Product Launch dan Taktik Yang Sering Digunakan
Semenjak 2005 lagi saya telah menyaksikan banyak product launch di internet, sama ada product launch mega seperti Butterfly Marketing oleh Mike Filsaime mahupun yang kecil-kecilan yang menggunakan skrip 7 dollar. Saya pernah juga terlibat tetapi saya punya biasa-biasa je, takdelah macam yang Guru-guru internet yang selalunya besar-besaran dan menelan kos launching yang besar juga.
Selalunya, product launch di luar negara diadakan berdasarkan zon masa (time zone) yang mungkin terlalu lewat malam atau awal pagi untuk kita. Sebagai contoh, jika launch di New York adalah pada jam 2 petang hari Rabu, ia bermakna jam 2 pagi di Malaysia, hari Khamis. huhu … saya pernah berjaga sampai jam 4 pagi untuk melihat sesebuah launching kerana adakalanya ia agak menarik juga.
Berikut adalah taktik yang sering digunakan sebelum, semasa dan selepas sesebuah product launch:
Sebelum launch:
1.) Email kepada list (subscribers) untuk menjadi orang terawal mengetahui tentang sesebuah launch. Adakalanya mereka dibenarkan membeli product tersebut 1-2 jam sebelum masa launch. Ada juga mereka diberi diskaun sebanyak 10-20% atau bonus jika membeli pada masa terhad tersebut.
2.) Sebar di dalam email autoresponder, blog, forum, PR website, banner atau PPC mengenai ketibaan launching tersebut. Juga diselitkan sedikit info tentang produk tersebut agar orang ramai berasa teruja. Maklumat untuk menarik minat orang ramai akan diberi sama ada dalam bentuk artikel, audio atau video. Mungkin juga video yang menunjukkan ciri-ciri dan kelebihan produk tersebut akan dipaparkan disertai dengan testimonial video dari pengguna.
3.) Terdapat skrip (countdown clock) yang memberitahu tarikh, hari, jam dan saat bila launch akan berlaku pada website product launch tersebut. Sebelum launching, orang ramai akan melihat jam countdown tersebut dan menimbulkan rasa teruja dan expectation di kalangan pengunjung web.
4.) Masa ini juga digunakan untuk mencari JV partner untuk promosikan product tersebut. JV partner akan diberi product tersebut secara percuma ataupun harga diskaun yang sangat baik. Mereka juga diberi peluang untuk memberi testimonial tentang produk tersebut dan testimonial, nama mereka dan link kepada website mereka akan dipamerkan pada website product launch setelah launching date tiba.
5.) Sebelum launching, anda harus dipastikan:
- website dapat menerima jumlah pengunjung yang besar (bandwidth mesti besar dan dapat tampung trafik yang tinggi).
- butang pembayaran (payment button) berfungsi dengan baik. Test dulu butang pembayaran PayPal / 2CheckOut anda.
- download page mempunyai file-file produk yang boleh didownload selepas pembelian ataupun link kepada produk yang dibeli.
- produk untuk didownload tidak corrupted (file yang besar mudah corrupted atau rosak semasa upload maka test downloadnya terlebih dahulu).
- jika produk diemail kepada pembeli, pastikan email tersebut akan sampai ke pembeli dalam masa tidak lebih dari 4 jam. Pembeli akan marah jika mereka sudah membayar tetapi belum lagi mendapat produk tersebut.
- salespage akan tertera selepas jam countdown tamat pengiraan dan bukan membawa kepada error pages.
- webpage-webpage lain berfungsi dengan baik.
- autoresponder anda berfungsi dengan baik.
Semasa launching:
1.) Menulis pada blog / forum bahawa launch tengah berjalan secara real-time. Taktik ini sering digunakan oleh Rich Schefren dan Mika Filsaime supaya orang ramai akan rasa lebih teruja.
2.) Pastikan anda atau pembantu anda berada dihadapan komputer dalam 12 - 24 jam ketika launch untuk menjawab email, helpdesk dan apa-apa masalah yang berlaku. Sistem support anda haruslah bersedia selalu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
3.) Jika anda menggunakan webmaster, pastikan webmaster anda menjaga bandwidth website anda supaya website anda tidak tiba-tiba down. Pembeli akan sangat marah jika website anda down ketika sedang membuat bayaran kerana mereka tidak akan tahu jika bayaran sudah diproses atau belum dan mereka mungkin tidak dapat ke download page.
Selepas launch:
1.) Pastikan helpdesk atau sistem customer support anda sentiasa bersedia. Adakalanya refund akan berlaku 24 jam selepas sesebuah launch. Team anda harus bersedia untuk menangani refund, chargebacks dan FRAUD. Sila check IP pembeli anda dan rekod nama dan IP dalam kes-kes refund.
2.) Teruskan hubungan anda dengan para pembeli dan pengunjung melalui autoresponder email dan blog anda.
3.) Pastikan anda membayar semua affiliate anda yang membuat jualan. Umumkan kepada orang ramai siapa menjadi top 10 affiliate dan berikan mereka insentif lebih. Jika anda menghargai affiliate anda, lain kali anda membuat launching, mereka akan lagi bersemangat.
Taktik Yang Saya Tak Suka Ketika Product Launch di Luar Negara:
1.) Ada juga orang suka membuat launch di mana pada saat bermulanya launch, tiba-tiba website mereka down selama 30 minit atau sejam. Selalunya launching macam ni adalah pada lewat malam atau awal pagi waktu Malaysia so masa kita tengah mengantuk itulah mereka nak buat taktik website down, konon terlampau banyak sangat orang nak beli produk tersebut. Kalau memang betul, tak apa tapi kalau taktik promosi je, saya tak gemarlah.
2.) Taktik memberi URL salah masa product launch. Rasanya Rich Jerk pernah buat taktik ni. Memang membuang masa pengunjung yang sudah tunggu lama untuk launching tetapi akhirnya macam dipermainkan pula.
Okaylah, itulah serba-sedikit saya kongsi tentang pengalaman product launch. Semoga anda mendapat manfaat darinya.
Popularity: 14% [?]



























Maizul
| Aug 13, 2007 | Reply
Menarik artikel ni. Bagus di jadikan panduan bagi mereka yang nak launch produk.
Deen
| Aug 15, 2007 | Reply
Nak kongsi pengalaman pelancaran laman web ….Deen awal bulan ni semasa melancarkan
http://www.simplytranslate.net
ada dapat error 404. Kelam kabut dibuatnya….terus talipon Shuth dari sempoihosting.com sbb hosting kat situ.
Rupanya masalah dengan fail .htaccess sbb Deen ada mengeditnya. Shuth suruh kosongkan fail tu dan cuba.
Alhamdulilah berjaya.
admin
| Aug 15, 2007 | Reply
File .htaccess tu memang ada bahaya sikit kalo terubah. Tahniah sebab dapat jalankan pelancaran dengan baik.
Kak G