Cara Upgrade Blog Dengan Mudah.
Saya ingat ke nak tulis posting ni di Wangcyber.com tetapi saya rasa Forum kita ada masalah teknikal sebab setiap kali cuba post topik baru, skrin jadi putih dan terkeluar ayat ni pula:
Status: 404 Not Found Content-Type: text/html Page not found
Inilah posting yang saya nak tulis tu:
Hello semua …
Musim upgrade wordpress dah datang balik.
Maka …
Sila Upgrade Blog wordpress Anda ke 2.2.2.
Downloadkan file wp 2.2.2 di sini:
http://wordpress.org/download/
Back-up dulu Blog Anda termasuk database MySQL dan file-file lain.
Back-up boleh belajar caranya di sini:
http://codex.wordpress.org/WordPress_Backups#Backing_Up_Your_WordPress_Site
Simpan Back-up anda dengan baik.
Pastikan back-up anda semua berfungsi dan tidak corrupted. File back-up kekadang corrupted bila di save terutamanya kalau talian internet terlalu slow atau selalu putus-putus.
Nak upgrade file:
Pastikan anda TIDAK DELETE:
wp-content
wp-config.php
.htaccess
wp-images (jika ada)
DELETE fail-fail tersebut pada blog anda:
wp-admin
wp-includes
index.php
license.txt
readme.html
wp-app.php, wp-atom.php dan semua yang berbentuk .php tapi jangan pula terdelete wp-config.php!
Sekali lagi:
Pastikan anda TIDAK TerDELETE:
wp-content
wp-config.php
.htaccess
wp-images (jika ada)
Upload file baru versi 2.2.2
Buka browser FireFox/IE anda dan taip:
http://blog-anda.com/wp-admin/upgrade.php
… kalau anda install wordpress pada direktori utama (root directory / main domain).
ATAU
http://website-anda.com/blog/wp-admin/upgrade.php
… kalau anda install wordpress pada direktori sub (sub directory / sub-domain).
Tips lain:
1.) Masa terbaik untuk upgrade adalah pada waktu malam antara 12 tengah malam - 8 pagi bila tak ramai orang guna internet dan talian internet laju.
2.) Jangan upgrade kalau talian internet tengah slow / selalu terputus kerana file anda boleh corrupted semasa upload.
Terima kasih.
Galadriel.
Disclaimer: We are not liable for any damage or faults to your blog in the event of any mishaps from using our information. Please go to www.wordpress.org for full-instructions on blog upgrading. You have been warned!
ps - jika anda subscribe ke newsletter saya, anda boleh mendapatkan manual upgrade wordpress dengan percuma:
Subscribe ke Blog Internet Melayu
Popularity: 14% [?]



























naem
| Aug 9, 2007 | Reply
kak,masih outstation ke?
admin
| Aug 9, 2007 | Reply
betul tu Naem …
…hari ni je dah 5 blog saya upgrade sampai jenuh tengok file upload kat FileZilla tu …
…nasib baik hari ni internet laju so dapat upgrade cepat sikit kalo tak poning gak kepala …
Kenapalah wordpress tak buat je fungsi automatic update … jadikan macam software lah, macam Free AVG tu, asyik-asyik auto-update …
huhu … tadi suami saya kata ada berita baik, kerja kat sini dah selesai so insyaAllah dapat balik hari Sabtu atau Ahad kot. Yes!
Deen
| Aug 10, 2007 | Reply
Deen baru saja belajar pasang wordpress ni…fuhhh jenuh jugak tunggu untuk uploadkan ke dalam server.
Alamak, baru jek upload WP 2.2.1…le nih dah 2.2.2 ….nasib baik baru jer upload lum buat customization lagi..
Kalau selalu kena upgrade ni…..perlu ke kita kena buat semula setting configuration? Ke memang secara automatik WP akan set mengikut setting kita yang lepas….Maksud deen setting kat sini macam setkan bloggroll, category dan sewaktu dengannya.
Galadriel
| Aug 10, 2007 | Reply
Jangan risau, Deen.
Masa upgrade tu kan kita tak ubah atau delete folder wp-content, so apa-apa setting yang kita buat, akan tetap kekal.
So make sure folder wp-content tu tak terdelete sebab di situ terletak folder themes dan plugins kita.
Dalam folder themes dan pada file index.php (dalam folder wp-content), terletak hampir segala setting yang kita dah buat.
Asalkan folder-folder dan file-file yang saya sebut diatas tak corrupted, terdelete atau terubah, maka setting Blog kita akan selamat.
Setiap kali kita upgrade, yang biasanya diubah adalah basic interface untuk blog kita, bukan setting yang kita dah customize kan.
Hope that helps.
Kak G.
Amir
| Aug 10, 2007 | Reply
Salam, selalu sngat wordpress buat upgde lah, sy pun macm naem gak, leceh betul, dulu masa nak upgre 2.1.3 ke 2.2 pun jenuh, mklumlah orang baru, kalau wordpress buat automatik mcm yg di ckp tu ok gak.. walaubagaimanapun tkasih atas info upgre tu..
zaizen
| Aug 10, 2007 | Reply
Info yg bagus kak G
Wah..lama nya kak g mendiamkan diriyes ..best x sabah dan sarawak?..best kan..haha,,selalu jga kesana
. cuma sarawak blm expolore penuh lagi.
Masih bercuti lagi?
Galadriel
| Aug 11, 2007 | Reply
huhu … Zaizen, dah abis cuti … tapi hari tu demam batuk-batuk dan selsema so slow sikit online.
Pasal upgrade wordpress ni, hari tu ingat ke nak beli software tertentu untuk uruskan hal blog-blog saya tetapi sekarang ni takde yang memenuhi citarasa.
Kebanyakkan software yang konon boleh tolong bina dan uruskan banyak-banyak blog banyak bugs dan macam-macam masalah lain.
So nampaknya upgrade secara manual dulu lah.
Deen
| Aug 12, 2007 | Reply
Thats a relief. Thanks
Le ni memang musim selesema dan batuk ler. My mom and mom-inlaw got them.
Anyway, glad you are well and dandy now.
Galadriel
| Aug 13, 2007 | Reply
Terima kasih Deen!
Bukan senang nak menaip di keyboard dan klik mouse bila hidung asyik berhingus je ….
Badruzamani Azmi
| Sep 3, 2007 | Reply
Kak G dah try WP 2.3 (beta) ni? Blog saya hadapi problem bila upgrade ke 2.2.2. ni. Jadi, saya hanya guna versi 2.2.1.
Kalau server jadi lembab, ia disebabkan pasal apa? Server atau kod yang digunakan pada templet WP tu?
Galadriel
| Sep 3, 2007 | Reply
[quote=Badruzamani]Kalau server jadi lembab, ia disebabkan pasal apa? Server atau kod yang digunakan pada templet WP tu?[/quote]
Hello Zamani!
Maksud awak, blog loading lambat ke?
Blog boleh load lambat kalo template tu:
1.) Banyak grafik.
2.) Banyak guna javascript. Seperti kalo letak borang Aweber yg guna javascript tu pun boleh buat loading lambat.
3.) Ada guna pop-up dan yang serupa dengannya.
4.) Penggunaan MyBlogLog, MyBlogCatalog dan yang serupa dengannya kerana makan masa untuk load gambar, load skrip tu …
Dari pengalaman saya, saya pernah gunakan semula template asas dan dapati bahawa blog saya load sangat cepat.
Tapi apabila saya mula ubahsuai template untuk letak opt-in form, MyBlogLog, iklan-iklan dan sebagainya, loading mula lambat.
Perkara ini tak dapat nak dielakkan especially bila kita gunakan MyBlogLog / MyBlogCatalog untuk dapatkan trafik ke blog kita.
Saya tak pasti kenapa Blog awak ada problem bila upgrade ke WP 2.2.2.
Salah satu cara untuk pastikan takde problem dengan server ialah buat ‘test blog’ dengan menggunakan WP 2.2.2 dan jadikan ia ruang testing untuk tengok kalo hosting awak compatible dgn skrip tersebut.
Nak buat ‘test blog’ tu awak boleh gunakan subdomain, seperti: http://www.website-awak.com/testblog
Kalo test blog okay dan berjaya di install pada hosting yang sama, maknanya mungkin ada problem pada database MySQL blog asal dan kalo macam tu, awak kena dapatkan pakar MySQL sebab saya tak mahir hal tu.
Oh ye, check juga CPanel awak just in case ada masalah lain pula. Kena tanya hosting awaklah.
Apa-apa pun, download dan back-up dulu seluruh blog asal awak (mySQL database, file-file blog) melalui FTP program sebelum buat apa-apa.
Mengenai WP 2.3 (Beta), bila ada masa nanti, maybe saya akan buat ‘test blog’ untuknya. Buat masa ni saya tengah tied-up dgn projek lain.
Maaf ye explanation panjang sgt, itu pun tak cukup lagi tu…
Kak G.