RSS
April 29, 2008 | admin | Comments 5

Update Wordpress Anda dan Daftar Clickbank di Malaysia

Ada dua perkara mustahak yang perlu anda laksanakan, terutamanya jika anda seorang blogger yang menggunakan platform Wordpress dan juga seorang pemasar internet a.k.a. internet marketer.

Sebagaimana dah heboh dan kecoh di rantauan blog-blog pemasaran internet Malaysia dan forum-forum IM Malaysia, Clickbank telah membuka semula pendaftaran kepada rakyat Malaysia.

Okay, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya nak sentuh tentang blog upgrade terlebih dahulu.

Mengapa anda perlu upgrade blog wordpress anda sekarang juga:

Pihak tertentu, berkenaan dengan sekuriti pada blog, telah memaklumkan kepada pihak Wordpress.org tentang beberapa kelemahan pada skrip wordpress 2.5 yang boleh memudahkan penggodam mencerobohi blog yang menggunakan WP 2.5.

Saya tak nak bercerita detail sangat tentang macam mana mereka boleh ceroboh tu - yelah, nanti ada lak yang mencubanya.

Tetapi memadai bagi anda untuk tahu bahawa anda MESTI upgrade blog anda ke 2.51 sekarang juga sementara KELEMAHAN pada skrip 2.5 tidak diketahui ramai.

Seperti biasa, dapatkan update wordpress terkini di sini: www.wordpress.org

Oh ye, selain masalah sekuriti blog, update terkini juga:

  • menyelesaikan bug pada Media Uploader (Yay, dah selesai !!! Memang lebih baik dan LAJU upload gambar.)
  • upgrade kepada TinyMCE 3.0.7
  • memperbetulkan Widget Administration
  • memperbaiki penggunaan blog secara keseluruhan.
  • memperbetulkan layout untuk Internet Explorer.
  • Dashboard, Write Post, dan Edit Comments lebih baik dan pantas.
  • blog lebih cepat loading bagi mereka yang mempunyai banyak kategori.

Okay, pergi upgrade blog anda cepat-cepat … :D

Celoteh Clickbank di Malaysia pula …

Sekali lagi ClickBank telah membuka keahlian kepada rakyat Malaysia.

Sebenarnya, saya memang dah daftar semenjak kejadian ganjil clickbank dulu (baca kejadian sekejap-ada-sekejap-tak-ada Clickbank di Malaysia di sini). Dan yang peliknya, mereka tak delete pun account saya ketika itu … siap ada sales lagi … ;)

Saya harap kali ini, pihak Clickbank memang betul-betul terima rakyat Malaysia dan ini bukanlah perkara sekejap sahaja.

Kenapa tiba-tiba Clickbank terima Malaysia dan negara-negara lain yang dulu kena ban:

  • Persaingan - sekarang ni program affiliate seperti Paydotcom.com, Linkshare dan Amazon sudah semakin mantap dan agresif mempromosikan program mereka ke seluruh dunia. Mengkin Clickbank tidak mahu ketinggalan.
  • Memperluaskan market - market untuk produk-produk digital (terutamanya IM) semakin hebat di rantau Asia, bukan hanya di Amerika dan Eropah sahaja. Rugi jika Clickbank mengenepikan segment market ini.
  • Tracking system yang semakin baik - beberapa ciri-ciri baru telah diperkenalkan pada sistem Clickbank; dan besar kemungkinan ia termasuk sistem tracking jualan dan pembelian yang lebih canggih bagi mengelakkan fraud termasuk pengesanan IP dan ciri sekuriti yang lebih terperinci.
  • Order form baru telah dikeluarkan pada hujung tahun lepas - dan mungkin telah dimasukkan lagi sistem keselamatan yang lebih baik.
  • Clickbank juga telah menghasilkan sebuah blog semenjak bulan April tahun ini, sejajar dengan beberapa buah website ‘besar’ yang juga telah memulakan blogging untuk mendapatkan reaksi dan pandangan pengguna.

Okaylah, jika anda belum mendaftar lagi, bolehlah daftar Clickbank dengan mengklik banner dibawah:

Terima kasih.

ps - saya telah update Homepage internet Melayu hari ni, selain dari update bloglah. Kamus pemasaran internet pun ditukar rupa sikit-sikit …

:)

Popularity: 18% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: ClickBankGrapevineTentang Program AffiliateTentang Wordpress.orgUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 5  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. Nampaknya kena update cepat-cepat ni sebelum digodam oleh Hackers!

  2. Tu la, macam tak sangka plak Clickbank leh terima keahlian Malaysia…
    Dulu bukan main susah la nak daftar…Saya dulu sampai kena g kedutaan Amerika dapatkan cop kat sana..
    :)

  3. Kekeke, cepat2 update blog masing2..

  4. Kena hack takpe, boleh atur balik.

    Kalau dicop Phishing website, lagi teruk damage.

  5. Saya lega kerana clickbank dah pun dibuka pendaftarannya kepada rakyat malaysia. Saya turut lega kerana saya boleh mengubah id country di clickbank untuk memudahkan saya. Untuk mengubah id country di clickbank, sebaiknya anda hubungi dahulu pihak clickbank dan beritahu mereka situasi anda dan sebab untuk anda mengubah id country anda. Sebenarnya ini adalah optional tapi siapa tak bangga clickbank dah buka pendaftaran balik kat malaysia.

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: