RSS

Menjanakan Pendapatan, Kawalan Kos & Kata-kata Motivasi

September 13, 2007 | admin | Comments 11

Hari ini adalah hari pertama Ramadhan dan berpuasa dan semoga anda tetap ceria dan cergas dalam melaksanakan apa jua tugas sekalipun. Di sini saya akan memberi senarai cara menjanakan pendapatan melalui internet dengan mudah:

Sebagaimana yang kita tahu, kita boleh menjanakan pendapatan di internet melalui:

1.) Memberi perkhidmatan freelance seperti:
- memasang skrip pada website, install blog/plugins, menulis artikel dan design grafik.
- Bayaran yang biasa dikenakan adalah diantara RM10 – keatas (bergantung kepada kerumitan, jumlah dan sebagainya.)

2.) Website-flipping. Anda pandai membina dan design laman web? Anda boleh menjual website yang dibina. Jika anda sertakan lengkap dengan berbagai artikel, lagi tinggi nilainya. Jika ia ditulis dalam bahasa Melayu, jualan mungkin terhad pada penduduk rantau Asia Tenggara atau yang fasih berbahasa Melayu. Jika website tersebut di dalam bahasa Inggeris, anda boleh menjualnya kepada pasaran luar negara.

3.) Suka menulis artikel? Kumpulkan semua dan tawarkan sebagai pakej artikel untuk $7. www.7dollaroffers.com ada menawarkan platform PERCUMA untuk anda mengiklankan produk anda. Anda juga boleh menawarkan pek artikel dalam bahasa Melayu dan menawarkannya di forum tempatan seperti di WangCyber.com.

4.) Produk affiliate – memang biasa kita dengarkan, tapi jangan hanya bergantung pada niche pemasaran internet. Banyak lagi produk affiliate dari dalam dan luar negara yang menawarkan program affiliate untuk berbagai niche. Jangan hanya promosikan produk di blog / forum berkenaan pemasaran internet sahaja. Luaskan pandangan anda untuk promosi ke forum-forum niche lain dan jangan lupa pula pada kekuatan promosi email marketing (jangan SPAM!) dan promosi offline seperti melalui sms, brochure dan word-of-mouth. Sebagai contoh, anda terjumpa ebook mengenai cara bermain golf dalam bahasa Melayu. Jika rakan sekerja atau saudara-mara meminati golf, anda boleh rekomen mereka ebook tersebut.

5.) Mencipta produk sendiri. Tahukah anda produk paling popular di internet adalah yang berjenis:
- ‘how to’ atau ‘bagaimana untuk’.
- self improvement / motivation / personal advancement.
- apa-apa berkaitan cara membuat duit, menjanakan pendapatan.
- isu berkaitan seks, kesihatan & kecantikkan badan, kuruskan badan (terutamanya).
Walau bagaimanapun, anda tetap boleh membuat wang dari niche-niche yang kurang popular, jika strategi anda betul dan produk yang ditawarkan membuat pengunjung teruja dan berminat untuk membelinya.

6.) Promote produk network marketing.

7.) Menjual produk di EBay / lelong.com.my dan laman web lelongan (auction sites).

Kawalan Kos (cost control):
Perkara berkaitan kos sering dilupa oleh internet marketer. Kos-kos perniagaan internet anda termasuklah:

Kos semasa (setiap bulan)
1.) Bill telefon / telefon bimbit.
2.) Bill Streamyx / 3G.
3.) Bill elektrik.
4.) Bill hosting (walaupun dibayar setahun, bahagikan bayaran hosting setahun dengan 12 (bill hosting setahun/12) untuk mendapatkan kos sebenar dalam sebulan.

Kos lain:
1.) Yuran nama domain (diantara RM25 – RMXXX setahun, bergantung pada extension dan jika ia ‘Premier Domain’.)

Kos peralatan:
1.) Kos komputer / laptop.
2.) Kos maintenance / kerosakkan.

Kos lain-lain:
1.) Kos pengiklanan – (Adwords, banner ad, paid ads)
2.) Kos outsourcing (jika ada)
3.) Kos keahlian ke mana-mana membership site (jika ada).
4.) Kos membayar affiliate (jika ada program affiliate sendiri).
5.) Yuran untuk skrip / software / platform. Ada sesetengah skrip ataupun platform untuk helpdesk (dan sebagainya) memerlukan anda membayar yuran bulanan / tahunan.

Apa yang perlu anda pastikan:

1.) Konsistensi dalam penjanaan pendapatan.
2.) Kejujuran.
3.) Quality-control.
4.) Test test dan test semua – pengiklanan, layout, click-through rates, visitor response.
5.) Accounting – lebih-lebih lagi anda membuat bisnes sendiri, pastikan anda tahu membuat akaun untuk perniagaan anda. Tak perlu yang rumit, asalkan anda tahu kos yang dibayar dan wang yang masuk dan tahu sama ada anda membuat keuntungan (profit) atau kerugian (loss) pada hari tersebut.
6.) Back-up resources – takut ada emergency dan anda perlukan wang.

Yang penting, anda ada:
1.) Kesabaran.
2.) Tidak cepat berputus asa.
3.) Tidak takut bertanya.
4.) Berfikiran positif.
5.) Quick-thinking dan cepat mendapat idea/solution dalam apa jua keadaan.

Selamat berbuka nanti dan semoga dapat membantu.

Popularity: 33% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Kos dan BudgettingMotivasi InternetTentang NicheTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (11)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. naem MALAYSIA says:

    selamat berbuka akak..masak apa tu? tak nak kasitau kitorang ke… :mrgreen:

    ps: saya kena saman ngan polis hari ni..huahuahua :cry:
    apa la pakcik polis ni, tak kesian lansung..dah la nak balik berbuka..

  2. Azahari MALAYSIA says:

    Kenapa kena saman tu naem? tak pakai helmet ke? polis sekarang takde ampun dah… tak sempat nak cakap diorang dah ‘tulis’..adoi….

  3. Galadriel MALAYSIA says:

    haiyoyo … kesian awak Naem!
    Next time bawa slow-slow sikit dan baca doa dulu sebelum bergerak, doa agar selamat dan semoga tak kena saman.

    huhu …

    Kak G kat Bintulu, Sarawak ni.
    Ikut hubby outstation, projek MLNG sampai before Raya.
    Ada plant shutdown sekarang kat MLNG.

    So duduk hotel ni tapi sebelum time berbuka, sempat gak ke pasar Ramadhan kat airport lama Bintulu.

    Malam tadi beli ayam panggang, lauk daging sikit dan nasi.
    Minum air kosong dan aiskrim vanilla untuk pembuka selera. Simple je berbuka puasa ni.

    Suami saya tak suka berbuka lebih-lebih makanan, sebab tak nak membazir. Dia pun jenis suka makan sempoi, ada nasi ada ayam, cukup. Tak pernah minta lauk lebih-lebih. Suka makan nasi dan ayam je.
    Kalau beli kuih-muih pun dia takkan makan. Tetap dengan nasi je. heheh … senang nak masak2 untuk dia. ;)

    Memang akan ke pasar Ramadhan tiap-tiap hari dan bawa makan kat bilik hotel.
    huhu … bau ayam panggang hotel pagi tadi …

  4. Salam, Kak G, (orang lain panggil Kak G, maka saya ikut aja panggil Kak G)

    Apa khabar? Lama tak jumpa offline. Tak dapat la buka posa rumah saya nanti dengan Pian.

    Ya, betul apa yang Kak G cakap terutama bab konsisten. Untuk Konsisten pula memerlukan DISIPLIN dan PENGURUSAN MASA yang betul. Kedua, kejujuran… ya betul apa Kak G cakap. Walaupun ada orang tak jujur dengan kita, kita kena jujur dengan orang. Ibarat pokok, dibaling kayu, dibalasnya buah.

    Kadang – kala, kejujuran ni boleh membuatkan kita bertemu jodoh. :D

    p/s – Kalau jadi apa yang dirancang, insyaallah saya akan beritahu Kak G. Insyaallah… kalau tak sekampung pun, mungkin kita ‘berjiran negeri’. :) (faham ka apa saya cakap Kak G?)

  5. Galadriel MALAYSIA says:

    hmmm…

    Zamani, bunyi mcm ada jemputan ke kenduri je. :)

    Mungkin lepas raya pegi outstation sama ada ke Terengganu ataupun ke Penang.

    Hopefully kat Tganu dulu coz my cousin nak kawin kat KayTee.
    Lama dah tak balik Tganoo …

  6. [...] boleh digunakan untuk mendapat rezeki yang halal. Antaranya ialah pengiklanan. Namun, untuk menjana pendapatan bukanlah satu ‘jalan’ yang mudah bagi kita. Sering kali kita di uji dengan kejujuran [...]

  7. waka MALAYSIA says:

    galadriel…ko nih kwin dgn orang minyak ek…berjalan merata la nih:)

  8. Han MALAYSIA says:

    slmt tgh hari kak g,
    ni kali pertama tinggal komen kat sini…

    menarik tip post ni… bermacam macam idea kuar ni…
    hehe…

    han

  9. shueqry MALAYSIA says:

    Assalamualaikum ..

    saya baca berkali-kali tips kali ini. Dalam bulan ini punca income saya lebih banyak datang dari freelance writing dan penulisan artikel dalam BI. Rasanya, kekuatan saya lebih kepada penulisan, sebab satu perkara yg saya paling suka buat.

    Thanks a lot pada kak Galadriel sbb bagi cadangan buat penulisan artikel PLR, pada mulanya agak sesat juga saya, namun berkat istiqamah, saya menemui rentak ! thanks kak..

    Sekarang saya terus berlatih menulis, bukan saja berkaitan motivasi, tapi niche lain .. next step, mencari ilmu utk make money melalui penulisan di blog, sama ada melalui PayPerPost atau ReviewMe.

    6 tips dalam tajuk ‘apa yang perlu dipastikan’ saya dah salin dan jadikan sebagai guideline saya .. apa-apapun, saya sungguh bersemangat selepas membaca artikel ni !

    - shueqry -
    kota kinabalu, sabah.

  10. admin MALAYSIA says:

    Alhamdulillah ramai telah mendapat manfaat melalui tips dalam artikel saya ni. Semoga usaha anda semua berjaya!

    Kak G.

    ps – Shueqry … never give up, never surrender.

  11. hafiza MALAYSIA says:

    memang byk tips-tips yang bagus dari artikel ini. yang menjadi persoalannya sekarang cuma kecekalan kita saje untuk menjadikan perniagaan internet ini sebagai sumber pendapatan kita. diharapkan lebih ramai usahawan yang berani menceburi bidang ini