RSS
October 05, 2007 | admin | Comments 15

Withdraw PayPal: Kad-Kad Debit dan Kad American Express di Malaysia

Posting kali ni, saya akan ceritakan tentang kad-kad di Malaysia yang ada logo Visa dan American Express. Ramai diantara kawan-kawan telah bertanyakan tentang kad Debit Public Bank, Kad American Express dan Kad Debit Al-Rajhi, maka saya akan cuba terangkan serba-sedikit tentang mana nak dapat kad-kad tersebut.

Peringatan: Maklumat yang disampaikan adalah general information. Anda diminta agar merujuk kepada bank-bank anda bagi pertanyaan yang lebih mendalam. :)

Kad Debit Public Bank Visa Electron

Nak apply atau maklumat lanjut, sila rujuk kepada website Public Bank:
http://www.publicbank.com.my/en/en_content/personal/cards/visa_elt.html

Branch Public Bank di Malaysia: http://www.publicbank.com.my/en/en_content/info/branches.html

Nota:
1.) Boleh apply online. Boleh juga walk-in di branch Public Bank untuk apply.
2.) Jenis kad: Kad Debit
3.) Yuran = RM24/setahun
4.) Syarat usia: 18 tahun keatas.
5.) Jangan lupa apply untuk PBeBank (electronic banking) supaya anda boleh check akaun anda di internet:
Public Bank eBank
6.) Maklumat lanjut (dalam bentuk PDF):
Public Bank Debit Card Information

Kad American Express

http://www.maybank2u.com.my/consumer/online_cards/amex_green.shtml

Nota:
1.) contoh diberi diperkenalkan oleh Maybank Berhad.
2.) Kad American Express ini adalah sebuah kad kredit.
3.) Yuran = RM140/setahun.
4.) Syarat usia: 21 tahun keatas.
5.) Syarat gaji: Pendapatan minima RM24,000 setahun (atau gaji RM2000 keatas sebulan).
6.) Maklumat lanjut (dalam bentuk PDF): American Express Personal Card Application

Kad Debit Al-Rajhi

Nota:
1.) Boleh apply di cawangan bank-bank Al-Rajhi: Lokasi Cawangan Bank Al-Rajhi.
2.) Jenis kad: kad debit.
3.) Syarat usia: 18 tahun keatas.
4.) Syarat-syarat Kad Debit Bank Al-Rajhi: Baca di sini.

Rumusan:
Untuk tujuan pengeluaran PayPal, anda digalakkan menggunakan Kad Debit Public Bank dan Kad Debit Al-Rajhi kerana yuran tahunan yang lebih murah dan syarat-syarat yang tidak terlalu ketat.

Update: AMARAN PENTING:

1.) Ada diantara sahabat kita telah terkena ‘limited access’ atau akaun PayPal mereka kena ‘freeze’ apabila menggunakan kad debit baru untuk withdraw duit PayPal.

2.) Paypal ‘Limited access’ bermaksud akaun PayPal anda dibekukan, iaitu mengakibatkan anda tidak dibenarkan melakukan transaksi dengan PayPal, anda tidak boleh membeli barangan dengan PayPal, anda tidak boleh menjual barangan dengan PayPal, tidak dibenarkan memberi & menderma wang kepada orang lain atau menerima wang dari orang lain.

3.) Sebab-sebab akaun PayPal anda terkena ‘limited access’:
- kad baru digunakan untuk pembelian yang mahal, tanpa transaksi lain (yang lebih kecil) sebelum itu.
- kad baru digunakan untuk mengeluarkan wang (terutama jumlah yang besar), tanpa ada apa-apa transaksi lain sebelum itu.
- akaun PayPal anda / kad anda suspected terlibat atau dikaitkan dengan scam / fraud.
- kad telah digunakan untuk membeli barang dengan terlalu kerap.
- maklumat pada kad anda tidak lengkap.
- sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan PayPal sangsi dengan akaun anda.

4.) Cara mengembalikan akaun PayPal yang terkena ‘limited access’:
- Ikut segala arahan PayPal seperti permintaan bank statement, bukti alamat rumah dan sebagainya.
- nak cepat, fax bukti-bukti tersebut pada nombor fax PayPal.
- jangan lupa untuk include FAX COVER yang disediakan oleh PayPal semasa anda terkena ‘limited access’. Print FAX Cover tersebut dari akaun PayPal anda dan fax sekali dengan butiran-butiran lain.
- anda mungkin terpaksa menunggu diantara 2-4 minggu untuk mengembalikan semula akaun PayPal anda.
- pastikan dalam masa tersebut, anda membuang semua PayPal button dari website, blog atau forum anda. Gantikan dengan payment processor lain seperti 2CheckOut.com sementara menunggu akaun anda diproses.

Update 10/10/2007
Hafiz dari MalaysiaPal ada menyediakan panduan PERCUMA cara nak VERIFY PAYPAL di sini:
Website MalaysiaPal.

Current Mood:Cool emoticon Cool

Popularity: 36% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Tentang PayPalTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 14  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. Kak Galadriel,

    cube check forum WC. Syed ada tulis pengalaman die apply debit card Al Rajhi Bank. kalau tak silap sy amik masa 15 minit je utk siap dan terus boleh guna.

    :grin:

  2. Terima kasih Asmuii,

    Kak G dah update informasi.

    Selamat berpuasa.

