RSS

Kemana Pergi Kak G dan Berita Lain

July 08, 2008 | admin | Comments 7

Salamz kepada semua pengunjung dan pembaca setia Blog Pemasaran Internet Melayu dan sahabat-sahabat webmasters dan bloggers di alam siber ni,

Okay, terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab lama tak menulis di Blog Internet Melayu ni. Semenjak balik dari Bali, saya telah banyak mengembara – dari KL sampai ke Terengganu dan balik semula ke KL dan kini ke Sarawak pula, kerana ikut suami outstation.

Dalam masa itu, saya menghadapi masalah internet kerana Streamyx di kawasan-kawasan saya pergi slow atau terputus-putus hinggakan saya sukar untuk update dan upload apa-apa. Saya juga telah dapatkan Celcom Broadband tapi ia juga kurang stabil.

Hmm, saya tak tahu jika anda perasan atau tidak, tapi sejak 2-3 minggu ni saya rasa macam talian Streamyx atau internet pada umumnya kurang laju dan macam problem sikit, kan?

huhu … tak tahulah kalau kerana ramai sangat kat Malaysia ni tengah tengok internet disebabkan bermacam-macam cerita politik yang telah muncul di alam siber ni.  :O

Oh, tapi Blog Internet Melayu ni BUKANLAH blog politik so kita tak naklah bincang pasal tu panjang-panjang, kan? Cukuplah sekadar menjadi pemerhati sahaja. Nama ‘Internet Melayu’ pada blog ini hanyalah merujuk pada bahasa utama yang digunakan dalam penulisan perniagaan (business blog) ini. So takde kaitan dengan mana-mana party politik, ye. Blog Internet Melayu ialah Blog Perniagaan dan Pemasaran Internet, itu je.

Okay, sekarang ni saya telah melanggan perkhidmatan saudara Ubi Kartun (www.ubikartun.com) untuk melakarkan kartun untuk Blog Kak G ni. Oh, belum siap lagi, so anda nantikanlah, ye ….   ;)  Jika anda ingin melihat hasil karya saudara Ubi, bolehlah ke laman web beliau diatas.

Saya bercadang letak kartun Kak G tu so that Blog ni ada identiti tersendirilah … so that Kak G bukan sekadar a ‘faceless’ blogger and webmaster …  :)

Okaylah, disebabkan saya baru je dapat stable connection hari ni, banyak lah kerja update saya kena buat. Oh, syukurlah Wordpress takder update terbaru … kalo tak lagi poning saya!

Selamat melaksanakan tugas dan carilah rezeki yang baik dan halal. Selamat berusaha!

Kak G.

11:15am, Bintulu, Sarawak.

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetTravelUncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (7)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. En Dlie MALAYSIA says:

    Semoga terus maju.. tak sabar nak tengok kartun Kak G

  2. Selamat kembali kak G. Ini adalah kali pertama saya mengunjungi blog perniagaan internet daripada kaum hawa. Nampaknya banyak maklumat mengenai perniagaan internet di sini.

    Selamat maju jaya…ARB Dagang

  3. Galadriel MALAYSIA says:

    Terima kasih. :)

    Semoga kita sama-sama maju jaya dalam perniagaan internet ni.

    Kak G.

  4. Han MALAYSIA says:

    best tul kak G ni…
    boleh merantau merata2…hehe
    tak sabar nak tgk kartun ubi kak g ni…

  5. amirol MALAYSIA says:

    Hi kak…

    how are you? how’s your P***N H***K project? :D

    Tentang hal streamyx memang bermasalah. slow sangat.. nak bukak Gmail pun macam siput je.

  6. usri MALAYSIA says:

    byk jgk coretan kak g nih…

  7. Zaidi MALAYSIA says:

    WoW , dapat interview dengan Kevin Riley !!! Itu adalah satu penghormatan. Saya baru setup article directory untuk pasaran Malaysia dan artikel melayu boleh diterima . Tolong support http://www.ezineartikel.com. Terima kasih kerana menolong sebarkan iisiatif kecil ni kepada rakan rakan yang lain . TQ