Blog Internet Melayu Genap 2 Tahun Semalam
hmmm.. saya baru sedar bahawa Blog Internet Melayu telah genap berusia 2 tahun pada 16hb Mac semalam. Tapi takpe, semalam saya selsema teruk jadi saya terlupa lak. :p
2 tahun tu kira dari posting pertama semasa blog ni masih bersandar pada Tblog lah…
Okay, apakah perkembangan semasa dua tahun blog Internet Melayu ini dibina?
1.) Evolusi blog internet melayu boleh dibaca di sini: Evolusi Blog Internet Melayu
2.) Hosting: pemindahan dari platform percuma di TBlog ke Shared Hosting dan akhirnya ke Reseller Hosting.
3.) Menjadi platform untuk penajaan berbagai jenis produk affiliate tempatan, dari ebook, seminar ke software.
4.) Penambahan fungsi-fungsi seperti Kamus Pemasaran Internet dan Helpdesk Internet Melayu.
5.) Pelancaran produk bundle seperti: IMNichePack dan eWriterPro PDF creator (resell produk orang lain).
6.) Fungsi-fungsi lain yang sudah disediakan tapi masih dalam peringkat testing.
7.) Menjadikan Website dan Blog Internet Melayu lebih kepada Portal Pemasaran Internet Malaysia.
Projek yang perlu diselesaikan:
- penukaran special members area ke membership site. Skrip dah okay, walaupun baru-baru ni terdapat patch bagi menyelesaikan sedikit masalah bugs. Perlu mengatur-balik strategi kerana keadaan sekarang sudah berubah dan tidak lagi sama dengan keadaan setahun yang lalu (semasa idea ini baru difikirkan).
Harapan pada masa akan datang:
1.) Improvekan lagi Website dan Blog Internet Melayu. Saya ada beberapa idea di fikiran dan tengah memikirkan cara implementasi dan strategi yang perlu digunakan. Kekadang idea memang datang melambak tetapi terpaksa ‘dibuang’ kerana kurang sesuai atau keadaan market sudah berubah.
Tips kepada pembaca Blog Internet Melayu:
Don’t put your eggs in ONE basket. Keadaan pasaran internet yang agak volatile pada masa ini akan memerlukan anda lebih kreatif dan pandai mengatur masa dan strategi. Jangan hanya bergantung pada Adsense dan Affiliate sahaja. Begitu juga dengan mereka yang ingin mengeluarkan produk sendiri, ebook hanyalah salah SATU cara, tetapi fikirkan jualan jenis lain seperti eBay dan produk jenis video, MP3, CD, VCD dan DVD (produk fizikal).
Terima kasih.
Popularity: 17% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Tips Bisnes Internet • Uncategorized






on
on
Tahniah Kak G. Kira lama jugak la 2 tahun tu. Semoga Internet Melayu lebih maju lagi.
even still baru lagi disini, ingin ucapkan tahniah dan hepibesday kat internet melayu ni…
Tahniah atas ulangtahun. Pasti semakin matang dan mantap ilmunya. Semoga terus sukses…
Terma kasih kawan-kawan semua! Semoga kita sama-sama maju jaya dalam perniagaan internet kita!
Tahniah Kak G. Mesti banyak kenangan sepanjang 2 tahun berblogging.