Masa Tumpuan Pelawat Internet Beralih Ke Lain …
Selalunya bila musim cuti dan musim sesuatu ‘peristiwa’, kita boleh perhatikan bahawa tumpuan orang ramai di internet akan beralih ke sesuatu peristiwa - dan contoh terbaik sekarang ialah tentang peristiwa pilihanraya 2008 dan kini pula - keputusan pilihanraya 2008 di Malaysia.
Pada masa-masa macam ni juga, pelawat internet Malaysia kurang berminat untuk membeli produk di internet kerana tumpuan adalah kepada laman-laman web yang menyiarkan berita tentang pilihanraya dan keputusannya. Ye, saya juga seperti anda, bukan setakat menonton di kaca TV malah juga menumpukan perhatian pada skrin di laptop walaupun jam dah masuk 1:30 pagi. Hanya kerana nak tahu siapa menang mana dan berapa… :p
Dalam keadaan sebegini, bila mengetahui ramai rakyat Malaysia akan tertumpu pada isu-isu tempatan dan bukan pada membeli barang di internet, kita sebagai usahawan internet bolehlah gunakan peluang ini untuk menumpukan perhatian kepada pasaran di luar negara.
Inilah masanya bagi anda untuk tumpukan perhatian kepada Adsense dan produk-produk affiliate untuk pasaran luar negara. Yelah, saya yakin anda mungkin perasan bahawa sejak 2-3 minggu ni, mungkin jualan produk agak ’slow’ sikit, terutamanya menjelang tarikh mengundi. Jangan lupa pula, sekarang dah masuk cuti sekolah di Malaysia dan mungkin pelanggan ‘local’ anda sedang bersiap-sedia untuk bercuti bersama keluarga.
Satu fakta yang menjadi isu bagi usahawan internet Malaysia ialah konsistensi dalam menjanakan pendapatan. Dan kita semua tahu, bila ada saja ‘musim cuti’ atau ‘peristiwa’, ada kemungkinan jualan di internet akan berkurangan. Jika kita hanya mengharapkan jualan dari satu produk atau satu saluran, hasil kita mungkin terbantut.
Bak kata orang putih, “Don’t put your eggs in one basket”. So, janganlah terlalu mengharapkan SATU atau DUA kaedah je untuk menjanakan wang di internet.
Cubalah berbagai teknik untuk menjanakan pendapatan, tetapi berilah tumpuan sepenuhnya ketika sedang melaksanakan sesuatu teknik itu. Pastikan ia ‘halal’ dan tidak menyalahi undang-undang.
Jangan berputus asa. Walaupun pasaran tempatan mungkin tengah menumpukan perhatian kepada isu semasa dan tidak membeli dari kita, peluang lain masih terbuka kepada kita. Jangan hadkan skop perniagaan internet kita.
Popularity: 11% [?]
























on 


beduz
| Mar 9, 2008 | Reply
semalam pukul 5 pagi baru tido gara2 nak tahu keputusan penuh..hu3..
memang dapat diperhatikan kurangnya jualan di musim tertentu. perniagaan internet pun sama cam perniagaan konvensional. cthnya bila time raya kedai langsir dan kedai jual kuih mesti laku. tapi bila time pilihan raya,kedai2 jual banner dan bendera mesti laku tapi kedai jual langsir memang x laku..
wanwma
| Mar 10, 2008 | Reply
Sebagai peniaga internet kita kena pandai menilai dan melihat faktor perubahan pasaran. Kenyataan yang benar sekali!
bizmalaya
| Mar 11, 2008 | Reply
betul kata u..makin banyak kita buat bisness interent,,makin banyak peluang untuk kita mendapat pendapatan sampingan tanpa diduga