RSS

Masalah Paypal dan Kad Debit Visa Maybank

April 20, 2008 | admin | Comments 18

Pada minggu lepas saya telah pergi menukarkan kad debit maybank yang biasa (yang berwarna kuning tu) ke kad debit visa maybank kerana mengharapkan ia dapat digunakan sebagai kad untuk mengeluarkan PayPal sebagaimana kad debit Public Bank dan kad Debit Al-Rajhi.

Yelah, jika kita dapat ‘mengkaitkan’ kad debit Maybank visa ini dengan akaun PayPal, akan mudahlah kerana semua urusniaga internet yang menggunakan PayPal dan juga Maybank2U dapat ‘disatukan’.

Malangnya, apabila saya cuba ADD CREDIT CARD pada akaun PayPal, timbul mesej error berikut:

This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your credit card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or you may try adding a different credit card.

Rupa-rupanya Maybank visa debit card BELUM lagi dapat menerima transaksi di internet.

Dalam keadaan ini saya rasa agak kecewa juga kerana transaksi di internet semakin berleluasa dan mendapat sambutan orang ramai pada masa kini, tetapi kad baru ini belum diintegrasikan dengan kemudahan untuk membenarkan bayaran melalui internet.

Bila kad ini dah tak dapat ditambahkan pada PayPal, maka sememangnya ia:

  • tidak dapat digunakan untuk mengeluarkan wang PayPal.
  • tidak dapat digunakan sebagai salah satu cara bayaran dalam PayPal.
  • tidak dapat digunakan dalam transaksi eBay, pemasaran internet atau bayaran servis atau produk yang menggunalan INTERNET.

Maka, nampaknya kita masih lagi perlu menggunakan kad-kad debit Malaysia yang pernah saya sebutkan di sini.

Popularity: 31% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Uncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (18)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Maizul MALAYSIA says:

    Saya ada jugak terbaca ri ruangan forum cari yang mana kad debit ni masih belum lagi boleh digunakan untuk online… kadnya cantik tapi tak leh nak guna untuk online….

  2. Abooain MALAYSIA says:

    Memang betul tu, belum boleh digunakan lagi untuk Online tetapi pihak Bank mengatakan dalam proses untuk ke arah itu …..emph, tak tahu bila la tu!

    Penggunaan Maybank ni sebenarnya memudahkan sikit urusan kita disebabkan cawangannya pun banyak …. kita pun boleh dikatakan hampir 90% menggunakannya untuk urusan Online ni….tetapi malangnya Kad Debit masih tidak boleh digunakan sepenuhnya.

  3. Galadriel MALAYSIA says:

    Ye, memang betul.

    Saya harap pihak Maybank akan cepat-cepat membolehkan Visa Debit Card mereka melakukan transaksi melalui internet.

    Tapi kad tersebut boleh pula digunakan di luar negara seperti di Singapore, Indonesia dan sebagainya. Cuma urusan online saja tak boleh …. :(

    Agak pelik juga kerana pada kad tersebut ada logo VISA dan secara automatik ramai akan assume (termasuk saya), bahawa urusniaga online pun dapat digunakan.

  4. Han MALAYSIA says:

    memang btl tu…
    maybank kena cepat kan proses ni…supaya kita boleh guna beramai2…

    saya pun nak apply juga pada masa mula2 maybank lancarkan…
    tapi terbaca kat WC ada org kata tak boleh guna utk paypal…
    batal lah niat tu…

    han

  5. Han MALAYSIA says:

    kak G,
    saya nak tanya sikit pasal advertlets.com tu…
    dia tu boleh letak sekali dengan adsense dan nuffnang tak?
    dan dia bayar melalui apa?
    thanks

    han

  6. admin MALAYSIA says:

    Hi Han,

    Rasanya boleh kot.

    Tapi setakat ni, saya tak pernah terima lagi apa-apa $$ dari nuffnang atau advertlets.

    Kalau Adsense tu, memang dapat check lah beberapa kali…

    So in terms of profitability … bagi saya, Adsense lebih menguntungkan …

  7. Han MALAYSIA says:

    oh..yeke kak G..
    saya baru rasa nak try CPM ni…
    nampaknya susah juga lah…
    apa2 pun, thanks kak G…

    Han

  8. Galadriel MALAYSIA says:

    Sama-sama Han.

    Kak G belum apply kad Al-Rajhi tu lagi – saya cuma pakai Public Bank Kad Debit tu je.

    So kalau Han nak ada choice, stakat ni pilihan kita:

    1.) Debit Kad Public Bank
    2.) Debit Kad Al-Rajhi

  9. [...] on this card is, whether it can be used to activate your Paypal account or not. Unfortunately, Kak G has attempted to do this, it is not working. Looks like we still need those prepaid and debit cards available out there on [...]

  10. lisa MALAYSIA says:

    kalau guna Tune Card blh x utk paypal? sy br aje apply tp blum g ambik lg kat pos ofis tu..sape2 dah try ke kad tu?? nk shopping kat ebay..huhuhu :cry:

  11. Fairuz MALAYSIA says:

    Hi Kak G. lama tak komen kat sni.
    ok cik lisa, Debit Kad dari Tune Money amat bagus untuk verify Paypal. Cepat dan pantas. Yang paling penting ada, perkhidmatan online banking. Sebelum aktifkan paypal, sebaiknya cik lisa dapatkan dahulu pin kod untuk kad debit tu dahulu. Untuk keluar duit dari paypal ke debit kad, korang tak semestinya perlu verify debit kad itu jika akaun paypal anda sememangnya sudah verify. Yang penting kad itu boleh di “add” ke dalam paypal akaun korang. Saya dah guna Tune Card nih. Mmg bagus dan korang bleh guna kat mana2 saja. Tetapi tidak semua tempat boleh digunakan sebagai contoh, Kedai emas (Tomei, Poh Kong) kerana mereka hanya menerima kredit/debit kad yang hanya dikeluarkan oleh bank. Untuk pengetahuan cik lisa, TuneMoney bukan sebuah institusi perbankan atau kewangan. Ia lebih menjurus kepada prepaid kad. untuk pertanya yang lebih lanjut, cik lisa boleh telefon diorg.

  12. Khairul Nizam MALAYSIA says:

    Buat duit melalui Isabelmarco

    klik disini : http://isabelmarco.com/?r=afis

    anda hanya perlu ’surf ads’

    1 ads bernilai $0.01 dollar

  13. kechik MALAYSIA says:

    hye..dah apply tune money.bleh gune utk paypal and withdraw duit dari paypal gak.saya pn dh tkr kad maybank ke visa..tapi sedey takleh gne kat paypal..bleh gne utk shopping kt mesia ni jer..takleh untuk internet2 ni..adeh..kecewa..naseb ada tune money..pasni ade tune talk plak..ske la dgn tune ni..

  14. najmul MALAYSIA says:

    Kad BSN MATRIX pun hampeh jugak..buat karan je aku apply..Ingat nak korek duit kat PayPal tapi plastik ni tetap plastik..Hampeh..Tengah angin nih… :twisted:

  15. ZaidiRazali AUSTRALIA says:

    rileks…biasalah maybank ni, bab wat keje,slow sikit ;) nanti bila dah boleh guna je, nanti berduyun-duyunlah orang guna kad bank ni. masa tak boleh pakai je ramai yang komplen ;) sabar je yer.. :)

  16. nurul MALAYSIA says:

    biase la 2…x der bank yang x der problem..tahukah anda bahawa dekat malaysia ni ada 13 pulau..igin mengetahui dengan lebih lanjut layari laman wed islands.com sekarang.

  17. SESAJE MALAYSIA says:

    eh,bukan ke mybnk visa debit tuh leh gune utk verify acc paypal?coz,saya dah wat pn..mmg boleh.cume,sblm nk verify tuh,kene regist kad debit tuh kt mybnk2u.com under MSOS (maybankard secure online shopping).then baru leh add kt paypal. :D

  18. Galadriel MALAYSIA says:

    Hai Sesaje,

    Sila baca TARIKH posting ini dibuat ye.
    Ni posting lama.

    Tapi terima kasih for the info anyway.

    Terima kasih.