Gambar Gathering WangCyber 2008 Part 2
Okay … gambar-gambar Gathering WangCyber Part 2. Sori kalau gambar kurang clear … yang penting dapat tengok suasana pada Gathering ni … :p
Gambar Si Catzer (Surfaddict) bersama Dr. Irfan Khairi …

Ahli-ahli WangCyber.com beriya-riya berdiskusi. Yelah, selama ni borak pun kat Forum jer … si Amirol tersengih-sengih … mungkin berkongsi lawak-jenaka bersama kawan-kawan … :p

Sesi networking … ramai tengah serius membincangkan sesuatu. Bak kata Joker dalam cerita Batman: TDK: “Why So Serious?” Punyalah hebat perbincangan sampai kena ‘halau’ pihak kelab golf pun ramai buat ‘dekk’ jer dan masih duduk dalam dewan walaupun masa sudah tamat …

Door gift percuma kepada semua ahli WangCyber yang pergi ke Gathering … salah satu darinya beg WangCyber, memang bergaya … kaler terhad kepada biru tua sahaja. Tapi takper … boleh dibawa ke mana-mana – ke perpustakaan, bawa ke ofis, jalan-jalan di taman ataupun ke pasar … hehehe … jangan letak ikan dalam tu, sudah … :p

T-shirt WangCyber terbaru, dengan logo WangCyber tercetak di depan. Pasti akan membuat anda lebih glamer jika memakainya … seperti beg WangCyber, boleh dipakai untuk apa-apa keadaan, tapi sebaik-baiknya janganlah pakai t-shirt WangCyber ni masa tengah baca Akad Nikah…

Oh, bercakap tentang perkahwinan, TAHNIAH diucapkan kepada saudara Sham Raja Adsense diatas perkahwinan beliau pada hujung minggu baru-baru ini.
Logo pada T-shirt WangCyber …

Oh, bagi anda yang tak pernah tengok T-shirt WangCyber yang lama, ni rupa dia …

Ni close-up logo lama dulu … hmm, kalau jual kat eBay, agak berapa orang nak bid, ye?

Okay, so itulah gambar-gambar dari Gathering WangCyber 2008. Gathering yang berlangsung selama 4 jam semalam, pada pendapat Kak G, adalah lebih kepada sesi networking.
Sungguhpun begitu, sesi Forum Soal -Jawab diantara panel (Osman Affan, Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan Yusry Jomseminar) dan para hadirin amat menarik. Kehadiran Dr. Irfan Khairi juga memeriahkan lagi suasana, especially bila beliau memberikan pandangan dan tips bagaimana menjadi seorang jutawan internet.
Saya juga sempat bertemu dengan Ubi Kartun, yang selama ini cuma contact melalui email tapi akhirnya dapat bersemuka. Also first time jumpa Adli Labanon, yang sejak JomSeminar lagi Kak G nak jumpa tapi tak terjumpa. As for girls, saya telah bertemu dengan Aza, Ogy, Azzah dan Fatimah Zahrah. Fai pun saya dah jumpa … wah, dalam gambar di internet nampak tinggi orangnya, tapi kat luar, biasa jer. Also bertemu dengan Cimok, Hafiz Peng-U, Afzai Affandi, Heaven, Master Yus, Syawarma, Amir (kita sama sekolah ye dulu!) dan beberapa orang lagi.
Kawan-kawan yang selalu saya jumpa pada gathering lain termasuklah: Gobala Krishnan, Amirol Usahaniaga, Sabri Saifulsham, Irwan Dahnil, Alang, Badruzamani, Zamri Nanyan, Osman Affan, Farid Sulaiman, Maizul, Noorizam Shah, Hasrul, Syed Ikhwan, Yusry, Hafiz Bitol, Deen, Catzer dan of course, Fatimah Edris.
Oh maaf ye, jika Kak G terlupa sebut nama sesiapa yang saya jumpa. Oh ye, cuma Abang X, sahabat lama saya sejak Melayu.com je saya ada nampak tapi tak sempat pula nak borak. Hmm, saya dah kenal dia hampir 10 tahun melalui Melayu.com, tapi baru sekarang kenal muka.
Okaylah, maka itulah Gatherng WangCyber 2008 – satu kenangan baru yang manis dan semoga dapat diulangi pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah.
Kak G.
ps – jutaan terima kasih kepada Mr. Deen kerana sanggup jagi ‘drebar’ Kak G dan Catzer …
Popularity: 39% [?]
Filed Under: Featured • Grapevine • Guru Talk • Motivasi Internet • Photos • Seminar IM • Tips Bisnes Internet






on
on
[...] (Galadriel) Gambar Gathering WangCyber 2008 Part 2 [...]
wow! kak g sebut nama saya..hehehe..best nyer..
tq kak g, cos sudi menyapa saya…. yg masih baru dlm bidang ni
gath WC memang best..!!!
Excited sangat dapat jumpa jugak K.G. Asyik baca blog aje. You are my idol…. gathering tu memang superb! 5 bintang untuk semua leaders dalam industry ini…
apa kata baju lama tu saya try jual kat Ebay. hehehe.. tapi elok simpan buat khazanah la kak G..
G, lepas ni boleh tambah laman web kita la kat baju tu. Nanti, akan ada produk WC lagi. Shuth pun dah serius full time sekarang ni, jadi ada banyak masa nak handle. Cuma, perlu ada ‘lantikan’ kalau kita nak tengok WC ini menjadi ‘pohon yang rimbun, teguh dan berbuah lebat’ di masa akan datang. Agar ramai dapat ‘berteduh’ di bawahnya nanti.
Cuma kalau SHUTH nak buat sorang2, penat la dia. Tapi, insyaallah… ini hanyalah ‘permulaan’.
[...] Internet Melayu SHARETHIS.addEntry({ title: “Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008″, url: “http://www.badruzamani.org/blog/?p=745″ }); [...]
Alamak terharunya, saya insan yang baru nih disenaraipendek gak oleh Kak G. Thanks kak. Kenal masa borak ngan Amirol kat luar. Selama ni baca blog je, so skang dah tau empunye diri Kak G tu sape.
Seronoknya pegi gathering IM..
caiyoklah
Betul memang seronok dapat jumpa kawan-kawan semua. InsyaAllah akan ada lagi gathering macam ni pada masa akan datang.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi komen di dalam blog ini.
Kalau kita terserempak mana-mana, jangan segan untuk menegur-sapa dan berborak-borak.
Industri IM Malaysia masih kecil lagi dan lebih baik kalau kita semua kenal each other dan bersatu-padu untuk mengukuhkan lagi industri kita.
Kak G.
Noorizam,
Kak G takkan jual t-shirt WangCyber … it’s my PRECIOUS …
hohohoho..kenapa akak tolong glamerkan sy ni
Sume org nak tahu mana satu K.G..
Terima kasih sbb tolong glamerkan kami berdua..( mirol anguk2)..
wah meriahnya kamu ya. semoga gathering seperti ini dapat diadakan setahun sekali. atau dijadikan Acara tahunan. pasti bertambah meriah dan hebat.
yang pasti ramai jutawan akan dilahirkan kalau tak pun ribuwan
Hehe.. Dalam Gambar kat internet ni memang semua nampak tinggi-tinggi belaka..
Tapi member-member yang jumpa saya dua tiga tahun lepas macam Shuth dgn Bitol cakap saya dah makin “sihat” dah.. Hehe..
Seronok dapat jumpa Kak G walaupun tak sempat nak berbual-bual..
[...] Beramboi, Kak G (dapat tambah koleksi tshirt WC ya Kak [...]
[...] (Galadriel) Gambar Gathering WangCyber 2008 Part 2 [...]
[...] (Galadriel) Gambar Gathering WangCyber 2008 Part 2 [...]
hehe..lain kali buat baju dengan saya la
hehe..murah je
Bleh tahan juga design t-shirt wangcyber tu. Kat mana nak dapatkan t-shirt tu? Ada jual tak? Saya nak beli 1
Lawa juga door gift dan design baju tu, look cool.