Taktik Dalam Marketing: Sejauh Manakah Ia Berkesan?
Saya telah membaca dan melihat di forum-forum, blog-blog, websites dan email mengenai berbagai jenis taktik dalam memasarkan produk di internet. Selalunya taktik yang digunakan bukanlah perkara baru tetapi taktik offline (yang digunakan dalam perniagaan di dunia nyata) yang telah dibawa dan digubah untuk perniagaan jenis maya di internet.
One Time Offer (OTO)
Taktik ini banyak digunakan di salesletter website pada masa kini. Malah taktik ini tidak lagi dianggap ‘ground-breaking’ atau baru kerana ia sudah biasa dilihat oleh pembeli yang selalu membeli e-book atau software di internet.
OTO adalah tawaran kepada produk atau keahlian yang diberi hanya sekali sahaja pada sesebuah sales website. Jika pembeli tidak menerima (membeli) tawaran tersebut, ia tidak akan muncul sekali lagi, walaupun anda menekan back-button atau menaip semula RL yang ada OTO tersebut. Biasanya skrip khas digunakan untuk
Kemunculan OTO:
1.) Biasanya OTO akan muncul sekali sahaja setelah pembeli membuat bayaran untuk produk atau keahlian (membership site) dan sebelum mendownload produk.
2.) Atau OTO yang muncul setelah pembeli selesai membuat bayaran dan mendownloadkan product, pada webpage download diletakkan OTO tersebut. (Jarang digunakan kerana memaksa pemilik website membuat satu lagi webpage download yang tiada tawaran OTO tersebut.)
Pros: Dapat menambahkan jualan anda jika salesletter ditulis dengan baik, produk yang ditawarkan menarik dan harga OTO berpatutan.
Cons: Tidak sesuai jika produk memang sudah mahal, tetapi sekali lagi ditawarkan produk OTO yang sama mahal atau lagi mahal. Sebagai contoh, jika harga produk sudah $197, jangan pula OTO berharga $197 atau lebih juga.
Kegunaan OTO yang sesuai (contoh semata-mata):
- produk $7, OTO $17.
- produk $97, OTO $27
Tengok juga kepada jenis produk yang dijual, sama ada software, e-book, membership atau lain-lain.
Sebaik-baiknya, pilihlah gandingan produk utama dan OTO yang sepadan. Jika anda menjual software membina website, padankan dengan OTO yang berkaitan seperti e-book/video tutorial yang menunjukkan cara menggunakan software berikut.
Back-end offers:
Tawaran produk kedua dilaksanakan selepas selesai pembayaran tetapi tawaran back-end ini sentiasa ada (bukan sekali sahaja seperti OTO.)
Sesuai digunakan:
1.) Sebagai produk complimentary kepada produk asal yang dijual, seperti upgrade kepada software atau keahlian pada membership site.
2.) Dipromosikan pada autoresponder email, di mana setelah pembeli mendownloadkan produk utama yang dibeli, mereka digalakkan untuk opt-in (memberi email mereka) untuk mendapatkan berita tentang software upgrade, edisi terbaru e-book da sebagainya dan pada masa yang sama ditawarkan dengan produk back-end.
Trial Offers:
Pembeli produk diberi bonus keahlian percuma selama 7 hari / 14 hari / sebulan untuk mencuba keahlian sesuatu membership site. Selepas tamat tempoh percubaan (trial period ends), pembeli akan diberi peluang untuk meneruskan keahlian mereka dengan membayar untuk bulan seterusnya ataupun tamatkan saja kelahlian mereka.
Taktik yang tidak patut dicontohi:
1.) Memberi trial offer selama sebulan dan terus mengecaj keahlian untuk bulan seterusnya setelah tamat tempoh sebulan tanpa memberitahu pembeli dengan terang dan nyata.
Walaupun pembeli mungkin diemail tentang caj-caj untuk bulan kedua, sepatutnya pembeli diberi peluang untuk menentukan sendiri sama ada untuk terus dicaj untuk bulan kedua atau tamatkan saja keahlian.
Cara terbaik ialah menghantar email yang menyatakan jika pembeli tidak membayar untuk bulan kedua dan seterusnya, keahlian akan ditamatkan.
Kadangkala orang ramai terlupa mereka ada subskripsi kepada trial offer dan mereka akan terkejut jika tiba-tiba kad kredit dicajkan begitu saja pada bulan seterusnya. Mereka mungkin hendak cuba-cuba saja tetapi terlupa tentang subskripsi tersebut kerana kesibukkan dengan kerja dan keluarga.
Cara terbaik untuk memikat hati pelanggan ialah dengan email / telefon mereka dengan memberi tahu tempoh percubaan sudah tamat dan jika mereka ingin teruskan perkhidmatan, bolehlah membayar untuk bulan-bulan seterusnya.
Dengan cara ini, hubungan baik dengan pelanggan dapat dikekalkan.
Ingat! Tempoh percubaan ialah untuk memberi peluang pelanggan testing keahlian / perkhidmatan anda. Selepas tamat tempoh percubaan, janganlah terus bil pelanggan dengan yuran bulan hadapan kerana mungkin mereka hanya nak cuba tempoh percubaan sahaja.
2.) Memaksa pelanggan menerima bonus berbentuk subskripsi berbayar. Taktik ini diantara yang paling tidak elok kerana setelah membeli sesuatu produk (one-time cost), pelanggan dipaksa menerima bonus berbentuk keahlian berbayar ke suatu membership site yang memerlukan mereka memberi nombor kad kredit, konon untuk verifikasi ahli dan keselamatan.
Pembeli mungkin membeli sebuah e-book sahaja tetapi kemudian terkejut dengan caj-caj bulanan akibat ‘bonus’ tersebut. Ini juga berbentuk penipuan kerana bonus sepatutnya percuma dan bukan berbentuk mengabur mata pelanggan dan memaksa mereka membayar berkali-kali.
Pada jangkamasa pendek, mungkin taktik kotor kelihatan seperti menguntungkan tetapi dalam jangkamasa panjang, pengunjung website anda akan naik menyampah dan tidak akan membeli dari anda lagi. Website anda mungkin diadukan kepada syarikat hosting anda dan anda boleh dikenakan tindakan website ditutup jika banyak aduan diterima.
Okay, ini semua pendapat saya. Yang penting sumber rezeki kita halal, bukan scam, fraud atau spam.
Popularity: 13% [?]


























