ClickBank: Antara Cinta dan Benci: Apa Kata Anda?
Topik ni memang pernah saya kemukakan dan dengan kehadiran Tahun Baru 2008 dalam masa 15 hari lagi, saya sekali lagi tengah dalam dilema sama ada nak:
1.) Pergi ke Singapore dan buka alamat virtual office Singapore di sana.
2.) Buka US virtual address di USA2Me.
3.) Buat dekk je dan continue dengan cara biasa.
Masalahnya, saya dah buka akaun ClickBank semasa ‘kejadian aneh’ pada bulan Mei tahun ini, di mana tiba-tiba ClickBank dapat pula diakses oleh penduduk Malaysia. Baca kejadian aneh ClickBank Malaysia di sini: Kejadian ClickBank Malaysia
Email dari ClickBank tu pernah saya siarkan di sini: Email dari ClickBank kata Malaysians tak boleh join gak.
Yang buat saya terasa lak nak join ialah ada beberapa affiliate yang saya join bertahun dahulu dah berubah dari PayPal dan Paydotcom.com ke ClickBank. Jadi affiliate link yang saya promote untuk produk tertentu ada yang automatik berubah ke ClickBank.
Yang sedihnya, saya telah mendapat beratus dollar juga affiliate sales dari produk-produk tersebut tapi sebab akaun saya tu kira tak diiktirafkan kerana ia dibuat semasa kejadian aneh Clickbank hari tu, maka saya tak dapat apa-apalah walaupun kat akaun tu ada sales.
Memang ramai marketers Malaysia yang ada masalah ni. Yang peliknya, ada yang cuba buka akaun ClickBank melalui virtual officce dan berjaya. Tapi ada juga saya dengar bila mereka buka virtual office:
1.) Akaun ClickBank mereka kena ban atau ditutup.
2.) Mereka tidak dibayar walaupun buat sales.
Ada yang telah berkata hal clickBank ni macam main Russian Roulette, kalau nasib baik, akaun anda dapat hidup walaupun guna alamat virtual dan tak guna proxy masa surf akaun tu. Tapi ada juga yang nasib tak baik, dah ada virtual akaun dan guna proxy untuk akses akaun pun tetapi akaun tetap dibunuh (kena ban).
So, kak G perlukan nasihat anda … sebab hal ClickBank ni bagi saya macam antara “Cinta dan Benci” juga: Benci sebab mereka angkuh dan tak nak terima gak rakyat Malaysia walaupun PayPal dan eBay pun dah iktirafkan kita … Cinta? hmmm, sayang ‘to leave money on the table’ - bak kata omputih.
So, patutkah saya:
1.) Pergi ke Singapore dan buka alamat virtual office Singapore di sana.
2.) Buka US virtual address di USA2Me.
3.) Buat dekk je dan continue dengan cara biasa (huhu, selama ni pun dapat gak buat duit tanpa you-know-what).
Dan kalau ada sesiapa yang ada pengalaman dengan mana-mana virtual office di Singapore, bolehlah kasi komen juga …
Popularity: 16% [?]



























RajaAffiliate
| Dec 17, 2007 | Reply
Kak G, nak tak nak kena la gak pergi ke singapore buka virtual office kat sana…
but, depend gak kalau benci mengatasi cinta, baik lupakan je..
Galadriel
| Dec 17, 2007 | Reply
huhu … itulah.
Kak G ada beli PayDotClickBankAlert tu dan hakikatnya …
… byk produk kat Clickbank lebih baik berbanding dengan apa yang ditawarkan di PayDotcot.com.
Terutamanya dari segi NICHE. So bila bina niche sites, susah sikit nak cari produk untuk dipromote.
Dari segi IM pula, banyak produk-produk yang bagus ditawarkan melalui clickbank. Itulah yang buat saya rasa rugi lak.
Yelah, kat InternetMelayu.com ni, saya banyak promote produk tempatan.
Tapi kat website-website dan blog-blog saya yang lain, semua for international, so affiliate product yang dipromote limitedlah sebab takde Clickbank account ni.
Sukeri
| Dec 18, 2007 | Reply
Kalau nak ikutkan memang sakit hati dengan Clickbank ni, tapi produk kat sana memang banyak & menarik. Saya join guna virtual address USA2ME dan tak pernah guna proxy untuk akses akaun Clickbank.
Setakat ni tak ada masalah, dah ada ratus US$ juga kat dalam tapi tak pernah withdraw kerana belum buka akaun bank US. Tak tau apa akaun terbaik dan mudah dibuka sekaligus senang minta USA2ME bank in kan cek tu terus di sana dan kita pula boleh transfer duit tu ke akaun bank Malaysia atau keluarkan dari mesin ATM.
Kalau Kak G tau, nak minta cadangan pasal akaun bank US ni. Terima kasih.
fairuz
| Dec 18, 2007 | Reply
Option terbaik ialah kak G pegi singapore Buka akaun bank kat sna. saya sarankan akak gi http://www.smartvirtualoffice.com.sg/ apply akaun sana. hehehe saya rasa akak tau kot. Diorg dah setup semua termasuk paypal dan clickbank. Harga berpatutan.
Kalau kak nak buka akaun USA, x berbaloi. Byk perkara nak wat walau pun online. Leceh skit sbb authorities sna anti kita. Sma la dgn singapore, tp kita dgn singapore cam adik beradik, gaduh2 pun baik blik.
Kedua kalau buka pakai akaun singapore, x payah la nak isi Borang2 W8-Ben tuh dan money flow lebih cepat sbb semua cash cheque dan lelain akak leh control with ur finger tips. Lagi satu, bank akaun usa susah kalau jadi apa2, jauh jugak nak pegi setel.
Pasal akaun yg kena ban semua tuh, yang saya tau itu suma rumors. Ada yg kena ban sbb “play cheat” tp diorg ckp kena tutup tanpa sebab. Kalau sapa nak tau cara “play cheat” tuh leh ler contact saya. mmg lumayan tp nak watpe, rezeki tak berkat dan cepat kena ban.
Galadriel
| Dec 21, 2007 | Reply
huhu… memang nak ke Singapore lah nanti nampaknye.
Ni pun Kak G masih outstation … huhu … asyik travel je tahun ni. :p
Ishykiel
| Dec 22, 2007 | Reply
hi Kak G,
Saya Ishykiel dari Singapura. Saya terbaca post kak G dan baru tahu yang clickbank ni tak open service dorang pada orang Malaysia. Pada pendapat saya, dorang ni missing out on the huge potential kat Malaysia.
Bagus jugak idea Kak G nak bukak account kat Singapura. Once Kak G dah balik Malaysia dan perlu pertolongan apa-apa mengenai account di Singapura ni, contact je saya. Saya akan cuba membantu mana yang saya boleh.
Semoga usaha kak G dibalas Kejayaan.
-Ishykiel-
bianajla
| Jan 22, 2008 | Reply
Assalammualaikum.
Saya (newbie)nak tanya dari senior2 sekelian tentang cara2 nak buka USA2ME?. Mana nak dapatkan notary tu? Actually saya nak guna beli barang dan biz. Some company kat sana tak hantar p Malaysia. Selamat tak guna USA2ME? MINTA TUNJUK AJAR
safuan
| May 8, 2008 | Reply
Saya pun pernah bukak akaun kat Singapore sebanyak RM850/year, semata-mata nak join Clickbank. Menyesal!!
Takpelah, tapi sekarang nie saya dah register Clickbank account pakai alamat Malaysia pulak.
Sekarang nie dah try satu tools yg saya rasa sesuai utk track affiliate links yg paling ramai pengunjung. Dalam BI:
Instantly Identify, Manage & Track Your Highest Performing Affiliate Links Over Your Entire Wordpress Blog In Less Time Than It Takes To Pour A Glass Of Kool Aid AND Make More Money Doing So.