RSS
February 01, 2008 | admin | Comments 0

Meneliti Product Launch dan Mempelajari Teknik Pemasaran Internet Darinya

Saya pasti anda tentu dibanjiri dengan bermacam-macam tawaran di inbox email anda mengenai berbagai pelancaran produk. Saya pasti ramai juga yang akan klik pada butang delete untuk tawaran-tawaran yang serupa dan ramai juga yang akan klik untuk melihat maklumat tentang pelancaran produk tersebut kerana berminat atau hanya untuk lihat ‘what the hype is about’. Betul, kan?

Di sini saya akan mengajak dan mengajar anda untuk MENELITI produk launch yang sedang ditawarkan, agar menjadi panduan bagi anda untuk melaksanakan pelancaran produk anda sendiri pada masa akan datang.

Berita pertama tentang product launch tersebut mungkin dari:
1.) Email dari JV Partner / Affiliate pemilik produk tersebut.
2.) Email dari pemilik produk itu sendiri - mungkin kerana anda pernah subscribe ke newsletter pemilik tersebut.
3.) Forum - pertanyaan dari ahli forum, review, diskusi.
4.) Blog posting - review tentang product launch tersebut sama ada oleh JVPartner, affiliates atau pemilik produk.
5.) Video - dari Youtube yang sedang mempromosikan product launch tersebut.
6.) Cara lain seperti pengiklanan banner, Adwords dan jangan lupa social networking sites (facebook) dan social bookmarking sites (Digg).
7.) Offline marketing - word of mouth, flyers, brochures, sms marketing, iklan radio dan sebagainya.

Sila teliti cara produk tersebut dipromosikan dan dipasarkan. Yang disenaraikan diatas adalah: Cara Pemasaran.

Telitikan sekali Waktu Pemasaran dan Jangkamasa Pemasaran

1.) Adakah pemasaran dijalankan lebih dari sebulan dari launch, 1 bulan dari launch, 2 minggu dari launch, seminggu dari launch atau hanya beberapa hari saja sebelum pelancaran produk tersebut?

2.) Adalah pemasaran dijalankan setiap hari, setiap 3 hari atau setiap minggu? Jika ramai JV partners mempromosikan launch yang sama, mungkin anda akan terima email mempromosikan product launch yang sama setiap hari, malah 4-5 email setiap hari tentang launch yang sama…

Teknik Pemasaran di Internet bagi sesebuah pelancaran produk dsenaraikan dari nombor 1 - 6 diatas. Kebanyakkan produk launch di luar negara kini menggunakan teknik pemasaran no. 5.

Mari kita lihat satu case study: Mass Control
(tidak, saya bukan jv partner atau affiliate untuk produk launch ini, cuma pemerhati sahaja ;) )

Sudah berminggu-minggu saya mendengar tentang Mass Control oleh Frank Kern ni.

Memang hari ni pula, Jumaat, 1 Februari pada jam 9 pagi (Pacific Standard Time - USA) adalah hari launching untuk Mass Control ni.

Tapi yang penting, perhatikan cara ia dipromosikan. Dengar khabar terdapat 400 jv partners untuk produk ini, majoritinya adalah internet marketer terkenal dari US, Eropah, Australia dan mungkin Asia.

Bukan itu saja, malah beberapa video diberi untuk mengujakan lagi pembaca. Report yang diberi pula bukanlah report dalam erti kata yang biasa, seperti report PDF yang kita biasa lihat, tetapi adalah lebih kepada salesletter pada website.

Jika anda malas nak subscribe, anda boleh terus ke report yang diberi: Mass Control Report

Report tersebut memang bagus dan saya cadangkan agar anda SAVE report tersebut pada folder baru di desktop PC anda. Pada browser, pergi ke FILE, pilih SAVE PAGE AS dan pilih ’save as type’ sebagai: WEBSITE, COMPLETE. Anda boleh merujuk kepada report tersebut pada bila-bila masa walaupun tidak online jika anda dah save.

Sekarang ‘hype’ tentang produk Mass Control memang dah tak terkawal. Ramai internet marketer luar negara tidak sabar untuk menunggu product launch tersebut.

Saya tak pasti berapa harga produk Mass Control ini nanti, tapi yang saya tahu, kalau nak reserve satu spot untuk menyertainya, kena bayar USD$1997 (RM 6462.50) … ye … hampir RM6500 hanya untuk menempah satu tempat.

Itu baru nak reserve a spot. Bayaran keseluruhan mungkin boleh mencecah USD$10,000.

Maka tak harianlah jika JV Partners produk ini berebut-rebut mempromosikan Mass Control melalui email kerana jika mereka diberi komisyen sebanyak 30% pun, kalau harga keseluruhannya adalah USD$10K, bagi setiap jualan mereka dah dapat USD$3000. Kalau berjaya promosikan kepada 10 orang dah dapat komisyen US$30,000 (RM97,083).

Itu belum lagi termasuk hadiah-hadiah kepada JV partners yang membuat jualan tertinggi.

Marketing seperti ini banyak digunakan untuk high-end product launch (atau pelancaran produk berharga tinggi). Pemilik produk mungkin buat promosi biasa saja tapi jv partners mereka akan bertanding sesama mereka untuk mempromosikan produk tersebut untuk bukan saja mendapat komisyen tapi menang pertandingan jualan terbanyak.

Saya ingin anda teliti produk launch mass control ini, lihat semua salesletter dan report yang diberi termasuk video-video. Anda juga harus tengok pada masa launch ini berlaku …

Time converter:
Los Angeles (California, USA) - Friday, February 1, 2008 at 9:00:00 AM
Kuala Lumpur (Malaysia) - Saturday, February 2, 2008 at 1:00:00 AM

Maka launch akan berlaku pada jam 1 pagi malam ini.

Lihatlah jika ada gimik (server down) … perubahan pada salesletter … ayat-ayat yang digunakan dan cara bayaran diambil. Dari berita yang didengar, bayaran tidak boleh dibuat melalui PayPal, hanya kad kredit, mungkin untuk elakkan refund. Perkara ni tak pasti dan hanya boleh dilihat pada masa launch nanti.

Oh ye …

Jika dilihat pada produk launch tempatan pula …

Launching terbaru pada hari ini adalah oleh En. Zamri Nanyan iaitu ebook terbaru beliau, Rahsia Perniagaan Digital.

BONUS KHAS
Jika anda mendapatkannya dari link saya, emailkan pada saya (info @ internetmelayu.com)
bukti resit pembelian sebagai bukti belian dan dalam masa 96 jam,
selepas saya dah VERIFY memang betul anda beli dari link saya:

http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=galadriel.

… saya akan email anda BONUS khas dari saya, iaitu:
5 pek PLR articles dan bonus misteri.

:mrgreen:

Popularity: 12% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Guru TalkProduct LaunchUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: