RSS
September 30, 2007 | admin | Comments 42

Malaysians Dah Boleh Withdraw PayPal ke Kad Debit / Kredit

Pagi tadi saya menerima email dari sahabat saya Matt Ng tentang Paypal membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang Paypal mereka melalui kad debit atau kad kredit. Berita ini telah didapati oleh Matt dari Mohd Amirol yang juga telah menulis tentang perkara ini di blognya.

Dibawah adalah screenshot pada PayPal yang menyatakan, “… negara yang bertanda dengan (simbol palang) … boleh mengeluarkan wang melalui kad debit, kad kredit atau kad prepaid …”

Malaysia PayPal

Ini adalah berita yang baik untuk kita kerana:

1.) Ia bermakna PayPal mengiktirafkan money withdrawal ke bank-bank tempatan (melalui kad kredit/debit/prepaid).

2.) Kita tidak perlu lagi menggunakan kad-kad ‘luar’ untuk mengeluarkan wang paypal.

3.) Transaksi perniagaan internet dan lelongan ebay dapat dilaksanakan dengan mudah melalui PayPal tanpa perlu fikir bagaimana nak mengeluarkan wang.

4.) Kita tidak perlu lagi menjual wang PayPal kepada orang lain untuk menukar wang PayPal ke Ringgit Malaysia.

Dibawah adalah maklumat lanjut dari website PayPal dengan terjemahannya sekali:

Withdrawing Funds to Your Card
Mengeluarkan wang melalui akaun PayPal anda.

You can withdraw funds from your PayPal account to any credit, debit, or prepaid card with a Visa or MasterCard logo.
Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun PayPal anda kepada mana-mana kad kredit, debit atau kad prepaid yang mempunyai logo Visa atau MasterCard American Express.

Funds Availability
PayPal completes this transfer in 5-7 days, but your card issuer’s policies may affect the processing time.
Pengalihan wang (transfer) dari PayPal akan mengambil tempoh antara 5-7 hari, tetapi polisi pengeluar kad anda mungkin akan mempengaruhi masa pemprosesan.

Withdrawal Limits
There is a minimum and maximum amount that you can withdraw to your card. To see the minimum withdrawal amount, click Fees at the bottom of any page. To see the maximum withdrawal amount, click View Limits on the Account Overview page.
Ada had minimum dan maksimum yang anda boleh keluarkan kepada kad anda. Untuk melihat had pengeluaran minimum, sila klik Fees dibawah mana-mana webpage. Untuk melihat had maksimum pengeluaran, sila klik View Limits pada webpage Account Overview.

Note:
If you are withdrawing to a prepaid card, the amount that you can withdraw might be different from your PayPal account withdrawal limit. For more information, contact your card issuer.
Jika anda mengeluarkan wang kepada kad prepaid, jumlah yang anda boleh keluarkan mungkin berlainan dari limit pengeluaran akaun PayPal. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengeluar kad (prepaid) anda.

Fees
PayPal charges a fee for withdrawals to your card. Currency conversion fees may also apply. If the information in your withdrawal request is incomplete or incorrect, PayPal will charge a return fee. For more information, click Fees at the bottom of any page.
PayPal mengenakan yuran untuk pengeluaran ke kad anda. Yuan penukaran matawang mungkin dikenakan. Jika maklumat pada permintaan pengeluaran anda tidak lengkap atau salah, PayPal akan mengenakan return fee (US$10). Untuk maklumat lanjut, sila klik Fees dibawah mana-mana webpage.

Rumusan:

Pada masa ini:
Withdrawal Fee: US$5
Return Fee: US$10
Pengeluaran minimum: US$10

Ini bermakna:

1.) Withdrawal fee: Anda dikenakan bayaran US$5 setiap kali mengeluarkan PayPal ke kad debit/kredit anda. Jika anda ada kurang dari US$20 di dalam PayPal, agak tidak berbaloi untuk keluarkan wang tersebut.

2.) Return fee: Jika anda tersalah taip atau maklumat pengeluaran tidak lengkap (ataupun kad dah expired, etc), anda akan dikenakan yuran US$10. Sekali lagi tidak berbaloi kalau anda mempunyai baki kurang dari US$20 kerana jika tersilap atau tak lengkap, anda akan kehilangan US$10.

