Perjumpaan Webmaster Malaysia dan Exabytes di Starbucks KLSentral
Pada hari Sabtu, 17 November, baru-baru ni saya telah menghadiri perjumpaan webmaster malaysia dan Exabytes di Starbucks, KLSentral dari jam 2:00 petang - 5:00 petang. Saya telah tiba agak lewat sikit, jam 2:30pm sebab Komuter yang saya naik delay 50 minit. :p
Bila saya sampai, agak ramai juga sudah berada di sana, dan hidangan makanan dan minuman juga disediakan:

Acara dimulakan dengan ucapan dari Exabytes dan juga ucapan dari saudaraLim CS.
huhu … saya akui, awal-awal saya tak dapat nak concentrate sangat dengan ucapan-ucapan yang diberi sebab sebelum tu penat berdiri tunggu komuter dan penat berdiri di dalam komuter … so saya rasa agak lapar … dan belum makan lunch lagi, so konsentrasi pada hidangan berhampiran …
Tetamu khas yang diundang termasuklah Mr. Hanson Toh, wakil Google Malaysia. Saya actually kenal beliau sebab pernah menghadiri seminar beliau di MIRC, Wisma MCA dulu. Selepas beliau berceramah, saya sempat berborak dengannya dan bertanyakan tentang soalan cepu emas … bila lagi nak ada Adsense/Adwords dalam bahasa Melayu?

Menurut Hanson, semua ni dalam perancangan Google, tetapi buat masa ni, ia lebih kepada mengemaskinikan Google Maps untuk menunjukkan peta kawasan-kawasan di Malaysia dan juga penggunaan Google Apps secara luas. Rupa-rupanya juga, kebanyakkan Google Search di Malaysia adalah adalam bahasa Inggeris, lebih 80%. Pencarian Google dalam bahasa Melayu tak sampai 10% di Malaysia sendiri. Maka sebab itulah belum ada lagi Google adsense dalam bahasa Melayu. Tapi dalam bahasa Indonesia dah ada sebab maybe mereka di sana lebih banyak search dalam bahasa Indonesia.
Okay, ceramah seterusnya adalah dari Encik Najib, mengenai Drupal Content Management System (CMS). Beliau membincangkan tentang penggunaan Drupal dalam pembinaan website, ciri-ciri khas pada Drupal, pembandingannya dengan Joonla dan website HTML biasa dan memberikan beberapa contoh ‘live’.

Ceramah seterusnya adalah dari sahabat saya, Gobala Krishnan, yang telah datang lambat kerana … komuter delay juga … :p

Dari gambar diatas, anda mungkin dapat nampak tangan kanan Mr. Gobala yang dah kena balut dengan bandage. Walaupun terkena injury, beliau tetap memberi ceramah yang penuh dengan tips-tips menjanakan pendapatan melalui pemasaran internet dan diselitkan dengan jokes sekali.

Sambil mendengar ucapan Gobala, saya sempat juga menjamu selera beberapa keping roti sandwich yang disponsor oleh Exabytes. Terima kasih kepada Exabytes!
Okay, kat bawah ni beberapa gambar lagi dari Perjumpaan Webmaster Malaysia dan Exabytes di Starbucks KLSentral:
Gobala Krishnan, Fayz Syokkahwin.com dan Zamri Nanyan.

LiewCF dan Gobala.

Pihak penganjur: Exabytes.com.my dan para tetamu …

Popularity: 30% [?]
Filed under: Grapevine, Guru Talk, Motivasi Internet, Seminar IM, Uncategorized











[...] Galadriel- A petite Malay lady. His blog entry about this event [...]
salam kak galadriel, camana la syam boleh terlupa nak amek gambar sekali aritu
Hi,
saw u at the gathering but didn’t get the chance to talk wif u, juz drop by to say hi
Hello Galadriel,
Thanks for attending this gathering!
saya teringin nak g tp exam la..
lagipun yg ada kat sana suma otai2 belaka..
segan lak nak mai..
slmt pth kak G,
seronok betul kalau dapat jumpa dengan otai2 ni…
hati nak gi gak tapi duk trgn…jauh lah juga tu…
kalau dekat mesti takleh lepas kan perluan ni…
han
Bestnya kalau boleh jadi webmaster.
Tapi saya tak pandai tulis dalam Bahasa Inggeris.
Buat blog dalam bahasa malaysia pun asyik tak jadi aje
[...] http://cheeaun.phoenity.com/weblog/2007/11/webmaster-gathering-kl.html http://www.internetmelayu.com/blog/2007/11/18/perjumpaan-webmaster-malaysia-dan-exabytes-di-starbuck... [...]
perjumpaan seperti ini patut diadakan dengan lebih kerap. mungkin dapat membantu mereka-mereka yang berminat untuk bekecimpung dalam bidang ini
[...] oleh Google Malaysia Country Consultant, Mr. Hanson Toh (yeah, the same guy yang berucap di gathering Webmaster Malaysia hari tu) dan juga bersama ExaBytes Network Sdn. Bhd. dan pihak dari MIRC (MCA ICT Resource [...]
Saya ada ambil video masa Gobala beri talk… Video ada kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=YjI44XN4g5M
Tidak semua kerja secara online memelukan anda menjual barang, mencari downline. Terdapat juga peluang menaja pendapatan di internet dengan blog, website sahaja. Konsep ini amat mudah dan tidak memerlukan modal serta boleh di mulakan dengan serta merta.