Selamat Bercuti Merdeka ke-50 dan Berita-berita Lain
Mesej Merdeka:
Hari ni dah hari Khamis maka esok merupakan Hari Kemerdekaan ke-50 Malaysia. Sudah pasti ramai yang sedang bersedia untuk bercuti ataupun telahpun bercuti.
Bagi mereka yang tetap harus bertugas pada Hari Kemerdekaan seperti yang bekerja sebagai doktor, askar, polis dan mereka yang bertugas untuk menjayakan Hari Kemerdekaan, diucapkan Selamat Bertugas!
Tidak lupa pula kepada mereka yang bertugas di pelantar minyak, processing plant dan di kapal tanker minyak, mereka juga dikenang dan diucapkan Selamat Bertugas dan semoga dapat cuti untuk Bulan Ramadhan nanti! Ucapan khas untuk hubby saya Bear yang berada di Bintulu dengan saya ni dan rakan-rakan kami. Termasuk juga rakan-rakan oil & gas lain yang sedang bertugas di Melaka, Terengganu, Sabah dan offshore …
Berita-berita lain:
Okay, pada hari Ahad lalu, saya telah ke Gerak Usahawan 2007 di PWTC dan sempat mendengar ceramah Dr. Irfan Khairi. Memang begitu ramai yang hadir dan ramai juga yang minta tandatangan Dr. Irfan selepas ceramah selesai. Anda boleh membaca di Blog Mohd Amirol tentang selanjutnya. huhu … rupanya Amirol pun dah ubah template Blog juga …
Pengubahsuaian rupa Website dan Blog Internet Melayu…
Saya telah menambahkan webpage pada website Internet Melayu (www.internetmelayu.com) dan bila dah siap nanti, saya akan umumkan. Just something untuk menambahkan visitor experience di website saya. Oh ye, saya ada gak letak sebuah peel ad untuk test rupanya kat Website Internet Melayu.
Saya telah mengubah serba-sedikit rupa Blog Internet Melayu untuk mengemas susunan posting, komen, iklan-iklan dan widget-widget lain. Saya memang suka tweak dan test layout baru dan anda yang mempunyai Blog Wordpress mungkin berminat nak ubahkan template juga kan?
Cara Ubah Template Wordpress Dengan Mudah:
1.) Jika anda berminat nak ubahkan template wordpress anda, pastikan anda save dulu Blog anda dan juga file yang mengandungi template tersebut melalui program FTP anda. Save ke desktop anda dan labelkan file tersebut sebagai ‘wpbackup’ atau apa saja.
2.) Nak lagi senang, melalui dashboard wordpress, savekan kod-kod untuk header, sidebar, footer, right-sidebar (jika ada) dan apa saja yang anda nak ubah. Kod-kod ini terletak di:
Presentation ==> Template Editor.
Kemudian klik pada header / sidebar / footer / apa-apa bahagian anda nak ubah.
Copy kod untuk header dan paste pada notepad. Savekan file tersebut sebagai ‘header’ atau ‘wpheadercodebackup’.
Lakukan yang sama pada kod untuk sidebar dan lain-lain.
3.) Ubahsuai kod mengikut kesukaan anda seperti menambahkan gambar, link affiliate ataupun banner atau apa-apa saja.
4.) Jika template anda terhancur (rosak) selepas anda save dan preview Blog anda, anda boleh copy dan paste kod yang anda dah save di notepad dan start balik.
5.) Of coz, anda boleh download balik template asal di website yang mengandungi template tersebut, jika berlaku kesilapan.
6.) Jangan lupa untuk set permission ke 777 untuk ubah template anda.
Oh ye, jangan sampai pening kepala lak Cuti Merdeka ni sebab nak ubahsuaikan template wordpress! So kalo ada masalah, anda bolehlah merujuk kepada Wordpress Codex ataupun dapatkan ebook Zul.
Satu lagi berita … tak lama lagi akan keluar update wordpress sebab wordpress 2.3 beta version dah keluar 2 hari yang lalu.
Maka, bersedialah untuk ber-upgrade …
Sekali lagi, selamat bercuti merdeka!
ps - saudara Irwan Dahnil akan mengadakan Bengkel SMSWang terakhir pada hari Sabtu, 8 September nanti. Jangan lepaskan peluang ini! Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut:

Update Terkini:
Sahabat saya Daniel dari Gotlah.com baru update saya mengenai perjumpaan Blogger di Blognya dengan topik bertajuk:
Blogging For Profit : The Art of Monetizing Your Blog.
Perjumpaan ini adalah pada 13 September (Sabtu), jam 7:30 petang di Outpost Cafe, Cineleisure Damansara.
Yuran untuk makan-makan: RM15.
Speaker pada perjumpaan tersebut ialah Mr. Josh Lim dari Advertlet.com dan beberapa orang guest blogger yang lain.
Popularity: 24% [?]



























amirol
| Aug 31, 2007 | Reply
Bersempena hari kemerdekaan, blog pun harus “merdeka” dari template lama.
Macam mana dengan sambutan merdeka di BTU?
iJa ToeNail
| Aug 31, 2007 | Reply
Galadriel
| Sep 1, 2007 | Reply
Thank you dan Selamat Merdeka kepada korang semua!
Di sini macam biasa je, cuti Merdeka pun duduk depan laptop sebab nak siapkan kerja …
huhu … saya tukar template setiap 6 bulan - setahun tapi buat masa ni, template ni sesuai untuk Blog Internet Melayu.
Matt Ng
| Sep 4, 2007 | Reply
Hiya Galadriel,
HAPPY 50th MERDEKA!!! Long time no see. Just dropping by to wish you and all my malaysian friends “selamat hari merdeka”.
Take care
Matt