RSS

Blog Action Day Untuk Hijaukan Blog Anda

October 16, 2007 | admin | Comments 6

15 Oktober 2007, semalam, merupakan Blog Action Day di mana semua bloggers digalakkan untuk prihatin terhadap alam sekitar dan menhijaukan persekitaran anda, dengan tidak membazirkan elektrik, air dan tidak melakukan pencemaran terhadap persekitaran anda.

Bloggers Unite - Blog Action Day

Jika anda tengah bekerja di hadapan PC atau laptop, pastikan:

1.) Elektrik tidak dibazirkan. Tutup lampu, TV, radio atau alat elektrik dan kipas atau aircond pada bilik yang tiada penghuni.
2.) Pastikan paip air di dapur dan bilik air ditutup dengan kemas.

Dengan tindakan yang nampak tak seberapa ini, anda akan ‘membantu’ alam semulajadi selain menjimatkan wang.

Oh ye, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Fairuz, salah seorang pembaca setia Blog Internet Melayu, kerana berjaya mengatasi masalah PayPal ‘limited access’ beliau.

Walaupun PayPal kadangkala memenatkan dan memeningkan kepala kita dengan peraturan-peraturannya, kita perlu bersabar kerana kita memang memerlukan perkhidmatan payment processor mereka.

Hari ni saya juga rasa gembira kerana salah satu niche website saya telah membuat sales pertama. Ia bukanlah website yang saya promote pun di mana-mana, cuma melalui SEO dan article marketing je, maka saya rasa gembira.

Pada anda yang ingin memulakan niche site:
1.) Mulakan kajian niche anda. Pastikan ada permintaan.
2.) Tuliskan ebook / report anda.
3.) Tuliskan salesletter untuk promosikan ebook / report anda.
4.) Promosikan melalui SEO, article marketing, blogging.
5.) Pastikan anda menyediakan a great customer service!

Okaylah, pada mereka yang masih lagi bercuti, selamat bercuti dan drive baik-baik di jalanraya. Bagi mereka yang sudah bekerja kembali, selamat bekerja dan samalah kita … start bekerja hari ni …
:mrgreen:

Galadriel.

Popularity: 19% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: GrapevineMotivasi InternetTentang NicheUncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (6)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Maizul MALAYSIA says:

    Macam mana boleh terjadi limited access tu ye kak G?

  2. Galadriel MALAYSIA says:

    huhu … Maizul,

    Limited access tu boleh terjadi bila-bila, especially kalo:

    1.) Ada transaksi luar biasa, seperti tiba-tiba akaun kita masuk wang paypal dengan banyak pada masa yang singkat …

    - that’s why kalo Guru-guru buat launch besar, mereka email dulu paypal cakap diorang tgh buat launch besar-besaran, sebab takut kena limited access.

    2.) Kita membeli kerap sangat dgn PayPal, seperti dalam satu hari beli 10 ebook, 5 software dan pada harga mahal-mahal.

    3.) Mereka curiga dgn kad debit / kredit kita. Maybe sebab first time guna dah pakai untuk withdraw wang yang banyak ataupun beli benda yang mahal.

    InsyaAllah kita dijauhkan dari angkara limited access.

  3. mariam MALAYSIA says:

    ASSALAMUALIKUM & SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

    Hari ni baru masuk office lepas cuti raya. Tiap kali lepas cuti panjang, semangat nak memperbaiki diri ketahap yg lebih maju sentiasa berkobar2. Bila baca bab niche ni pun minda mula membuka ruang untuk berfikir dengan lebih jauh mengenainya.

    Tadi baru baca e-mail dari namecheap.com. Fees dah adjusted. Harga baru!

  4. Galadriel MALAYSIA says:

    W’salam Kak Yam!

    Sure sibuk Kak Yam dah start kerja,kan? :mrgreen:

    Yeah, memang namecheap dah naik sikitlah tapi to be expected sebab Domain provider lain pun dah naik harga.

    Yang penting support dari mereka tetap baik dan harga takdelah naik tinggi mendadak.

  5. fairuz MALAYSIA says:

    Terima kasih kak G. Lega rasa, paypal dah release semua open cases dan akaun saya dah boleh guna mcm biasa. Cuma masih under provation dan saya disarankan memohon “Paypal Security Key” untuk mengelakkan masalah “Limited Access” berulang.

    Saya masih kurang jelas dengan implikasi yang akan datang jika saya menggunakan security key ini.

    Kepada IM yang baru seperti saya, jangan berputus asa. Saya sendiri hampir berputus asa. Kuatkan semangat anda , jujur dalam perniagaan dan bijak menyelesaikan masalah. InsyaAllah, segala rintangan anda dapat selesaikan. Terima kasih sekali lagi KAK G.

  6. Galadriel MALAYSIA says:

    No problem, Fairuz.

    Teruskan usaha dan semoga usaha tersebut diberkati dan berjaya!

    Kak G.