Pikom PC Fair 2008 dan Gathering WangCyber 3 Ogos 2008
Okay, pada posting yang lalu, Kak G telah menceritakan tentang laptop saya yang telah rosak. Pada weekend lepas, saya telah ke Plaza Low Yat untuk membaikinya. Bila diperiksa kerosakkan pada laptop tersebut, terdapat kerosakkan pada skrin, motherboard dan juga hard disk sedikit corrupted. Hard disk saya berjaya diselamatkan sebanyak 85% lah. Tapi kos nak membaiki laptop lama pula akan mencecah RM1500+.
Setelah berbincang dengan Bear Me’re (suami saya) melalui telefon, kami berpendapat bahawa membeli laptop yang baru adalah lebih berbaloi. So, pada hari Jumaat semalam, saya telah ke Pikom PC Fair 2008 bersama Ija Toenail untuk mendapatkan laptop baru.

Kami telah bersedia menunggu di KL Convention Center semenjak jam 9:00am lagi, memang awal betul, sebab ada urusan lain di KLCC. So tepat pada jam 11:00 pagi, kami antara 100 orang terawal kot masuk Pikom PCFair 2008.

Ramai juga yang hadir pagi-pagi lagi tu walaupun hari Jumaat hari ‘bekerja’ dan ‘masa bekerja’. Saya dah tahu spec laptop apa yang saya perlukan, tapi saya sempat juga teruja tengok jenama Sony Vaio, Toshiba dan Apple.

Akhirnya, memikirkan practicality dan kebiasaan menggunakannya, saya pilih HP Compaq Presario kerana saya memang minat HP. (huhu … hampir juga nak beli Sony Vaio atau Toshiba tapi saya memang minat HP products).

Oh ye, laptop lama dulu tu saya beli di Penang dan mendapati ia ‘clone’ sebab tu saya tak hantar kat pusat HP. Time beli dulu, kami tak check lak originality, tapi kali ni, saya beli laptop HP saya di ‘authorized dealer’ lah. :p
Okay, kat bawah ni gambar laptop baru … baru je keluar dari kotak semasa di PC Fair 2008 …

As for specs dia … huhu … biasa je … Intel Core 2 Duo CPU 2.0 GHz, HD 160 Gig, dengan 4 Gb RAM. Include bersama ialah Vista Home Premium.
So, dah dapat laptop baru, tengahari Sabtu (today) dapatlah tulis di Blog ni dengan lega dan bahagianya. InsyaAllah.
Okay, esok pada jam 2 petang ialah perjumpaan atau Gathering Wangcyber 2008 di Kelab Golf Bukit Jalil. Sebagai salah seorang Moderator di WangCyber, memang Kak G kenalah menghadirinya. Also sebab dapat bertemu kawan-kawan semua.
So, jumpa di sana!
Kak G.
ps - terima kasih kepada Ija Toenail kerana telah ‘nego’ dengan vendor HP untuk dapatkan Kak G tawaran yang baik sekali for my laptop.
Popularity: 19% [?]



























Shafir Ahmad
| Aug 3, 2008 | Reply
Hi G,
What was the listed price for your laptop? Good that you got a good deal for it
Hope to see some updates on the WangCyber gathering.
admin
| Aug 3, 2008 | Reply
Hi Shafir,
Got the laptop for RM2629.
I am extremely happy with it, especially since it’s WAY faster than my previous laptop and the price is excellent.
Are you planning to come over to Malaysia soon?
Galadriel.