3.) Minimum Withdrawal: Adalah sebanyak US$10. Jika baki PayPal anda adalah HANYA US$10, janganlah withdraw ke kad kredit/debit anda, kerana kalau tersilap atau maklumat tak lengkap, baki PayPal anda akan jatuh ke US$kosong (kerana tolak return fee US$10).
Lagipun, kalau baki hanya US$10, tolak yuran pemprosesan US$5, maka wang anda hanyalah US$5 atau kurang (kalau ditolak caj-caj bank anda, caj-caj kad, caj transaksi penukaran mata wang asing ke ringgit).

Jika anda belum lagi mempunyai akaun PayPal,
bolehlah daftar PayPal di sini.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

ps - Diharap selepas ni, menyusul pula Google dan Clickbank. :mrgreen:

Update: Gambarajah dibawah adalah bagi memudahkan anda fahami apa akan berlaku:

Nota: Saya telah mengubah masa untuk pemprosesan bank dari 0 - 1 hari ke 0 -7 hari kerana di website PayPal sendiri ada menyatakan bahawa masa pemprosesan untuk transfer wang mungkin bertambah kerana bank anda mungkin akan mengambil masa untuk memproses transfer tersebut.

Disclaimer:
InternetMelayu.com, its owners and webmasters are not liable for any loss or loss of profit from the use of our information. The content of our website and web blog is for general use only and does not constitute any legal, financial or banking advice. You are to seek the relevant financial institutions for a more thorough advice regarding any legal, financial or banking issues.

Anda dinasihat agar merujuk kepada bank yang mengeluarkan kad debit / kad kredit anda bagi mengetahui berapa lama mereka akan memproseskan transfer wang yang diterima dari PayPal. Sila tanya pada bank pengeluar kad debit / kredit anda bagi mengetahui caj-caj yang dikenakan bagi penukaran mata wang asing, caj transfer dan lain-lain caj yang dikenakan oleh bank anda.

:shock:

Popularity: 55% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Glossari Istilah InternetGrapevineTentang PayPalTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 40  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. Baguslah kalau dah boleh.. senang sikit nak bisnes guna kredit kad nih.
    Tapi maksud pengeluaran tu macamana? Adakah kena transfer dulu dari paypal ke akaun kredit kad tersebut? tak berapa paham lah.. ada sesiapa boleh terangkan?

  2. Maksud pengeluaran = withdrawal dari akaun PayPal ke kad kredit / debit.

    Steps:

    1.) Katakan anda ada US$100 dalam PayPal dan ingin mengeluarkan (withdraw) wang tersebut untuk menjadi wang tunai.

    2.) Anda masukkan detail kad debit / kredit anda pada akaun PayPal anda. Pastikan kad anda sah dan sudah verified.

    3.) Anda memang kena transfer dululah duit dari PayPal ke akaun kad debit / kredit anda. Tapi ni berlaku dalam masa 5-7 hari (seperti saya terangkan diatas). Dan caj US$5 itu adalah caj pemprosesan untuk transfer tersebut.

    4.) Dalam masa 5-7 hari, wang akan dimasukkan dari akaun PayPal anda ke akaun kad debit / kredit anda.

    3.) Anda boleh gunakan kad debit / kredit tersebut untuk keluarkan wang yang dah di transfer melalui ATM.

    Disebabkan perkara ni masih baru lagi, harus diberi masa dan tanyalah bank yang mengeluarkan kad debit / kredit bagi proses transfer tersebut, termasuk caj-caj yang mungkin timbul.

    Harap dah jelas penerangannya.

    ps - transfer dari PayPal ke kad debit / kredit akan mengambil hampir seminggu kerana akan ambil kira baki dalam akaun PayPal anda, proses penukaran matawang, verifikasi kad untuk elakkan fraud dan scam dan lain-lain hal.

    ps2 - Also kena ambil kira untuk bank yang keluarkan kad debit / kredit anda untuk proseskan transfer tersebut, termasuk pengiraan caj-caj extra yang mungkin dikenakan oleh pihak bank.

  3. Wah, detail penerangan akak. Saya akan update lagi nanti bila dah berjaya keluarkan duit thru my credit card.. Jom kita pakat - pakat cuba. :)

  4. heheh … dulu pernah keje bank …
    so nak pastikan semua orang takkan kena RETURN FEE tu …

    :shock:

  5. Dalam banyak-banyak blog yang saya lawati mengenai paypal ni blog kak galaderial yang menerangkan dengan lebih terperinci.. terima kasih.

  6. Hi Galadrial

    Bagus la, senang lah bagi mereka yang nak kluarkan duit dari paypal, takyah pening2. So sekarang dah takde alasan bagi IM malaysia untuk tidak memulak kan perniagaan internet.

    Kad Kredit ada dikenekan caj ke? Bukan Kad Debit aje dikenekan caj? Hmmm, kad debit dengan Kad Prepaid tu samakan?

    Ahemm….Dulu keje bank mana Galadrial?

    Romico

  7. Terima kasih Maizul. Semangat bulan puasa kot … :mrgreen:

    huhu … Romico … rahsia tu.
    Lama tak dengar berita awak. Nanti lepas raya dan balik outstation, boleh lepak KLCC, yeah?

    Hal kad kredit tu kena tanya bank yang keluarkan kad kredit tu, sebab kena ingat, sure ada caj untuk penukaran mata wang asing dan juga caj administration.
    (biasalah, bank pun nak cari makan…)

    Dulu saya tukar cek Google pun ada caj admin so ni sure ada juga. So jangan terkejutlah kalo ada caj kiri-kanan.
    :shock:

  8. Hi akak :)

    Saya dah cuba guna NexG tapi tak berjaya … nape ek? :sad:

  9. mirul …

    1.) Adakah kad prepaid Ambank NextG awak dah diverify oleh PayPal? Kekadang PayPal agak was-was jika kad-kad yang digunakan belum di verify oleh mereka.

    2.) Kalau dah verified oleh PayPal, tetapi kad baru saja diverified ataupun akaun PayPal anda berusia kurang dari 3 bulan pun mungkin menyebabkab PayPal tidak menerima kad anda. Semua tengok pada PayPal lah.

    3.) Kalau ada kad lain seperti Kad Debit Public Bank, cuba dulu withdraw dengan kad lain.

    Yang penting, sebaik-baiknya kad anda sudah di VERIFY oleh PayPal.

    Kak G.

  10. Ok gak lepak kat KLCC tu, Galadrial.
    Isk isk…. rajin tul pi outstation ya!

    Hmm…mirul tak berjaya keluarkan duit guna NextG. Mungkin kad belum verify cam Kak G kata. Kadang2 sebab security, Paypal ni memang sentiasa berhati-hati, takut ada yang salah guna.

    Takpon, try pakai Public Bank Debit card ataupun apply credit card aje :)

    Saya belum try withdraw duit dari paypal pakai kad kredit/debit lagi.. Ada sapa-sapa yang dah cuba?

    Romico

  11. Yes, I went to check out from the PayPal sites. In need a great news not only for Malaysians. These is available for 25 other Asia Pacific countries as well.

    I have posted the details in my blog, you can tell you other friends who are in the countries list on the good news.

  12. Tima kasih atas penerangan tuh.. details gak tuh.. cuma yang tak pasti bab caj jelah… tapi tu biasalah… bank pun mau untung gak kan…
    anyway, kalau tukar kad kena verified gak ker kat paypal tu sbb kad yg guna verified tu nak expired dah… ;)

  13. Now that we have the problem solve, let concentrate to find out which local credit cards and/or debit cards work with paypal. Please help me in finding out all the cards that is available that can be used with paypal and i’ll come up with an ebook on it to give away. All contributers names will be in that ebook for recognition of their work. :)

    chat soon

    Matt Ng

  14. utk pengetahuan semua,

    earning Google Adsense pun da boleh dikeluarkan ke bank akaun Malaysia. google bru keluarkan option utk payment menggunakan Western Union. Dalam masa 1-2 hari payment dah clear.

    ;-)

  15. kad kredit maybank boleh guna keluar duit paypal ke?
    ada sape2 boleh tolong tanyakan tak…

  16. Kad Ambank NextG TIDAK BOLEH digunakan untuk withdraw PayPal kerana ia ada logo MasterCard bukan Visa / American Express.
    (Sila rujuk kepada posting selepas ni untuk penerangan lanjut).

    Jika kad kredit anda ada logo Visa, besar kemungkinan boleh digunakan.

    Tapi sila email terus ke PayPal kalo masih ragu-ragu.

    Pastikan kad anda dah VERIFY.

    Kalau dah expired dan tukar ke kad baru, kad baru kena VERIFY semula. Penukaran kad pun kena verify semula.

    Ini adalah procedure biasa bagi institusi yang melibatkan kewangan bagi mengelakkan fraud dan scam, so kena verify.

    Kak G.