  3. Kenapa saya call Al-Rajhi bank dia cakap tak boleh buat transaksi melalui PayPal? betul ke ada yang dah success? mungkin aktifkan PayPal boleh kot..tapi nak keluarkan tak boleh? kalau ada sesiapa yang pakai kad debit Al-Rajhi harap boleh explain sikit…

    p/s: member saya pakai kad debit Al-Rajhi jugak..dia cakap nak aktifkan PayPal pun tak boleh

  4. Penerangan yang lengkap nih…
    Cuma ada sikit tak paham,
    apa maksudnya yer “kad telah digunakan untuk membeli barang dengan terlalu kerap”?
    Lepas tu, kalau transaksi offline seperti isi minyak ke kira transaksi jugak ke?

  5. Assalamualaikum,
    Maaf lambat balas, semalam sibuk dengan urusan luar.

    Azahari,
    Kak G tak pernah gunakan Al-Rajhi untuk verify PayPal. So saya tak pasti kenapa member awak tak dapat nak verify guna Al-Rajhi.

    Maybe sebab ia bank baru ke? Bank tu baru lagi kat Mesia.
    Kalau saya ada masa, selepas raya, saya akan cuba apply Kad Al-Rajhi.

    Kat forum WangCyber, Syed yang berjaya gunakan kad Al-Rajhi untuk withdraw PayPal tapi lepas tu, dengarnya, akaun dia kena limited access.

    Maybe sebab kad masih baru?

    Dulu tu saya guna kad Debit Public Bank untuk verify. Takde problem kecuali ada tiem tu saya kena unlimited access tu.

    So kalau macam tu, saya rasa maybe just guna Public Bank debit je dulu.

  6. Lutfee,

    Maksud ‘kad telah digunakan untuk membeli barangan terlalu kerap’ ialah bila selepas buat purchase online, tiba-tiba awak terus beli lagi dari website lain, then beli lagi dari website lain, secara bertubi-tubi.

    Sebaik-baiknya bagi masa sebelum buat pembelian online, bukan beli 10 produk online sekaligus dalam masa yang singkat.

    For Kak G, saya hadkan paling banyak pun beli 2 produk dalam sehari, tapi selalu saya beli 1-2 dalam sebulan je guna PayPal …

    Transaksi yang PayPal ambil kira hanyalah yang melibatkan akaun PayPal je. Kalo awak login ke akaun PayPal awak, cuba tengok pada bahagian HISTORY pembelian dan jualan. Di situ awak boleh nampak semua urusan menggunakan PayPal dan urusan itulah yang PayPal ambil kira.

    Kalau dia tengok sebelum ni takde transaksi jual-beli sangat (misalnya awak hanya beli ebook sekali sebulan), dan tiba-tiba ada pembelian yang amat kerap (misalnya beli 10 ebooks dalam masa 1 jam), mesti PayPal akan curiga dan mereka akan limit access akaun awak.

    Harap awak faham penjelasan kak G.

  7. Mengenai debit card Al Rajhi, buat masa ini pembelian sebarang website yang menggunakan method “Paypal” tidak boleh dilakukan atas sebab2 keselamatan, cth web amazon dan lain2. Bila sy call customer service cakap mcm tuh tp maybe dlm hujung tahun nih dah boleh. Utk transaksi online yg normal menggunakan debit secara terus boleh dilakukan.

    Withdrawal Paypal memang confirm boleh!

  8. :neutral:
    Pengalaman ayah saya menggunakan debit card ar-rahji, memang cepat dan senang digunakan.

    tapi bila nak beli xlehla, just leh guna untuk withdraw je..
    huhuhuhu

  9. adoi.. aku x leh nak verified pakai ar rajhi punya debit card..adakah sebab kad tuh baru.. atau salah information atau memang x leh… dah apply pb debit card.. satu bulan haram x dak apa2 reply.. nak cashout duit nih.. ada sapa2 leh nolong x ?

  10. Encik Baihaqi,

    Boleh email saya? Ada kat contact me page tu.

    Paling kurang pun, saya beli paypal awak, okay? :wink:

  11. slm.blh tak bg atu secara detail bagaimana nak keluarkan duit dari akaun apaypal.blh htr ke email sy.dh bnk duit dlm paypal sy ni

  12. hello..
    anyone..??
    saya student kolej tgh buat research pasal kad debit..
    saya nak tau latar belakang kad debit, bile dia keluar, bank mane tawarkan..sejak bile masuk pasaran malaysia..

  13. iekawicka,

    saya rasa cara terbaik ialah untuk awak pergi sendiri ke bank-bank tempatan seperti maybank, cimb, public bank, ambank, rhb bank, al-rajhi dan sebagainya dan tanyakan sendiri pada pegawai bank.

    kalau awak sediakan surat dari kolej dan bukti awak tengah buat kajian untuk kolej, saya rasa mereka akan membantu awak.

    Setakat ni saya tahu bank yang tawarkan kad debit ialah public bank, ambank next G dan al-rajhi bank.

    Yang lain saya tak pasti kalau ada tawarkan atau akan tawarkan.

  14. salam saya masih baru dalam dunia internet.. saya ada beberapa persoalan.. adakah kita perlu mengemukakan bukti alamat rumah dan lain-lain kepada kepada paypal?cth ic, lesen dsb. Dan lagi1 bolehkah menggunakan kad tunemoney untuk verify paypal…

    kerjasama pertolongan saudara/i sekalian adalah di harapkan

    KUHA :D

Trackbacks: 1  |  Trackback URL

  1. From Blog Internet Melayu|Pemasaran Internet » Masalah Paypal dan Kad Debit Visa Maybank UNITED STATES on Apr 20, 2008

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: