RSS

Kelas Internet Bersama Kidino Januari 2008 Nanti…

December 21, 2007 | admin | Comments 4

Selamat Hari Raya Haji kepada anda semua! Kak G ingat ke nak beri ucapan tu semalam, tapi Hari Raya Aidiladha kan, mestilah saya lepaskan jari dari keyboard dan menyambutnya. Saya sekarang ni masih lagi outstation ikut suami di Bintulu, Sarawak, jadi Hari Raya AidilAdha tahun ni saya sekali lagi tak menyambutnya dengan Ayah dan adik-beradik saya. :(

Tapi tak apalah, walaupun di rantauan, dapat juga rasa lemang, rendang dan kuih-muih di rumah sahabat kami di Bintulu ni semalam. Yelah, seronok sikit makan ‘masakan rumah’ setelah lebih sebulan makan di gerai atau restoran dan brekfes di hotel je. Tapi, nasib baiklah hotel ni ada wifi…

Okay, berita untuk Tahun Depan 2008 – iaitu 10 hari lagi.

Sahabat saya Kidino akan mengadakan Kelas Internet pada setiap hari Sabtu setiap minggu pada bulan Januari 2008 nanti:

Kelas Internet Kidino:

Kelas Pertama – 5 Januari 2008 (Sabtu)
Kelas Kedua – 12 Januari 2008 (Sabtu)
Kelas Ketiga – 19 Januari 2008 (Sabtu)
Kelas Keempat – 26 Januari 2008 (Sabtu)

Tempat: Kuala Lumpur
(besar kemungkinan di area Setiawangsa – tapi anda kena tunggu maklumat lanjut).

Perkakas yang anda perlu bawa: Komputer laptop yang ada WIFI.
(ini kelas praktikal dan bukan sekadar mendengar sahaja. Kalau tiada laptop, mungkin anda boleh pinjam dari sahabat atau saudara dan selepas kelas tamat hujung Januari, transfer file-file projek ke PC anda. WIFI atau internet diperlukan supaya anda terus melaksanakan tugasan anda online sekali.)

Kelas Kidino ini akan menyentuh tentang:

1.) Cara membina BISNES di internet dan bukan sekadar membuat wang di internet.
2.) Perkara-perkara asas yang perlu bagi menjalankan bisnes internet dan anda akan diajarkan secara praktikal.

Okay, jika anda berminat, sila baca email dibawah yang ditulis oleh Kidino sendiri kerana saya rasa email tersebut menjelaskan sepenuhnya mengenai kelas ini:

================================
Kelas Hujung Minggu Untuk Malaysians…
================================

Ramai yang kecewa dengan seminar. Balik dari seminar rasanya berkobar-kobar. Tapi berbulan berlalu, masih lagi di takuk lama.

Kenapa?

Mungkin kerana tiada tunjuk ajar yang berterusan. Masa di seminar, dia kata kena buat web. Tapi siapa pula yang nak ajar lepas seminar?

Masa di seminar, dia kata kena guna autoresponder untuk berhubung dengan pelanggan, dapatkan lebih jualan. Tapi macam mana nak pasang?

Mungkin kerana tiada tunjuk ajar susulan ni, ramai yang kecundang. Walaupun semasa seminar terasa macam berada di
awangan. Orang putih kata, “Like walking on air.”

===========================================
Ke Dah Banyak Sangat Belanja, Dah Lama Sangat Belajar?
===========================================

Ada jugak yang datang kepada saya bercerita berapa banyak mereka dah habiskan. Beli ebook itu ini. Beli produk macam- macam. Tak menjadi jugak.

Ataupun dah lama sangat membaca, mencuba, tapi masih tak berhasil…

Saya rasa kelas mingguan yang saya cadangkan ini adalah yang terbaik.

Kita lihat apa yang awak nak buat di Internet. Kita berikan nasihat macam mana nak teruskan. Dan kita berikan tunjuk ajar yang berterusan.

Tapi jelas — kalau saya buat macam ni, komitmen yang lebih tinggi diperlukan. Buat kelas berminggu-minggu ni BUKAN
macam buat seminar satu hari.

Rancang – Ajar – Balik… alahai senangnya buat duit.

Sebab tu jugaklah saya nak orang yang betul2 nak buat bisnes dan orang yang boleh memberikan komitmen.

==========================================
Ini Bukan Kelas Untuk Belajar Semata-mata… Ini Projek!
==========================================

Ha’ah. Sebelum terlupa, biar saya katakan. Ini bukan kelas untuk datang belajar semata-mata.

Hasrat saya, kita tetapkan apa projek yang ingin dibuat dan kita terus usahakan. Dan ini adalah projek masing-masing.
Bukan projek berkumpulan.

Saya berhasrat menjadikan setiap peserta kelas ini usahawan Internet yang berjaya.

