Maksud Istilah Personal Use, RR, MRR dan PLR Dalam Pemasaran Internet
Atas permintaan beberapa individu, saya akan menerangkan maksud beberapa istilah yang digunakan dalam pemasaran internet secara mendalam. Istilah pemasaran internet tersebut ialah seperti Personal Usage Rights, Resale Rights (RR), Master Resale Rights (MRR) dan Private Label Rights (PLR).
Definisi: Personal Usage Rights / Personal Use
- maksud istilah ‘Personal Usage Rights’ atau ‘Personal Use’ adalah produk tersebut hanya untuk kegunaan pembeli asal sahaja dan pembeli asal tidak dibenarkan menjual semula produk tersebut kepada orang lain. Sebagai contoh, saya membeli produk tentang Adsense dan produk tersebut hanya memberi saya hak ‘Personal Use’ sahaja, maka produk tersebut hanya untuk kegunaan saya sendiri dan saya tidak boleh menjualnya kepada orang lain.
Definisi: Resale Rights (RR)
- maksud istilah ‘Resale Rights’ ialah pembeli mempunyai HAK JUALAN SEMULA (resale rights) bagi produk yang dibelinya.
- sebagai contoh, Ahmad membeli pakej grafik dari Ramli yang mempunyai syarat sebagai ‘produk berjenis resale rights’. Maka Ahmad dibenarkan untuk menjual semula pakej grafik tersebut kepada orang lain.
- walau bagaimanapun, pembeli produk Ahmad hanya mempunyai Personal Usage Rights (Hak Kegunaan Persendirian) bagi produk tersebut. Jika Zul membeli produk dari Ahmad, Zul tidak dibenarkan menjual semula produk yang dibelinya.
- biasanya, produk Resale Rights dijual lebih mahal berbanding produk berjenis Personal Usage Rights kerana kos ekstra yang dikenakan adalah bayaran bagi mendapatkan ‘hak menjual semula’.
- adakalanya produk Resale Rights juga disertai dengan hak PLR.
- walau bagaimanapun, TIDAK SEMESTINYA sesebuah produk yang mempunyai Resale Rights (RR) atau Master Resale Rights (MRR) memberi hak PLR (private label rights).
Definisi: Master Resale Rights (MRR)
- maksud istilah ‘Resale Rights’ ialah pembeli mempunyai HAK JUALAN SEMULA UTAMA (master resale rights) bagi produk yang dibelinya dan orang yang membeli dari pembeli utama pula akan mendapat ‘resale rights’.
- dalam erti kata lain, pembeli yang mempunyai Master Resale Rights bagi sesebuah produk diberi hak untuk memberikan hak jualan semula (resale rights) kepada mereka yang membeli produk tersebut darinya. Tetapi pelanggan kepada pembeli tersebut hanya akan dapatkan hak Personal Use sahaja.
- biasanya produk yang mempunyai Master Resale Rights (MRR) lebih mahal berbanding dengan produk Resale Rights biasa dan produk untuk Personal Use kerana kos yang dikenakan adalah bayaran untuk mendapatkan ‘hak jual semula utama’ tersebut.
- adakalanya produk Master Resale Rights juga disertai dengan hak PLR.
- walau bagaimanapun, TIDAK SEMESTINYA sesebuah produk yang mempunyai Resale Rights (RR) atau Master Resale Rights (MRR) memberi hak PLR (private label rights).
Definisi: Private Label Rights (PLR)
- maksud istilah ‘Private Label Rights’ (PLR) ialah pembeli mempunyai hak untuk melabelkan produk tersebut sebagai produk sendiri.
- dalam erti kata lain, pembeli dibenarkan mengubah dan mempromosikan sesebuah produk PLR sebagai produk atau bahan sendiri.
- biasanya produk PLR juga disertakan dengan hak jualan semula (Resale Rights), bagi membenarkan pembeli utama menjual sesuatu produk sebagai produk mereka sendiri, iaitu dengan menukar ‘jenama’ seperti nama produk, nama penulis, nama pencipta dan sebagainya.
- walau bagaimanapun, TIDAK SEMESTINYA sesebuah produk yang mempunyai Resale Rights (RR) atau Master Resale Rights (MRR) memberi hak PLR (private label rights).
Contoh Pemilik Resale Rights:
Okay, di sini saya akan ceritakan tentang saudara Mohmmad Hamdy, seorang usahawan internet yang memiliki diploma dalam bidang Teknologi Media.
Beliau telah mendapat ‘resale rights’ bagi sesebuah produk iaitu panduan bagi mengajar anda tentang Cpanel.
Anda boleh dapatkan produk Panduan CPanel dengan mengklik pada imej dibawah:

Popularity: 21% [?]



























Han
| Feb 23, 2008 | Reply
slmt pg kak G,
definisi yang bagus ni…
ramai yang tak tahu lesen2 hak tu…
sampai mereka jual ebook yang takde lesen pun…
han
KNizam
| Feb 24, 2008 | Reply
woh sekarang baru saya paham
titan
| Mar 4, 2008 | Reply
hehe..zul ada terangkan kat blog dia. Kat sini pun ada. Lepas nih, merata tempat ada. Bagus apa kan? Ramai orang dah tahu bezakan.
smartzul
| Mar 5, 2008 | Reply
Kat blog saya ada tambah satu jenis rights lagi iaitu Distribution Rights (hak untuk mengedar).
Harap2 semakin ramailah yg tahu membezakan istilah2 sebegini.
beduz
| Mar 6, 2008 | Reply
tq kak G,makin bertambah ilmu saya dlm bisnes internet ni. nak tny, kt membeli produk RR, then dgn produk tu kt memasarkannya melalui program affiliate.boleh x wat cmtu?
Galadriel
| Mar 9, 2008 | Reply
huhu …
sometimes kami para usahawan internet ni tertulis lak topik sama.
tak sengaja … kekadang dapat email / PM di forum tanyakan sesuatu … so try juga jawab di bloglah.
Mungkin ada yang bertanya pada ramai usahawan internet sekaligus so tetiba bila semua nak jawab kat blog, ada banyak lak artikel tentang benda yang sama …
tapi takpe … kami cuba membantu sedaya yang mampu.
Oh ye, tentang soalan si Beduz …
tentang … pembelian produk RR, lepas tu produk tu dipasarkannya melalui program affiliate,
kalau tidak dinyatakan dalam syarat-syarat pembelian mengenai penggunaan program affiliate untuk memasarkan produk RR tu,
lebih baik bertanya pada pemilik asal produk tersebut.
Walaupun diberi Resale Rights (RR), mungkin syarat tidak termasuk penggunaan program affiliate.
Maka untuk elakkan was-was dan ragu-ragu, sila tanya pada pemilik asal produk tersebut.
Dev
| Oct 25, 2008 | Reply
Terima Kasih kerna berkongsi maklumat berguna. saya baru dalam dunia internet. tolong periksa web site saya dan lihat jika kita boleh JV?
Terima kasih