  17. Ehhh..Maybankcard kat belakang tu ada logo Visa plus Interlink..agak-agak boleh tak digunakan ?

  18. Shah,

    Kad kredit Maybank memang ada logo Visa.
    Tapi rasanya lagi selamat kalo guna Kad Debit.

    Sebab kalo apa-apa berlaku,
    kad debit terhad pada wang yang ada pada kad debit tu je.

    But kalo kad kredit, hadnya adalah had kad awak. So kalo terkena fraud or scam, ……. :shock: ……. nauzubillah.

  19. askm kak..
    kad debit bank apa yang ada lambang visa/american express?

    bolehlah apply ramai-ramai..

  20. kad debit apa yer yang fee dia rendah dan jimat..
    ada sesiapa pernah keluarkan paypal guna debit kad tak?
    risau gak kalau nk guna kad kredit nih… kalau kena scam ke fraud mampuih den…

  21. Hello Galadriel,

    I have spent sometimes (in fact more than 3 hours) just complied the list from varies bloggers experiences on PayPal withdrawal.

    The summary list will be able to help you and your readers know the big picture on which are the cards able to withdraw PayPal fund.

    Please let me know if any updates you like to contribute and I hope you will be benefits it.

    Check out the PayPal Announced The Official Guide on Debit Card Withdrawal Features full post from my blog.

    Thank you.

  22. :smile:
    Inilah berita yang paling baik untuk semua IM seluruh Malaya ni!!

    Nampaknya paypal dah mula lenient dengan Malaysia..
    :???:

  23. beszzzzzzzzzz……… thanks..

  24. blh beri pandua detail tak bagiman nak kelaurkan duit tu.dalam bentuk bergambar atau ebook ke

  25. En. Pakhrurazi,

    buat masa ni saya tidak dapat memberi penjelasan secara detail kerana terlalu sibuk.

    Tapi secara ringkasnya:

    1. Login ke paypal.

    2.) Klik WITHDRAW

    3.) Klik WITDRAW FUNDS TO YOUR CARD

    4.) Isikan amaun dalam kotak kosong tu.

    5.) Klik CONTINUE.

    Peringatan: KAD ni maksudnya kad yang awak gunakan untuk withdraw PayPal seperti Kad Debit Public Bank / al-Rajhi.

    Kalau awak baru join PayPal atau kad debit masih baru, saya cadangkan awak jgn withdraw cara ni, sebab takut akaun awak kena ‘limited access’ kerana akaun masih baru atau kad terlalu baru.

    Di WangCyber.com ada bahagian forum untuk menjual paypal.

    Kak G.

    ps - harus dingat kalo withdraw wang paypal melalui kad debit/kredit, anda akan dikenakan bayaran $5 dollar setiap kali. So kalo dalam paypal tu ada bawah $50 je, baik jual kat Forum Wangcyber.

  26. kak.boleh bagi tau tak program yg membantru buat duit dengan paypal ni

  27. Razi,

    Paypal ni sebenarnya payment gateway yang membantu dalam urusan jual-beli.

    Kira macam bank jugalah.

    Nak buat duit … melalui internet ni …
    … untuk masuk ke akaun PayPal …
    ada bermacam cara …

    1.) seperti awak menjual barang melalui eBay dan terima bayaran melalui paypal.

    2.) menjual produk sendiri seperti ebook, software dan juga barangan fizikal dan terima bayaran melalui paypal.

    3.) mempromosikan produk affiliate dan terima komisyen melalui paypal. Sila tengok paydotcom.com.

    4.) offer servis seperti servis bina website, programming dan terima bayaran melalui paypal. Seperti pada elance.com dan sebagainya.

    Paypal ni digunakan usually kerana nak buat jualan di arena pemasaran antarabangsa.

    Kalau buat jualan di Malaysia, boleh gunakan maybank2u, CIMB click dan sebagainya.

    So kalau nak cari program yang mambantu buat duit dengan paypal, sebenarnya bukan program yang patut awak cari tapi kaedah jualan … sama ada melalui eBay, melalui website sendiri atau buat affiliate marketing.

    Tapi kalau nak jual produk kepada orang Malaysia, lebih baik guna maybank2u dan CIMB Click.

    Sebab tak ramai yang memiliki akaun paypal.

    Biasa yang ada paypal ni sebab mereka buat ebay atau perniagaan di internet.

  28. Salam kak G,

    sedikit pertanyaan,
    Jika pendaftar paypal,alertpay menipu tentang details mereka (alamat,tel etc) adakah mereka akan mengalami masalah kelak, apabila ingin melakukan transaksi duit?