Sebab tu saya nak semua orang ada notebook masing-masing. Kalau awak takde, saya cadangkan beli yang murah2 pun takpe.
Second hand pun takpe. Kalau diizinkan Allah, menjadi projek awak tu… belilah notebook baru lepas ni nanti.

Kalau notebook tu takde Wi-Fi, belilah Wi-Fi adapter.

============================================================
Saya Tak Mahu Orang Buat Hobi…
============================================================

Lagi satu – ini bisnes. Jadi bersiap sedialah untuk mengeluarkan modal. Memang bisnes Internet kurang belanja berbanding bisnes kedai.

Tiada sewa, tiada pekerja, tiada bil2… tapi jangan fikir bisnes Internet tiada kos.

Selain daripada belanja untuk web hosting dan domain, untuk hasil yang segera, ada juga kos pemasaran. Kadang-kala
daripada kita buat sendiri sesuatu kerja yang kita kurang mahir, lebih baik mengupah orang lain. Lebih cepat dan hasilnya lebih baik.

Kadang-kala penat juga dan kecewa juga bila saya ajarkan bisnes Internet, tetapi mereka tidak mahu mengeluarkan
belanja untuk kos2 tertentu.

Seperti autoresponder – ada kos bulanan.

Saya tak mau takutkan awak. Belanjanya mungkin tak berapa banyak. Ya – ada cara kita boleh dapat hasil dengan usaha yang dan belanja yang kurang – tapi hasilnya lambat.

Terpulang… saya BERJANJI, apa cara yang saya tahu kita
boleh jimatkan kos, saya akan ajarkan. Tapi pada masa yang
sama, saya mahukan peserta serius dengan bisnes mereka ini.

Ini bisnes – bukan hobi.

============================
Kaedah Saya Buat Bisnes Internet…
============================

Bagi saya, cara yang terbaik untuk memulakan bisnes Internet adalah dengan mendapatkan perhatian golongan sasaran. Kita
lupakan seketika apa yang kita nak jual, dan cuba kita fikir apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan perhatian.

Dari situ, kita akan bina satu mailing list ataupun komuniti Internet. Apabila kita sudah mendapat perhatian golongan sasaran kita, barulah kita boleh menjual apa sahaja yang mereka ingin beli. Dan kita boleh juga fikirkan keadah2 lain untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh… saya berikan web template percuma untuk membina mailing list saya. Kemudiannya barulah saya jual
web template yang berbayar, atau saya promosi produk orang lain (affiliate program) atau saya dapatkan iklan, dsb …
… iklan,
… affiliate program,
… e-book,
… bina produk

itu semua hanyalah cara menjana duit. Dan kita boleh gunakan SEMUA kaedah itu kalau kita telah mendapat perhatian
golongan sasaran kita.

Tapi bagaimana kita boleh dapatkan perhatian mereka?

Itulah dia PEMASARAN. Yang mana lebih penting? Buat duit atau pemasaran. Buat duit lebih senang kalau pemasaran kita betul.

Jadi fokus pemasaran dulu. Dapatkan perhatian golongan sasaran. Kemudian baru jana duit.

Inilah yang akan menjadi asas kepada kelas ini nanti. Dan tentulah sepanjang kelas saya akan ceritakan strategi2
tertentu dalam membina produk, mendapatkan lebih banyak jualan dsb.

=======================
Bagaimana Perjalanan Kelas…
=======================

Kalau awak rasa selesa dengan rancangan ini, saya nek jemput awak untuk sertai kelas mingguan saya.

Kelas pertama akan berlangsung pada 5 Januari 2008. Kan baik untuk memulakan tahun baru. Dan ianya akan berterusan selama
empat (4) minggu, setiap Sabtu, selama dua jam.

Kelas Pertama – 5 Januari 2008
Kelas Kedua – 12 Januari 2008
Kelas Ketiga – 19 Januari 2008
Kelas Keempat – 26 Januari 2008

Masa belum ditetapkan lagi. Tapi saya suka kalau kita boleh mulakan pukul 8 pagi (cadangan serius). Yealah, kalau ada apa-apa hal hari tu atau hujung minggu tu, selepas kelas, bolehlah kita pergi.

Tapi cadangan lain adalah pada pukul 4 petang.

Tempat… saya ada kawan yang ada pusat tusyen di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Besar kemungkinan, itulah tempat
kelas kita nanti.

Kalau boleh saya nak semua orang ada notebook sendiri. Bila datang kelas bawak notebook, kat kelas ada Wi-Fi, bolehlah
terus usahakan projek masing-masing.

Dari minggu ke minggu pun, senanglah kalau saya nak tengok perkembangan projek.

=======================================
BONUS: Rundingan Peribadi – 10 Orang Sahaja
=======================================

Ini adalah bonus untuk pelancaran kelas ini. Siapa cepat, dia dapat. Dan oleh sebab bonus ini memakan masa untuk saya berikan, saya terpaksa hadkan kepada 10 orang sahaja.

Sebelum kita mulakan kelas, saya akan berikan satu sesi satu jam untuk menganalisa, rundingan dan nasihat bagi projek yang anda akan laksanakan.

Kadang-kala ada idea yang bunyinya macam bernas, tapi tak boleh buat duit. Ada jugak yang boleh buat duit, tapi
terlalu berisiko tinggi. Ada jugak yang memerlukan modal yang terlalu besar…

Jadi di sini penting untuk saya ketahui apa projek yang awak nak buat. Kalau takde idea, saya pun ada beberapa idea yang awak boleh laksanakan.

Dan sesi ini akan kita lakukan dalam bulan Disember ini. Sesi ni boleh kita laksanakan di luar, melalui telefon atau melalui chat… saya tak kisah.

Mula kelas, kita boleh terus laksanakan projek…

==================
Kaedah Pembayaran…
==================

Orang datang seminar berharga RM800 ke RM2000. Itu pun hanya untuk sehari. Balik tak dapat apa2 pun. Lebih kecewa lagi
apabila kita mula sedar seminar tu hanyalah platform untuk speaker ni semua jual produk dia balik.

Masa dia cakap tu, macam terpukau. Rasanya macam kena sangat beli produk dia. Yealah, home study course yang bernilai
$10,000USD tu — boleh didapati dengan harga RM2999 sahaja!

Tapi balik rumah, tak tahu nak guna macam mana. Tak paham. Nak bertanya, takde tempat nak bertanya. Speaker tu dan
balik ke rumah di USA.

Saya paham masalah tu semua. Dan sebab tu saya buat kelas ni.

Buat kelas berminggu-minggu ni memerlukan lebih komitmen dari penganjur. Tiap-tiap minggu saya berikan homework. Dan
selang kelas, mungkin kita masih lagi berinteraksi kalau ada apa2 yang tak difahami.

Dan saya nak ingatkan — awak BUKAN datang belajar aje…

Awak datang membina bisnes baru! Bisnes yang berpotensi menjana beribu-ribu ringgit kemudian hari.

Jadi rasanya kalau saya kenakan harga RM3000 untuk keseluruhan kelas pun masih berbaloi. Bayangkan — sebuah
perniagaan Internet baru! Dan saya yakin, kelas ini adalah lebih baik daripada mana2 seminar yang ada di Malaysia ni.

Tapi saya tak mau ambil kesempatan atas kekecewaan anda. Dan sebab ini adalah kelas sulung, saya tak boleh mengenakan
harga macam tu.

Saya dah timbang dan fikir dari segi masa saya, komitmen, kos tempat, masalah peserta, dsb. Dan saya rasa RM450 adalah
harga terbaik untuk memulakan kelas ini.

Betul… empat ratus lima puluh ringgit sahaja.

Kemudian hari, kalau saya buat kelas ini lagi, saya jamin harga akan naik. Kerana selepas kelas ini, saya akan ada
bukti dan testimoni keberkesanan kelas ini.

Untuk membuat bayaran:
Email kepada:
kidino[at]moneyclicking[dot]net
dan letak kat subject “Kelas Internet Kidino

Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian…

ps – Baiklah, Kak G harap anda semua TIDAK MELEPASKAN PELUANG INI. Inilah peluang anda belajar tentang perniagaan dan pemasaran internet secara praktikal.

ps1 – Di Blog Internet Melayu, saya telah tulis beratus mungkin beribu posting mengenai cara berbisnes di internet, tetapi … READING ABOUT IT tidak sama dengan DOING IT.

So, jika anda dapat meluahkan hari Sabtu anda Januari nanti, pergilah menghadiri kelas internet ni.

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Motivasi InternetSeminar IMUncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (4)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Maizul MALAYSIA says:

    Bagus peluang ni Kak G. Rugi jugak kalau pergi seminar lepas tu balik takde apa pun. lebih teruk lagi kalau lupa yang yang telah di sampaikan. Lebih baik belajar cara ni kita sendiri buat baru tau dan lebih mudah faham.

  2. peluang berguru dengan pakar macam kidino tak boleh dilepaskan..Saya akan ke sana insyaAllah… :smile:

  3. JimieRay MALAYSIA says:

    Ishh3x… :shock: Kalau dekat dah tentu saya nak join sama. Syabas Kidino! Semuga berjaya.

  4. Kidino MALAYSIA says:

    Terima kasih untuk Kak G and those yang reply. Aku saje nak leave message ni kat sini. Kalau ada yang berminat call aku untuk confirm seat, etc …

    Kelas akan berjalan selama 4 minggu, setiap Sabtu dalam bulan Januari 08, dari 8 pagi (yes, that early) hingga 10 pagi.