RSS
May 08, 2008 | admin | Comments 3

Website Internet Melayu Akan Berpindah Hosting

Dalam masa beberapa jam lagi, jangan terkejut jika anda dapati bahawa Website Internet Melayu dan Blog ini offline kerana saya akan memindahkan hosting saya ke Kiosk.

Sebab saya berpindah hosting ialah kerana sejak Januari tahun ini, saya kurang puas hati dengan layanan hosting lama saya ketika salah satu laman web saya digodam. Yang membuat saya lagi marah ialah kerana sudahlah kena godam, website tersebut telah lenyap dan skrip JVManager Fantasos saya telah didelete oleh manusia yang tak berhati perut tersebut. :(

Nasib baiklah skrip tu memang saya simpanlah dan web itu dibina dengan XSitePro jadi saya hanya perlu upload dan reinstall balik je. Cuba bayangkan kalau saya tak back-up skrip tu, sudah tentu saya akan kerugian kerana kehilangan skrip yang bernilai lebih RM4000 tu!

Saya juga kecewa kerana mendapat tahu blog-blog salah seorang sahabat saya telah banyak rosak dan ‘corrupted’ ketika beliau cuba upgrade hostingnya daripada jenis hosting shared server ke reseller hosting pada syarikat hosting yang sama. Yang telah melakukan pemindahan tersebut adalah pihak hosting itu sendiri dan nasib baiklah sahabat saya mempunyai kesabaran untuk mengatur balik dan membina semula blog-blog beliau.

Saya rasa pihak hosting berkenaan terlalu tamak mengambil ramai-ramai klien hingga menyebabkan mereka tidak dapat menangani isu pelanggan dengan baik. Jika saya kaji melalui whois.sc berapa banyak laman web yang dihost pada server yang sama, rasanya sekarang untuk hosting berkenaan, dah lebih 300,000 laman web. Itu baru satu server.

Walaupun server mereka dapat menampung data laman web yang banyak, masalahnya, pihak servis pelanggan mereka mungkin tidak mencukupi pula.

Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk berpindah hosting. Setakat ni, saya telah memindahkan kesemua rangakain website-website dan blog-blog saya kecuali Website Internet Melayu. Kira save the best for last lah. ;)

Lagipun, saya lihat masih ramai yang ingin memberi komen dan membaca artikel saya, jadi saya kena pastikan pemindahan ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Maka, jika anda tengok Website Internet Melayu dan Blog ini offline sebentar, janganlah terkejut. Kami cuma pindah tapak rumah sahaja. :)

ps - saya estimate pemindahan ini akan berlaku pada jam 10:00pagi ni.

Popularity: 6% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 3  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. Saya pun ada pengalaman berpindah hosting gak..
    semua gara2 hosting lama yang asyik server down..
    server down bukan sekejap, samapi 2 - 3 hari…
    yang tak best, support customer dorang tak layan langsung komplen yang saya buat..
    memang tensen la..

  2. Betul SyedHafiz,

    Kalau dapat customer support tak elok, memang kita akan rasa marah dan kecewa.

    Benda macam ni yang buat lambat-laun kita akan bertukar kepada servis lain yang lebih elok.

    Teruk juga kalau dapat customer support yang tak nak layan. Itu memang poor customer service betul.

    Dalam kes sahabat saya yang banyak blog jadi rosak tu, pihak support mereka tak membantu pun.

    Siap kata mereka tak bertanggungjawab untuk kesilapan semasa pemindahan… sedangkan pihak hosting sendiri yang memindahkan file … dan klien mereka tu nak upgrade hosting!

    Tak apalah. Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua untuk selalu BACKUP file!

    Memang rugi sekali mereka tu!

  3. [...] Cubiex.com - Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan pelbagai pakej hosting mampu milik dan premium kepada individu serta syarikat [...]

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: