Peranan Social Networking Sites dalam Pemasaran Internet
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membeli IMNichePack. Bagi yang belum mendapatkannya, bolehlah membelinya di sini:
www.internetmelayu.com/imnichepack
Okay, atas permintaan ramai, saya akan post mengenai peranan social networking sites dalam pemasaran internet.
Apakah social networking sites?
Maksud istilah ‘Social Networking Sites’:
- Laman web yang menyediakan servis jaringan sosial bagi membolehkan pengguna-penggunanya saling berhubung dan berkongsi aktiviti, minat dan pandangan melalui komuniti alam maya (cyber communities).
Biasanya, social networking sites digunakan untuk berkenalan, berhubung dengan rakan-rakan, rakan sekerja dan saudara-mara, berhubung dengan mereka yang mempunyai minat yang sama atau dari persatuan yang sama dan lain-lain.
Di sini, saya nak jelaskan straight to the point:
Sebagai seorang internet marketer (pemasar internet), social networking sites sebaik-baiknya digunakan khusus untuk aktiviti perniagaan dan pemasaran internet.
Maka, jika anda dah ada personal account dengan Myspace, Friendster, Facebook, Youtube dan sebagainya, buka akaun BARU khas untuk bisnes internet anda.
Tips untuk mempromosikan perniagaan internet anda di Social Networking Sites:
1.) Baca dulu Terms of Services dan syarat-syarat penyertaan, terutamanya tentang pengiklanan dan spamming. Pastikan anda faham agar tak kena BAN.
2.) Daftar sebagai nama perniagaan atau nama website anda jika sebelum ni, anda menggunakan nama anda untuk personal networking. Jika perlu daftar atas nama anda juga, anda perlu ubahsuai webpage anda supaya kelihatan lebih professional (tengok no. 4).
3.) Gunakan akaun baru hanya untuk perniagaan internet anda, bukan untuk berkenal-kenalan, bercinta dan sebagainya.
4.) Jaga ruangan mesej / wall anda supaya tidak dipenuhi mesej, video atau gambar-gambar yang tidak berkaitan. Delete semua yang tak berkenaan.
5.) Ubah profile agar nampak lebih professional. Jangan letak benda yang tidak berkenaan dengan bisnes internet anda seperti gambar makcik anda, gambar perkahwinan, video penyanyi, etc.
6.) Letak URL website anda dan terangkan serba-sedikit tentang perniagaan internet anda. Jangan terlalu ‘hype’ sangat tapi biarlah menarik minat orang ramai untuk klik ke website anda.
7.) Jika anda ada produk sendiri, seperti ebook atau software, letakkan gambarnya (kecil je! jangan besar-besar), tapi tuliskan review yang tak HYPEY sangat. Jangan lupa letak link ke website jualan anda. Ingat syarat-syarat pengiklanan pada Social Networking Sites yang anda sertai.
8.) Sebarkan URL social networking sites anda di bisnes kad, forum signature dan email signature. Jangan SPAM!
9.) Gunakan ruangan mesej / profile untuk meletakkan berita terkini tentang product launch anda atau update pada blog / website anda.
10.) Anda boleh letakkan video yang mempromosikan produk terkini anda.
11.) Pastikan webpage pada social networking sites yang anda bina tu LOADING LAJU. Elakkan grafik berlebihan, GIF bergerak-gerak atau muzik/video yang tiba-tiba terpasang bila pelawat mengunjunginya profile anda.
12.) Jika dibenarkan, letakkan opt-in form anda pada main page. Kalau tak dibenarkan, letakkan link ke FREE REPORT.
13.) Gunakan webpage pada social networking sites and untuk berhubung dengan pelanggan dan bakal pelanggan.
14.) Keep it SIMPLE, keep it REAL.
Social Networking Sites yang Bagus untuk Pemasaran Internet :
1.) Facebook.com
2.) Youtube.com – letak video produk, video tentang website, video tutorial.
3.) Stumbleupon
4.) Tagged
5.) Twitter
- ada banyak lagi dan anda boleh dapatkan list dari sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_social_networking_websites
Nanti saya akan tulis tentang penggunaan video untuk pemasaran internet.
Popularity: 18% [?]
Filed Under: Social Networking Sites • Tips Bisnes Internet • Uncategorized






on
on
Terima kasih kak coz berkonsi artikel yang menarik..
Saya pernah gak terfikir nak letakkan produk saya pada akaun frenster..
tapi, bila fikir balik, akaun 2 utk saya bersembang2 ngan mmber jek..
nak kene wat akaun khas baru utk bsns la ek..
artikel yg menarik dan berguna utk tujuan promosi produk yg sy jual….thanks
Terma kasih.
Artikel ni atas permintaan ramai so harap anda semua berpuas hati.
bagus info dari artikel ini. diharapkan lebih ramai internet marketer dapat mengaplikasikan tips-tips ini untuk memantapkan perniagaan mereka
slmt ptg kak G,
social networking memang ramai yang guna…
tapi ramai yang tak mafaatkan ia…
kebanyakkan hanya guna untuk sekadar bersosial…
bahkan kalau kena dengan cara, boleh dapat income yang baik tu…
tapi jangan salah guna pula sampai kena ban…
han
Kak G, Thanks atas info yg berguna ini. Saya dah guna kat myspace . Ramai juga pengunjung ke blog saya datang dari myspace saya. Memang nampak berkesan. Bila baca info Kak G ni nampaknya nak kena upgrate sikit lagi myspace saya.
Thanks sekali lagi kak G.
http://www.myspace.com/jimieray
Mmg bagus idea kak G ni. Lama x melawat sni. saya mmg tgh pk nak buat business profile, sbb mr kevin grimes pnh lecturer pasal ni dlm e-book dia. Tp time tu tak terpk nak guna benda nih lagi sbb masih “newbie”. Korang leh guna ni sma mcm business brochure. hehehe
Boleh guna utk promote produk baru saya. hehehehe…
Keep in minds, nothing came cheap. hehehe..pelaburan yg sedikit, pasti berguna utk anda. hehehe