Seminar Google Adwords di MIRC, Wisma MCA Pada 3 Disember Nanti
Sebelum terlambat, saya nak bagi tahu kat pembaca Blog saya bahawa pada hari Isnin, 3 Disember 2007 akan diadakan Seminar
mengenai Google Advertising (Adwords) yang diadakan oleh Google Malaysia Country Consultant, Mr. Hanson Toh (yeah, the same guy yang berucap di gathering Webmaster Malaysia hari tu) dan juga bersama ExaBytes Network Sdn. Bhd. dan pihak dari MIRC (MCA ICT Resource Center).
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Seminar Adwords tersebut:
Tarikh: 3 Disember 2007.
Hari: Isnin
Masa: 1.30pm registration. Seminar: 2pm – 4.30pm
Tempoh: 2 1/2 jam.
Tempat: Seminar Hall, Level 12, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, Kuala Lumpur .
Yuran: Registration Fee RM20.
Tapi kalau anda pelanggan Exabytes.com.my - anda boleh masuk secara PERCUMA. Sila sediakan Exabytes Customer ID number anda semasa pendaftaran.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
MIRC Telefon: 03-2161 1618.
Atau anda boleh download borang pendaftaran di: PDF version dan dalam bentuk Microsoft Word.
Peserta yang berminat bolehlah submit borang pendaftaran anda melalui: EMAIL: registration@mirc.org.my atau FAX: 03-2161 3618.
Saya dah 2-3 kali juga menyertai seminar free dan seminar berbayar yang dianjurkan di MIRC so kalau anda sedang bercuti atau dapat half-day off dari kerja pada hari Isnin depan, bolehlah ke seminar tersebut sebab memang berbaloi.
Mr. Hanson Toh selalu bagi hadiah percuma dari Google pun bagi sesiapa yang dapat menjawab soalan-soalan beliau mengenai Google, so before ke seminar tersebut, baca-bacalah tentang latar-belakang Google - manalah tahu anda dapat menang t-shirt, buku nota atau pen yang ada lambang Google - (if you’re reading this Hanson, I really want a Google t-shirt …
)

Dan bagi menjawab persoalan pembaca setia Blog Internet Melayu, Encik Fairuz: jika anda hadir pada Seminar Adwords ni, biasanya (lah) anda akan diberi free voucher untuk Adwords.
Kali ni saya tak dapat menghadiri Seminar Adwords ni kerana sedang mengikut suami outstation di Sarawak. Tapi bagi anda yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor pada hari tersebut, bolehlah mendengar seminar tersebut.
Popularity: 22% [?]



























fairuz
| Nov 28, 2007 | Reply
Berita baik untuk saya. Saya mmg selalu tercari2 cara nak dapat brg free or cheap ( Business Minded ke nih?
)
Btw…saya selalu beli with legal utk elak masalah. Kalau jual beli adwords voucher is legal, i really wanted them. hehehehe kalau x legal…bahaya la….silap2…kena suspended plak. hehehe
Sayangnya saya duk jauh nun di UTARA. Malang betoi. hehehhe Fee 20 jer isk isk isk..apsal murah sgt. Saya akan cuba usahakan pergi kat sna. hehehehe
TQ kak G
admin
| Nov 28, 2007 | Reply
Fairuz,
Seminar dia 2 jam je so sebab tu hanya RM20. Kalo awak ada member / saudara duduk di KL, mungkin awak boleh minta mereka pergi ke seminar tu dan dapatkan voucher tu untuk awak, ke?
Kak G.
koibito
| Nov 29, 2007 | Reply
kat utara ke…fairuz
saya ni lagi jauh….nun Sabah di bawah bayu..
Mungkin admin boleh reviu sikit lepas selesai seminar tu kat blog…he he
sekadar kongsi ilmu pengetahuan
fairuz
| Nov 29, 2007 | Reply
isk2….x sangka…bijak idea Kak G. Saya tak terpk pon. hehehehehe kak G ni mcm tau2 jer saya cuma nakkan voucher tuh. hehehehe..kalau boleh saya nak gi sna sendiri. Sbb nak tau cara gunakan adwords. Kat google ader byk bahan…tp saya takut byk rumors. Misalnya…xleh guna dua voucher utk satu account addwords. kalau saya ada 3-4 voucher…fuh. Payah gak tuh. hehehehe…saya dah tempah cuti dlm diari saya. heheehhe harap2 dpt la pergi.
btw…kak, leh review web saya tak. komen apa yg patut. hehehetak siap lagi. lagi 2-3 hari dah nak lancar.
admin
| Nov 29, 2007 | Reply
hmm…
Lebih baik kalau Fairuz email kak G kat contact form. Private sikit. Kat sini macam open review lak … huhu …
admin
| Nov 29, 2007 | Reply
Koibito …
Saya sekarang outstation so saya tak dapat pergi dengar seminar tersebut.
Tapi saya pernah gak review seminar serupa … cuba tengok kat related posts …
fairuz
| Dec 5, 2007 | Reply
Adus….disebabkan tergopoh gapah…saya tak baca pasal kena isi borang tuh. Adoi…kesian kawan saya terpaksa pegi sna tp takleh masuk.
Rugi…rugi…Pengajaran: Baca info dgn teliti. heheehehe
Cuma dpt beberapa tips dari rakan2 yg hadir di sna pasal hypervre:tinyurl.com/yqelbc Tips boost up adsense dan paling best, benda ni free.