RSS
December 24, 2007 | admin | Comments 15

7 Sikap Internet Marketers Yang Sering Membuat Mereka Gagal

Kali ini saya akan membuat posting yang lebih berbentuk motivasi kerana saya dapati ada di kalangan pembaca saya yang mungkin rasa berputus asa kerana masih tidak berjaya menjanakan wang walaupun $1 dollar di internet.

Ye, saya boleh listkan 25 cara, 50 cara mahupun 100 cara untuk anda mendapatkan that first dollar tu, tapi semuanya harus bermula dengan SIKAP.

Saya sering juga mendapat email dan PM (di Forum Wangcyber.com) dari mereka yang telah hampir berputus asa dalam usaha mereka.

Ada yang berkata pada saya:

“Alah, kak G dah ada hosted site. Saya hanya ada blog percuma … macam mana nak jual barang … tak mampu lagi beli hosting”.

Hmm, tahukah kamu bahawa saya telah dapat menjana beratus-ratus ringgit sebulan dulu semasa Blog Internet Melayu hanya bertapak pada TBlog di sini http://internetmelayu.tblog.com …?

Masa tu saya tak berapa fasih sangat HTML, SEO dan baru je nak mula berniaga. Tapi saya sentiasa TEST, TEST, TEST … dan improve website atau blog saya agar dapat convert visitors kepada pembeli. Berkat usaha itu, saya akhirnya dapat membeli shared hosting dan seterusnya upgrade pula kepada reseller hosting untuk menampung jaringan website-website dan blog-blog saya.

Ada juga yang berkata:

“Oh, aku telah membeli hosting, nama domain dan bina blog, tapi sampai sekarang tak ada orang membeli dari affiliate yang dipromosikan… dah 6 bulan bisnes online tapi sampai sekarang hasilnya kosong…”

Sekali lagi saya ingin nyatakan, anda perlu improve blog atau website anda. Jangan biarkan blog atau website anda nampak statik sahaja. Jika anda sedang promosikan Adsense, ubahkan kedudukan Adsense anda setiap bulan, test posisi mana paling memberi click-through rates paling tinggi.

Jika anda sedang promosikan affiliate products, tulis artikel untuk membuat orang ramai tertarik membeli produk tersebut. Tulis benefit produk tersebut, bukan sekadar memberi ciri-ciri pada produk dari A ke Z. Pembeli harus teruja dengan tawaran anda, bukan rasa bosan membaca spesifikasi produk yang mereka boleh baca di mana-mana.

7 Sikap Internet Marketers Yang Sering Membuat Mereka Gagal:

1.) Kurang perancangan
- pelan kucar-kacir. Sekejap nak tulis artikel, sekejap nak update blog, tapi bila ada sukan bola di televisyen, semua perancangan tinggal kenangan sahaja.

2.) Prokrastinasi
- menangguhkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan kerana lalai dengan perkara lain.

3.) Malas
- nak buat duit. Tapi malas nak bertindak. Tunggu dan lihat saja.

4.) Cepat berputus asa.
- baru susah sikit dah tak nak buat dah bisnes di internet.

5.) Malu atau takut bertanya.
- malu bertanya pada mereka di Forum, terutamanya di Forum International.

6.) Malu atau takut mencuba perkara baru.
- sikap tunggu orang lain semua dah buat baru nak cuba sedangkan mungkin peluang tersebut dah ‘basi’.

7.) Suka meniru.
- orang buat Adsense sites, dia pun buat Adsense. Orang bina blog, dia pun bina blog. Tapi semua separuh-jalan. Tidak melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Saya harap posting Kak G kali ini tidak mengecilkan hati sesiapa. Kita haruslah saling ingat-beringat sesama kita sendiri, ye? Kalau di pejabat, ada lah Boss atau rakan sekerja untuk beri motivasi dan mengingatkan kita, tapi di internet ni, siapa lagi akan menegur sikap kita, ye?

Maka, sempena Tahun Baru 2008 ni, marilah kita sama-sama membuat azam baru bagi memajukan diri dan perniagaan internet kita. InsyaAllah, dengan sahsiah diri yang lebih baik, rezeki kita akan bertambah.

:mrgreen:

Popularity: 20% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 15  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. Saya akui tiadanya perancangan yang teliti, satu benda pun takkan menjadi. Rasanya nak buat semua pada satu masa, tapi tak terbuat pun.

  2. :wink: Tq kak g. Satu tips motivasi yang bermanfaat.Mmglah ada setengah dari kita yg nak hasil cepat jer, bila bulan pertama tak dpt income dah mula nak give up.

    Saya sendiri mengingatkan diri sy dan rakan2 supaya kita konsisten pd matlamat kita dan berusaha utk capai pdapatan yg lumayan dlm perniagaan internet ini…

  3. slmt pg kak G,
    nak tanya sikit…
    apa beza reseller hosting dgn shared hosting?

    han

  4. suma bermula dengan sikap..
    ni la masalah IM kita, tak mahu nak berusha…suma nak senang..
    keja lak separuh jalan je..
    macamana la nak berjaya kalau camtu…
    :sad:

  5. ASSALAM Semua,
    Kepada newbiz tu jangan putus asa ,buat perancangan yg betul dan jauhi 7 sikap di atas.
    ALANG2 DAH BUAT JANGAN MEGUNDUR, :arrow: :grin:
    ALANG2 MERANCANG JANGAN TIDUR, :!:
    JIWA JANGAN KENDUR ,KUATKAN AZAM, TABAHKAN CUBAAN, INSYALLAH ANDA PUN BOLEH MENGAPAI
    KEJAYAAN.
    ” JOM KITA SAMA-SAMA BERJUANG”

    Wassalam.
    isman@jblesen2u.com :lol:

  6. Terima kasih kak G dengan tips dan nasihat yang cukup berguna.

    Saya telah melahirkan blog saya hampir setahun (17 Jan ni ulagtahun pertama). Memang sebelum ni kadang2 tak dapat apa2 pun cuma dapat dari affiliate yg saya sertai ciput2 jerr.. :razz: Walau bagaimana pun blog saya skrg dah berjaya menarik unik visitor sekitar 1000 - 1200 lebih setiap bulan.

    Kini saya telah berjaya melahirkan blog yang kedua. Sememangnya blog yg kedua ini adalah blog jangka panjang saya kerana saya ada projek terbaru untuk penghujung 2008 nanti.

    Kalau nampak tu memang agak lambat dan slow sikit sebab saya tiada asas langsung tentang komputer & internet ni…Bak orang kata belajar godek2 dulu…

    Selamat menyambut tahun baru untuk kak G & kawan2.

  7. salam K.G,

    sempena thn baru, azam sy ialah nk follow akak rapat2..hehehe..takderlah..gurau jerk..

    pengajaran paling bermakna saya ialah jgn sesekali putus asa. :D

  8. Kalau kita yang tak berubah takkan sapa yang dapat merubah diri kita

    http://bloggingreenue.blogspot.com

  9. Catzer, tinggi cite2..
    mantap 2…
    saya pun kalau leh nak cuba duduk sebaris ngan IM yang memang dah bertaraf otai2 nie…
    insyaAllah i’ll come out wif the new project..

  10. syedhafidz,

    kalau nak kira dari income mmg jauh lagi perjlnn sy ni sbb “M” sy besar sgt. Tp kalau dr segi pengetahuan tu insya-allah boleh mantapkan lagi. :D

  11. saya rasa saya dalam golongan

    Prokrastinasi
    - menangguhkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan kerana lalai dengan perkara lain.

    Maaf kak G sbb tak dapat balas email dan xda khabar berita. 2 minggu lepas saya terlibat dalam kemalangan dan kena tahan kat spital 1 minggu. Paling teruk tangan kanan saya takleh nak taip. Sekarang pun duk taip guna tangan kiri. Alhamdullilah, nyawa tak melayang. cuma retak di pergelangan tangan kanan.

    Kepada teman-teman yang lain, cepat bertindak sebelum terlambat. Jangan bertangguh kerja kerana sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Letih tak boleh dijadikan alasan kalau hendak kaya. :D

  12. Selamat Tahun Baru…2008. Semuga Galadriel dan semua pengunjung, peminat dan pembaca setia dan mereka mereka yang dahagakan ilmu ilmu yang bermanafaat bagi memajukan dan membangunkan diri dalam bidang internet marketing.

    Diharap 2008 membawa lebih kejayaan peribadi, ugama, bangsa dan negara!

  13. Saya tambah 3 sebab lagi kak G, biar cukup 10. :D

    3 sebab gagal yg berkaitan dengan sikap:

    1. Tidak mahu keluarkan modal. Nak beli hosting yang murah pun banyak alasan. Kalau beli benda lain boleh pula.

    2. Menangguh-nangguh sesuatu yang amat berharga. Contoh terbaik: LIST. Macam-macam alasan kita dengar untuk tidak bermula mengumpul LIST sendiri.

    3. Mahu duit semata-mata. Perniagaan internet ialah bisnes. Bina bisnes betul-betul dan insyaAllah duit akan masuk dengan mudah.

    Namun bagi saya kak G, kesilapan-kesilapan ini bukan sahaja perlu diingatkan kepada newbie semata, malah kepada mana-mana usahawan internet pun. Sebagai pesanan dan peringatan bersama. :)

  14. hi,

    sekali-sekala lawatilah laman web saya e-promosi. saya menjadikan website saya sebagai enjin pencari. Banyak enjin pencari dalam satu website…..mudah dan banyak pilihan.

  15. Mengapa perlu berasalan, mengapa perlu mengambil kisah kepada mereka yang membuat alasan, biarkan mereka dengan 1000 alasan mereka, apa yang penting kita terus berusaha untuk mencapai matlamat kita. Salam, perkenalan.

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: