Wordpress 2.5 Akan Dilancarkan Tak Lama Lagi?
Hmm, baru je ingat nak relax sekejap tapi nampaknya tak lama lagi akan tiba masanya untuk kita semua update Blog Wordpress kerana tak lama lagi, Wordpress 2.5 akan dilancarkan.
Anda boleh baca tentang Wordpress 2.5 di sini: Wordpress Versi 2.5
Dashboard terbaru nampak okay juga … lebih kemas dan semua info boleh nampak pada first-fold …

Dan jika dibanding dengan yang lama ….

Tapi ada beberapa plugins yang saya guna yang berdasarkan dashboard lama so saya harap sebelum WP 2.5 ni keluar, semua pencipta-pencipta plugins ni dah update plugin mereka tu.
Satu perkara saya tak suka tentang dashboard baru tu ialah warnanya … warna jalur merah-jingga tu terlalu terang bagi saya … huhu … saya suka blogging dalam keadaan warna aman dan damai.
Tai takpelah … dari segi navigasi …juga lagi teratur …
Fungsi-fungsi untuk menulis posting dan kategori juga telah dikemaskinikan. Bagi saya, ini semua adalah ‘cosmetic changes’ yang dilaksanakan pada Wordpress 2.5 bagi memudahkan lagi bloggers menggunakannya dan memperbetulkan tab-tab yang berserabut (banyak) pada wordress sekarang.
Saya juga mengharapkan agar Wordpress 2.5 nanti men gambil kira:
1.) Kesesuaian plugins ke WP baru bila upgrade ke 2.5 nanti.
- terutamanya bagi spam control, back-up, adsense dan berbagai widget dan plugin lain. Kekadang bila ada major upgrade ni, ada je plugins ‘rosak’ buat 2-3 minggu. Harap ‘downtime’ tak lama sangatlah.
2.) Kesesuaian themes
- semoga tema yang saya gunakan dan ubahsuai tidak terjejas sangat.
3.) Bugs
- harap tak perlu upgrade ke Wordpress 2.5XX setiap minggu. Memang penat bagi orang yang ada lebih dari 10 blog untuk diupgrade kalau asyik-asyik ada je bugs.
Selain tu, saya mengalu-alukan kemunculan Worpress 2.5 terbaru …
Bagi yang tak sabar nak try veri BETA 2.5 : Boleh download di sini: Download
Err… tapi kalo boleh, sebab ia masih BETA lagi, cubalah pada blog yang tak important sangat … sebab kalau blog anda rosak, saya tak jamin, ye …
Popularity: 10% [?]



























Han
| Mar 23, 2008 | Reply
slmt pg kak g,
nak upgrade ni satu mslh ni…
banyak keje juga tu…
theme pun ke tukar kot…
takut tak support…
han
bizmalaya
| Mar 25, 2008 | Reply
so jangan try lagi ler..bila dah ramai guna baru upgrade
En Dlie
| Mar 25, 2008 | Reply
Saya mungkin tengok dulu la macam mana… kalau dah stabil nanti baru saya tukar..
ncomputing - penganti pc
| Apr 11, 2008 | Reply
sukses ya buat pelucuranya WP….