Bacalah Pada Musim Cuti Merdeka Nanti
Bagi mereka yang sudah beberapa bulan atau tahun berkecimpung dalam bidang pemasaran internet ini, sudah tentu anda mengumpul berbagai jenis ebook dan report di dalam hard drive PC anda.
Tak lama lagi (15 hari!) akan bermula cuti merdeka. Gunakanlah masa tersebut untuk membaca ebook berbentuk PDF atau .exe anda. Selain menenangkan fikiran, membaca adalah amalan yang mulia dan patut diamalkan selalu.
Pagi semalam, di dalam sebuah akhbar tempatan, saya terbaca sebuah puisi yang berbunyi:
“Beza (Berbual Dengan Nini)” - Rahman Shaari.
——————————-
Orang yang tidak membaca,
sentiasa pandai
kerana kebodohan
bersembunyi
di bawah tikar akalnya
itu tak pernah ditemui
dunianya tiada buku
tiada Guru
dia membimbit hidup
dengan kata dan erti basi
yang berselerak dalam diri
orang yang membaca?
orang yang membaca … emmhh
orang yang membaca akan
menemui kekurangannya
senyum sendirian
menyemai azam mengejar
kepandaian
kepandaian itu di hadapan.
——————————-
Walaupun saya telah membaca banyak ebook dan buku tentang pemasaran dan perniagaan di internet, saya cuba juga membaca sekurang-kurangnya 3 buku / ebook baru dalam sebulan.
Buku yang saya tengah baca sekarang ialah:
31 Days to Millionaire Marketing Miracles oleh Tracy Repchuck.
Jika anda ingat, saya pernah bertemu dan berbual dengan beliau semasa World Internet Mega Summit di Singapore dulu:
World Internet Mega Summit Singapore Part 3.
Okaylah, jika anda terasa perit mata membaca dari skrin PC atau laptop,
anda bolehlah print ebook tersebut.
Selamat membaca.
Kak G.
Popularity: 18% [?]



























naem
| Aug 18, 2007 | Reply
salam akak..
jengjeng..datang jugak akhirnya saya ke sini..maaf takde buah tangan nak bagi..datang sini pun nak cari buah tangan aka la..hehehe..
opss..saya dulu tak suka membaca dalam bi..bukan tak faham tapi malas nak menyusahkan diri..tapi bila dah melibatkan diri dalam internet, mau tak mau, saya mesti membaca dan banyak bahannya adalah dalam bi..so bila membaca bertambah keseronokan..
hari-hari membaca..tapi yang dibaca adalah tentang adsense, bisnes, traffik je la..huhuhu..
lepas ni nak tukar style la pula..
pada akak, ada tak cadangan lain atau angin monsun timur tengah ke untk saya alih bacaan saya ni.
Deen
| Aug 19, 2007 | Reply
Salam Kak G,
Cakap pasal membaca ni kan….especially membaca ebooklah….masyaAllah….banyak ebook dalam hard disk ni yang dah berdebu belum di baca….asyik men’download’ ajer..kekeke
Terima kasihlah for reminding.
“Leaders are readers not just ebook downloaders” ahaks!
admin
| Aug 20, 2007 | Reply
Hai Naem …
Awak kenalah baca topik lain juga.
sebagai contoh, kalo nak buat adsense site tentang helicopter, kan baik kalo baca buku-buku, artikel majalah atau suratkhabar tentang helicopter.
Then awak ada pandangan sendiri tentang topik tersebut.
Kalo Kak G, suka baca tentang berita semasa (world news), self-improvement, berkaitan brain and mind (macam creative thinking, improving memory).
Kalo rehat-rehat, sometimes saya baca gak comics Marvel atau DC yang suami saya downloadkan. Boleh improve vocabulary.
admin
| Aug 20, 2007 | Reply
Hai Deen …
Memang betul, kak G siap beli external HD 120Gb untuk semua PDF tu. Berlambak sangat.
Kalo letak kat laptop, makan banyak sangat space. Sebab setiap hari ada je free PDF dari mana-mana….
amirol
| Aug 21, 2007 | Reply
Hi kak.. sihat?
Ebook dalam koleksi memang terlalu byk. Jenuh membaca. Just kena pandai cari topik yang dirasakan perlu je la kot.
Puasa dah dekat, raya tak lama lagi… kena cari duit raya nih.
admin
| Aug 24, 2007 | Reply
Bulan puasa nanti bagus gak kalo baca buku untuk rehatkan fikiran.
Selepas sahur pun time yang best juga kalo nak baca PDF yang banyak tu sementara tunggu Subuh…
anikinder
| Jun 22, 2008 | Reply
sj jer anta komen kat sini… hahaha.. ape2 hal.. smoga malaysia terus melahirkan bloggers yg power2.. pas nie..daa