    Kadang2 rasa was2 juga nak tulis detail yang sebenar :smile:

    sekian, terima kasih

  29. hai kainbiru,

    kalau ada masalah dengan paypal, mereka akan meminta awak punye bil letrik, bil air atau bil telefon yang ada NAMA SEBENAR dan ALAMAT SEBENAR awak.

    Saya juga pernah dulu PayPal telefon saya 2 kali.

    so memang kena kasi nama, alamat dan nombor telefon sebenar … kalau boleh telefon disertakan sekali kod telefon Malaysia iaitu: 0060 …

    Kalau paypal dapati awak guna nama, alamat dan telefon no. yang palsu, takut mereka akan BAN account awak dan apa-apa duit dalam PayPal awak mereka takkan kasi kat awak - kena limited access dan ban.

    :shock:

  30. nak tanya,ada urusan yang lebih senan tak? kenapa lambat sangat urusan ,sampai seminggu ,ada yang saya baca dari hafiz talib,dia ada ebook pasal malaysiapal

  31. Hai Syahid,

    Urusan ni boleh juga kurang dari seminggu, ni semua bergantung kepada BANK.

    Jika anda bernasib baik, dalam masa 3-4 hari pun boleh dapat wang.

    Harus diingatkan bahawa Paypal baru sahaja (akhir tahun lepas) membenarkan withdrawal ke debit card so kita haruslah memberi masa untuk kemudahan ini berkembang.

    :)

    Jika nak lagi cepat, boleh jual paypal anda ke Ringgit dalam Wangyber.com.

  32. hi kak G,
    skrg ni maybank dah kluarkan debit kad visa…
    so, boleh guna transfer duit dr paypal tak mcm PB debit kad tu?

  33. Hai Lutfee,

    Kalau ada ikon VISA bolehlah kot.
    Saya tak cuba lagi.

    Tapi macam biasalah,
    kalau baru je dapat kad debit,
    jangan gunakan terus untuk withdraw wang paypal dengan banyak,
    sebab takut paypal jadi curiga … dan time macam tu lah selalu kad baru kena limited access.

    kalo boleh biarlah ada transaksi jual beli, seperti awak dah gunakan kad debit tersebut untuk beli barang,
    barulah gunakan untuk withdraw.

    Pastikan:

    1.) Kad baru dah VERIFIED di paypal.

    2.) Ada 1-2 urusan jual beli melalui kad debit tersebut, seperti awak pernah guna untuk beli ebook ke.

    3.) Kad tu dah verified di paypal lebih dari 3 bulan.

    4.) First time withdrawal, biarlah amaun yang kecil, kurang dari US$50. Jangan withdraw banyak sekaligus.

    5.) Baca dulu syarat-syarat pada http://www.paypal.com, terutama bagi withdrawal.

    Reply - http://www.paypal.com, terutama bagi withdrawal.’); return false;”>Quote
  34. Prosedur Yang Benar Untuk Verifikasi Kartu ATM Niaga Xtra / Kartu Debit Dengan logo VISA Elektron Supaya Diterima Oleh Paypal.

  35. Alhamdulillah…
    Terima kasih pada semua…inilah info yang saya cari selama ini…kalau ada info lain yang terbaru moderator jangan teragak2 untuk email pada saya….

  36. nak tau kalau account kita tak verify lagi, boleh tak kita mulakan urusniaga dgn paypal? maning….boleh receive payment by paypal tak?

  37. hello..saya nak tanya satu masalah ni..Saya dah dftar kat paypal tapi status akaun unverified sebab tak ada kredit kad.So adakah saya tetap boleh terima bayaran dari mana-mana sumber?

  38. kalau tak verify lagi tak boleh terima payment. So..Kalau nak guna paypal, kena verify. :)

  39. :-) Cuba open kad Debit Public Bank dan gunakan untuk dapatkan verified di PayPal.@Nazz -

  40. Best Greeting from http://www.kreditblogs.de - dem Kredit Portal :D

    Reply - http://www.kreditblogs.de - dem Kredit Portal :D’); return false;”>Quote

Trackbacks: 2  |  Trackback URL

  1. From “Pintu Wang” terbuka makin luas, jangan tunggu lagi! MALAYSIA on Oct 4, 2007
  2. From Now everyone can have paypal? MALAYSIA on Oct 4, 2007

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: