Blog  Pemasaran Internet Malaysia | Pemasaran Internet Melayu
Blog Pemasaran Internet Melayu » Coretan Perjalanan ke Bali Hari Kedua

Coretan Perjalanan ke Bali Hari Kedua

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Pada hari Jumaat pagi, saya telah bangun bersarapan pagi dan bertemu dengan Shafir, Kevin Riley, Kevin Brown dan beberapa orang yang lain. huhu, terpaksa makan roti dan buah je lah, sebab tak berani lak nak tengok makanan lain kat restoran tu (tak pasti halal). Pada pagi itu, kami telah berkumpul ramai-ramai dan berbincang tentang bisnes dan hal-hal berkaitan dengan pemasaran internet.

John Mann, Kevin Riley dan Dr. Mani

Edmund Loh, Dee Ferdinand, Alan Cheng dan Aurelius Tjin

Frank Bauer dan Kevin Brown. Kevin Brown datang jauh dari Kent, England untuk ke Bali.  :)

Kebanyakan yang hadir lebih kepada penciptaan produk sendiri, mencari rakan JV dan serba-sedikit membuat program affiliate (dan inipun kerana mereka rakan JVlah).

Alan Cheng … my senior at University in England many, many years ago …  :)

Saya juga sempat berbincang dengan Alan Cheng dari Hong Kong. Beliau adalah seorang yang pakar tentang Search Engine Optimization dan Adsense. Oh, yang menariknya, rupa-rupanya beliau juga senior saya satu universiti semasa saya study di England dulu. :D

Frank Bauer dan Aurelius Tjin cuba bermain ping-pong di tepi pantai … :D

Pada sebelah lewat petang, saya sempat menaiki sebuah ‘beemo’ (sejenis kenderaan) bersama adik saya dan Shafir Ahmad kerana ingin mencari makanan halal dan tengok sekitar Sanur. Sepanjang hari Jumaat, saya telah hanya duduk di hotel sahaja kerana menantikan adik saya datang dari Malaysia ke Bali.

Pada sebelah malam, kami (adik saya, Shafir, Ian D Carmen, Francis, dan seorang pekerja Ian, telah makan di Pantai Jimbaran. Makanannya seafood. Dan harga pun okay jugalah. Walaupun saya rasa kalau di Kerteh, Terengganu lagi murah kot. :p

Selepas itu, kami ke bahagian Kuta. Tapi saya telah blah awal dari situ kerana tidak suka dengan keadaan di sana. Barulah saya tahu Kuta ini sebenarnya kawasan kelab malam. Memang terkejut jugalah sebenarnya kerana saya tidak biasa dengan tempat-tempat macam tu dan menyangka ia seperti kawasan tourist yang lain (kedai souvenir, kedai makan). Tapi di Kuta, seperti ’syurga dunia’ bagi mat-minah salleh, dengan minuman keras mereka dan perangai seperti kera terkinja-kinja. Oh tidak! :O

Oh ,saya memang respectlah pada Mr. Kevin R. kerana telah memilih hotel kami di Sanur yang merupakan resort untuk keluarga dan tidak ada suasana ’sleazy’ seperti di Kuta. Ternyata beliau amat prihatin dengan sensitiviti orang-orang macam saya. Walaupun saya membayar lebih mahal untuk hotel di Sanur, tapi yang penting, ia kawasan yang selamat dan bukan seperti ‘daerah merah’ di Kuta.

Saya sempat melihat tugu memorial di Kuta di mana telah berlaku pengeboman di Bali lah. Sungguh contrast dengan bangunan lain di Kuta yang kebanyakkan kelab malam dan pub, tapi di kawasan Tugu Memorial tersebut, ia seperti makam sunyi yang menyepikan diri, mengingatkan manusia bahawa ajal itu hampir dan keseronokkan dunia hanyalah sementara.

Okaylah, itulah coretan perjalanan pada hari Jumaat.
:)

Popularity: 17% [?]

Setiap hari ada saja tawaran istimewa untuk produk pemasaran internet di Dealdotcom.com:

Search

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: