RSS

Pimp My Ride Malaysia di Subang Parade

April 13, 2008 | admin | Comments 11

Okay, malam ini saya nak tunjukkan beberapa gambar dari sebuah pameran kereta di Subang Parade. Yelah, takkan nak sentiasa borak pasal bisnes internet je, kan?

Seperti kebanyakkan orang, saya pun minat juga tengok kereta-kereta ni dan antara rancangan kegemaran saya di Astro ialah Pimp My Ride (USA Version). Selama ini, saya hanya dapat mengkagumi design-design kereta canggih di kaca mata TV sahaja, tetapi ketika makan malam di Subang Parade bersama suami saya tadi, kami telah melihat pameran kereta canggih ala style Pimp My Ride.

Marilah lihat kereta-kereta yang dipamerkan …

Antara design paling menarik … kereta spiderman …

Wah … ada playstation 2 dalam kereta ni …

Memang nampak cool …

Kecanggihan design dibawah hood …

Oren dan hitam … macam harimau belang …

Kancil Hello Kitty … memang comel …

Dalam kereta pun semua pink …

Van canggih dengan sound system hebat …

Biru itu menawan … antara design dan warna saya gemari …

Encik Lan Kajang (gambar dibawah) adalah pereka design-design cantik pada kereta-kereta yang dipamerkan.

Encik Lan Kajang telah sudi ‘ditemuramah’ sebentar oleh saya mengenai bisnes beliau, iaitu mengecat dan mereka-dalaman kereta.

Beliau telah memberitahu bahawa buat masa ini, kereta-kereta berwarna-warni dan dilukis motif-motif seperti ini hanya boleh dipamerkan sahaja tetapi tidak boleh dipandu di jalanraya kerana undang-undang kita belum membenarkannya.

Ini disebabkan pihak polis sukar mengenalpasti warna kereta jika berlaku kemalangan, jenayah atau kesalahan trafiik. :p

Walau bagaimanapun, Encik Lan menerangkan bahawa jika kereta dihiaskan dengan sedikit gambar dan tidak terlalu banyak, maka ia dibenarkan dibawa di jalanraya, iaitu seperti letak jalur kecil keliling kereta, gambar kartun kecil atau motif yang tidak menghalang orang ramai mengenalpasti warna kereta kita.

Tapi, yang paling seronoknya, kita dibenarkan mengubah dalaman kereta mengikut kehendak kita (design ala Spiderman, Hello Kitty, Transformers dan sebagainya) asalkan ia tidak mengganggu pemanduan kita.

Jika anda berminat nak airbrush kereta anda dengan sedikit motif ataupun pasang design-dalaman kereta dengan canggih, anda bolehlah menghubungi Encik Lan Kajang di:

Encik Lan Kajang,
KF Airbrush,
N0. 16, Jalan Seksyen 1/17,
Kawasan Perindustrian Taman Kajang Utama,
43000 Kajang, Selangor.
No. telefon: 012-6569198

ps – mereka pun boleh airbrush dan catkan motorsikal scooter anda. Tapi bagi saya dan suami saya, kami memang berminat tengok kereta yang ada PS2 dan motif spiderman tu… memang best juga kalau drive balik kampung, dapat main PS2 dalam kereta … pasti ramai berebut nak duduk belakang…

:D

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Uncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (11)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Han MALAYSIA says:

    kak g minat kereta juga ek…hehe
    jarang nak jumpa kaum hawa minat kereta ni…hehe

  2. ahib0205 MALAYSIA says:

    mengancam beb. tp bapaknye mahal nk war semua tu. abis ke situ je duit..minat punya pasal takde hal la kan :p

  3. abdfatah MALAYSIA says:

    hahahaaa… teringat contest toyota vios ari tu… online punya contest punya banyak dia punya color versi campur gitu… nampak kiut jugak color gitu2… pelbagai warna… kalo satu warna je kira tak berapa mahal sangat…. ini nampaknya mahal color dari keter… sama laa mahal nomor dari keter… hohoho…

  4. Kak G MALAYSIA says:

    huhu …

    Mestilah minat kereta, tiap-tiap hari naik kereta… :p

    Saya dah tanya, kalo cat simple, tak sampai RM2K.
    Kalo nak letak PS2 tu, tak sampai RM1K.

  5. Shafir Ahmad SINGAPORE says:

    OMG! Those cars are awesome. Someone took a lot of trouble to fix them up.

    The one with lots of Neon lights looks like some of the gaming PC’s that I have seen.

  6. taukey MALAYSIA says:

    hmmm…kereta tu mmg cantik tapi kan masalah kat malaysia ni kalau kita buat macam pimp my ride jalamat kereta kena saman la plak…hehehehe

  7. catzer MALAYSIA says:

    pergh..cun gile rugi tak pi..kalau tak habis 4GB SD photoshoot sana sini :twisted:

  8. SyedHafidz MALAYSIA says:

    Saya minat tengok je..
    Tp tak minat nak make up kereta jadi camtu..
    :)
    Memang menarikla gambar2 kete ni..
    hoho
    funky tuu..

  9. taza UNITED STATES says:

    :mrgreen: dah lama tak tgk pameran macam ni saya dulu gila airbrush scooter sekarang dah naik sawang scooter tu kalo jalan jalan kat kl nampak scooter tengkorak besi just say hai :razz:

  10. zaki blogjer MALAYSIA says:

    Lawanya kereta. Tapi sayang tak bleh drive kat jalan raya. Abistu owner punya kereta ni guna kereta ni utk pameran saje la eh. Bnyak nye duit diorang

  11. marvelousme MALAYSIA says:

    waohhhh!! bestnyer… i minat ngn kereta spiderman tu! lepasni i nak makeup my car jd mcm spiderman gak! :wink: