Review Panduan Mudah FTP dari Zul Smartusaha
Hari ni saya nak review ebook Panduan Mudah FTP yang baru dilancarkan oleh saudara Zul Smartusaha semalam.
Semua link kepada Panduan Mudah FTP yang saya beri di dalam posting kali ni BUKAN affiliate link saya tapi link direct ke website saudara Zul.
Untuk harga RM20 dengan panduan 80 mukasurat berserta gambar dan gambarajah, saya rasa Zul telah menjual panduan ini dengan harga yang terlalu murah dan oleh itu, saya rasa memang dia patut get all the credit, especially since dia kasi 100% komisyen kepada pembeli ebook terbarunya.
Maka, jika anda belum lagi membacanya, sila dapatkan di sini:
Website Cara Mudah FTP
(once again, NOT an affiliate link - heheh, Zul … awak belanja Kak G kopitiam je bila Zul turun KL …)
Okay, mari teruskan review. Bila anda dah download awak akan dapat:

Ye, buka dan baca dokumen ini dulu: Baca Ini Dahulu.txt
Ebook Panduan Mudah FTP terletak dalam folder Bahan Pelajaran. Ebook ini mengandungi 80 mukasurat. Bahagian pertama menceritakan Asas Internet termasuk cara HTML berfungsi. Bahagian kedua pula mendalami topik nama domain dan hosting. Tips juga dibri mengenai pemilihan nama domain dan hosting.
Bahagian ketiga pula mengenai FTP, perisian untuk FTP dan sebagainya. Bahagian ini agak terperinci dan setiap langkah disertakan dengan gambar screenshot bagi memastikan sesiapa saja dapat FTP dengan baik. Bagi pihak newbies yang masih confuse lagi dengan cara nak FTP file ke server anda, ebook ini amat bagus untuk dibaca.
Bahagian seterusnya memberikan tutorial yang anda boleh cuba bagi mengukuhkan lagi pemahaman anda tentang FTP. Tips-tips juga diberi pada bahagian ini, tapi saya tak nak bercerita panjang, anda kena baca sendirilah …
Oh ye, file-file lain di dalam pakej Panduan Mudah FTP adalah bagi membolehkan anda menjual-semula Ebook Panduan Mudah FTP. Zul telah menyediakan step-by-step instructions yang mudah diikuti bagi membolehkan anda menjual ebook ini kembali melalui sistem pembayaran Maybank2U.
Konsep Zul ini serupa dengan konsep $7 dollar websites, cuma ia menggunakan Ringgit Malaysia dan Maybank2U. Bagi Kak G, ini adalah perkembangan yang menarik kerana setakat ni belum ada lagi yang mencuba konsep $7 ala-Malaysia.
So, walaupun anda dah tahu cara nak FTP, anda boleh juga dapatkan Pakej Panduan Mudah FTP bagi mengetahui ‘enjin’ disebalik konsep Zul ni. Panduan Sistem EMS dan skrip yang disertakan bernilai lebih dari harga RM20 pakej ini. In fact, kalau saya lah, saya mungkin menjual sistem ini berasingan … kerana ia amat mudah digunakan dan efektif.
Okaylah, itulah review saya mengenai Pakej Panduan Mudah FTP. Ye, memang takde affiliate link pun kali ni.
Terima kasih kerana membaca: Review Panduan Mudah FTP.
Popularity: 19% [?]

























on 


smartzul
| Nov 17, 2007 | Reply
Kak G, dah test tak sistem tu? Hmm, kenapa tak guna lik kak G jer. No problem lah tak letak link web saya pun. Review next time (kalau ada lah), kak G review lah pulak pasal sistem tu. Mudah ke tak.
Ok Kak G, terima kasih banyak-banyak. Tgklah nanti bila saya turun KL.
SyedHafidz
| Nov 17, 2007 | Reply
saya setuju ngan kak G,
saya tak penah terfikri nak gunakan sistem camni utk perniagaan internet..
apa yg boleh saya katakan, memang sistem yang digunakan memudahkan..
saya dapatset up dalam masa yang tak sampai sejam je..