salam akak selamat hari raya..Erm byk gak goal masa ramadhan tak dapat sy settle kan so kena drag ke syawal. Salah satunya..society site utk IM:
http://iemalaysia.ning.com
Harap akak dapat join dlm usaha menjalinkan ukhwah sesama IM. Thanks..akak nanti balik sini kita pi mkn sama2 nak?hehe. (makan jerk tau)
En Dlie
| Oct 13, 2008 | Reply
Azam saya lepas Ramadhan ni dah terlaksana, cuma kena usaha lebih sedikit untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan internet ni.. Saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
Shafir Ahmad
| Oct 15, 2008 | Reply
Lepas Raya?
Time to get serious
auto parts
| Oct 16, 2008 | Reply
semua org boleh berazam tapi tak semua yang boleh dicapai
nooraza
| Oct 17, 2008 | Reply
Hi K.G, seronoknya berjalan.
Goal saya masa berpantang 2 bulan, nak siapkan dan dapatkan target sales untuk online store baru, JewelrySilverWorld.com.Alhamdulilah, dah hampir sebulan dah dapat 2 sales. Doakan semua matlamat ini tercapai.
eisha
| Oct 24, 2008 | Reply
huk……..huk……pnat wat assgment tak abiz ag….npe tak de makluman tentang internet marketing pown?????????
mr.eims
| Oct 29, 2008 | Reply
Salam all..
aku pnye jawapan, Fokus ke Blog & online income.
zool
| Nov 5, 2008 | Reply
Goal tu matlamat kan?? Bukan jaringan dalam perlawanan bolasepak kan..

Tahun ni baru nak belajar sikit2 .. Insyaallah sekarang ni ada sikit nama dalam internet ni…
Dan dah nampak sikit sebanyak cabang2 projek online…