Selamat Ramadhan 2008 Kepada Pembaca Blog Internet Melayu
Salam kepada sahabat semua dan selamat menyambut kehadiran Ramadhan yang mulia. Sebenarnya saya sedang menyambut Ramadhan di Bumi Kenyalang, kerana mengikut suami yang sedang bertugas di sini.
Okay, mungkin Kak G banyak ’senyap’ saja sejak kebelakangan ini. Sebenarnya setelah saya mendapatkan laptop baru dan berjaya reinstall semula software-software saya, saya telah sibuk meng-upgrade blog-blog Wordpress saya dan juga sibuk dengan beberapa permintaan klien-klien baru yang meminta saya membuat beberapa kerja ‘freelance’ untuk mereka.
Oh, sungguhpun bekerja sendiri melalui internet ni nampak macam ‘lepak’ saja, tetapi sebenarnya agai menyibukkan terutamanya apabila melayan karenah-karenah klien dan juga dalam usaha cuba menyiapkan projek yang diberi menepati dateline degan jayanya.
Hmm, tengah-tengah berpuasa ni, bekerja dengan sendiri ni amat memudahkan saya kerana saya dapat ikut suami pergi outstation. Oh dan disebabkan flexi-hours yang sedia-ada, saya dapatlah ke Bazaar Ramadhan awal sikit berbanding dengan mereka yang terikat dengan waktu-waktu di pejabat.
Baiklah, awal-awal Ramadhan ini saya ingin memohon maaf jika ada tersalah tulis, tersalah taip, tersalah komen atau cakap pada Blog ini. Yelah, semoga kita semua menjalankan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan penuh keinsafan, kesyukuran dan kesederhanaan.
Saya juga berharap agar perniagaan Internet kita lebih maju dan kita semua dikurniakan Allah rezeki yang halal dan berlimpah-ruah. InsyaAllah.
Okaylah, saya ada kerja lain kena disiapkan sebelum nak ke Bazaar Ramadhan di sini. InsyaAllah jumpa lagi pada posting akan datang.
Popularity: 17% [?]



























SyedHafidz
| Sep 2, 2008 | Reply
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-mubarak Kak G!
Moga murah rezeki dan sihat2 selalu..
Richie
| Sep 5, 2008 | Reply
selamat berpuasa jugak kak G…moga dapat puasa penuh ya..hehe
dlagu
| Sep 7, 2008 | Reply
Selamat berpuasa juga diucapkan kpd umat Islam semua.
catzer
| Sep 8, 2008 | Reply
selamat berpose akak, raya dimana?
Galadriel
| Sep 9, 2008 | Reply
Terima kasih dan selamat berpuasa kawan-kawan semua!
mariam
| Sep 18, 2008 | Reply
Kepada semua, semuga segala amal ibadat kita terutama di bulan Ramadan ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. , tak kira dimana saja kita berada.
Galadriel berpuasa dan berpasar ramadan di bumi kenyalang, baju raya nanti dari bumi kenyalang ke…Kak yam tak ada baju rayalah tahun ni.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT BERPUASA.
Shafir Ahmad
| Sep 23, 2008 | Reply
Hey,
Selamat Ramadan kepada you dan semua reader blog ini.
Saya juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Galadriel
| Sep 28, 2008 | Reply
Terima kasih diatas komen rakan-rakan semua!
Semoga Aidilfitri ini akan membawa rahmat dan keberkatan yang lebih kepada kita semua, khususnya semua usahawan internet di serata dunia ….
Kak G.