Fad dan Tepu: Dilema Pemasaran Internet
Saya adalah seorang pemerhati (observer), dan bila dikaitkan dengan perniagaan atau pemasaran internet, saya suka memerhati trend dan arah tuju bisnes internet dari dulu, sekarang dan kemungkinan pada masa akan datang.
Saya suka tengok product launch (sama ada dari dalam atau luar negara) dan sanggup berjaga sampai jam 3 pagi hanya untuk menunggu launching product dari US. Apa boleh buat, memang itu kegemaran saya. Tetapi dalam kegemaran tersebut, saya dapat juga perhatikan trend-trend dan perubahan-perubahan dalam bisnes di internet ni.
‘Cycle’ yang sering berlaku dalam arena pemasaran internet ialah:
1.) Fad
- maksud FAD: trend yang hangat dan digemari pada mulanya tetapi semakin lama semakin tidak diikuti malah dilupakan.
- sesuatu perkara yang baru yang menjadi ikutan malah kegilaan orang ramai.
2.) Tepu / Ketepuan
- maksud TEPU: saturation, market saturation.
- bila sesuatu perkara itu popular, maka akan ramai yang menirunya. Ini akan menyebabkan ketepuan.
3.) Cool Down
- bila pasaran dah tepu dan ‘fad’ terhadap perkara tersebut berkurangan, akan berlaku cool-down period. Kekadang cool-down period ni berpanjangan, tetapi yang pasti, akan ada nanti ‘fad’ baru yang menggantinya dan menyebabkan kitaran berulang semula …

Cycle ini saling berkait, dengan ‘fad’ menjadi katalis yang mengajak orang ramai menceburi sesuatu dan akhirnya ‘ketepuan’ yang akan ‘membunuh’ ‘fad’ tersebut (cool down).
Sebagai contoh, awal tahun lepas (2007) telah dilancarkan beberapa produk berkaitan Google Adwords. Google Adwords pula menjadi ‘glamer’ tiba-tiba (walaupun Adwords ni dah dilancarkan beberapa tahun sebelum tu) dan ikutan ramai peniaga di internet.
Mereka yang tahu mengikut trend pula tidak membuang masa dalam menghasilkan produk berkaitan dengan Google Adwords seperti ebook, software dan juga seminar. Malah sampai penuh inbox email saya dengan tawaran berkaitan Google Adwords.
Dari sini kita dapat nampak bagaimana sesuatu perkara menjadi ikutan (fad) orang ramai hingga akhirnya membawa kepada ketepuan
Jangan salah anggap, seorang marketer yang bijak ‘ride the fad wave’ dan mengatur strategi boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan melaui cara ini. Tapi satu masa akan tiba juga di mana ‘fad’ tersebut akan menjadi semakin tidak popular, terutamanya bila pasaran internet sudah ‘tepu’ dan penuh dengan produk yang seakan serupa dan beribu-ribu affiliate tengah mempromosikan benda yang sama atau serupa.
Cara Mengatasi Masalah Fad dan Tepu:
1.) Konsentrasi pada niche. Tidak kira sama ada anda sedang ber-Adsense, atau ber-Affiliate-Marketing atau membina produk sendiri.
2.) Cara pemasaran lain dari biasa. Luaskan pandangan anda, cara pemasaran tidak semestinya terhad pada internet sahaja.
3.) Atur strategi berbeza. Jika strategi orang lain ialah A, kita aturkan strategi X, Y dan Z. Tak kiralah dalam membuat Affiliate marketing, launch produk snediri atau lain-lain.
Dalam pemasaran internet, memang ada musim. Mungkin sekarang musim Adsense, 6 bulan lagi musim Affiliate Marketing … baca di Forum-forum luar negara dan tempatan dan anda dapat kenalpasti juga trend adalah kearah mana. Ia adalah seperti satu cycle …
Ingat tak zaman-zaman report-report ‘Death of …” apa-apa dulu?
Itu pun satu ‘fad’ di mana bila ada je report baru, selalu diberi tajuk, “Death of …” sesuatu … adsense, adwords, affiliate marketing dan sebagainya…
Okay, dibawah ni ada satu report percuma:
XFactor Affiliate Report
Anda boleh dapatkan USD1 di paypal anda jika anda menyebar report tersebut.
Hmm … adakah sekarang ni trend pemasaran internet kembali kepada affiliate marketing pula …?
Popularity: 15% [?]



























Sepinggau Toenail
| Feb 29, 2008 | Reply
wooh new post! cool. By the way, it’s the 29th so, HAPPY BIRTHDAY! hehe
Galadriel
| Mar 3, 2008 | Reply
Thank you.
hahaha …. slow-slow je hal birthday tu …. dah tua …
titan
| Mar 4, 2008 | Reply
memang banyak musim sekarang. Tapi nak buat macam. Memang ada time tepu dan time adsense..
smartzul
| Mar 5, 2008 | Reply
Apa khabar kak G? Lama tak bagi komen kat blog ni. Harap kak G sihatlah. Ada masa kita jumpa lagi nanti.
Pasal Fad, Saturation dan Cool Down tu, saya amat setuju. Nak join masuk sekali boleh, tak nak pun boleh juga. Di dalam kesibukan mereka ikut pusing2 kitaran tersebut, ada marketers yang buat hal sendiri. Mereka ni tak sibuk2 promote itu dan ini. Sebaliknya mereka fokus pada produk dan bisnes mereka betul2. Contoh terbaik adalah KIDINO.
Bagi saya, setiap cabang ilmu tu memang akan sampai tahap tepunya, tapi seiringan dengan masa, mesti ada perubahan dan penambahan baru. So, datanglah balik FAD tu.
Apapun, jangan sampai hilang fokus.